Language Options:

faq2hubungi2maklumbalas2peta2

AL-KAFI #793 : MAKSUD TAHAJJUD DAN CARA MELAKUKANNYA

Soalan

Apakah maksud tahajjud dan bagaimana cara untuk melakukannya? Kenapa ia disebut mencapai maqam yang terpuji?

 

Jawapan

Alhamdulillah, pujian dan syukur kepada Ilahi dengan pelbagai kurniaan dan anugerah yang tidak terhitung buat kita semua. Selawat dan salam ke atas Nabi SAW, keluarga, sahabat dan yang mengikut jejak langkahnya hingga hari kesudahan.

Firman Allah SWT:

وَمِنَ اللَّيْلِ فَتَهَجَّدْ بِهِ نَافِلَةً لَّكَ عَسَىٰ أَن يَبْعَثَكَ رَبُّكَ مَقَامًا مَّحْمُودًا

Maksudnya: Dan bangunlah pada sebahagian dari waktu malam serta kerjakanlah "sembahyang tahajjud" padanya, sebagai sembahyang tambahan bagimu; semoga Tuhanmu membangkit dan menempatkanmu pada hari akhirat di tempat yang terpuji.

(Surah al-Isra’: 79)

Maksud Tahajjud

Allah SWT berfirman: (فَتَهَجَّدْ بِهِ). Ayat ini bermaksud berjagalah di waktu malam. Perkataan الْهُجُودُ membawa maksud tidur, manakala perkataan “التَّهَجُّدُ” adalah dalam wazan (timbangan kata) “تَفَعُّلٌ” yang membawa maksud mengusahakan perbuatan itu dan mensabitkannya sebagaimana asalnya.

Adakalanya timbangan perkataan atas wazan ini membawa erti menafikan perbuatan tersebut. Tetapi hanya segelintir perkataan sahaja yang membawa pengertian penafian ini.

Keseluruhannya ada tujuh perkataan yang wazan “تَفَعُّلٌ” baginya membawa erti menafikan perbuatan tersebut, iaitu “تَهَجَّدَ” yang membawa maksud menafikan “الْهُجُودَ”  (tidur). (Lihat Ahkam al-Quran oleh Ibn al-‘Arabi, 5/372)

 

Cara Tahajjud

Dalam hal ini, ada tiga pendapat:

  • Pada mulanya tidur, kemudian solat, kemudian tidur dan kemudiannya solat.
  • Bersolat setelah tidur terlebih dahulu.
  • Dilakukan selepas solat Isya’.

Inilah dakwaan oleh para ulama’ tabi’in berkaitan cara tahajjud. Boleh jadi mereka melandaskan pandangan itu kepada perbuatan Nabi SAW yang tidur dan solat, kemudian tidur, dan bangun bersolat.

Lantaran itu, mereka menjadikan perbuatan Baginda SAW itu sebagai menunjukkan bagaimana menjunjung perintah dalam ayat al-Quran terbabit. Jika demikian halnya, maka tidak jauh kemungkinan benarnya pendapat tersebut.

 

Mengapa Qiyamullail menjadi sebab untuk mencapai maqam yang terpuji?

Dalam hal ini, ada dua pendapat dalam kalangan ulama’:

  • Allah menjadikan apa sahaja yang Dia mahu sebagai sebab untuk mendapatkan kurnia-Nya sama ada diketahui hikmah di sebaliknya ataupun tidak.
  • Dalam qiyamullail mempunyai unsur bersunyi-sunyian dan bermunajat dengan Allah SWT tanpa pembabitan manusia lain. Justeru, Nabi dianugerahkan dapat bersunyi-sunyian dan bermunajat dengan Allah SWT pada hari Kiamat. Maka itulah maqam yang terpuji.

Manakala sekalian manusia yang lain tidak sama darjat masing-masing. Darjat yang paling tinggi dicapai ialah oleh Nabi Muhammad SAW, kerana Baginda SAW dianugerahkan pelbagai kepujian yang tidak dianugerahkan kepada seorang pun, dan Baginda SAW dapat memberikan syafaat tertentu yang tidak dapat diberikan oleh orang lain. Wallahua’lam.

Semoga kita dapat menjadikan amalan qiamullai sebagai satu kelaziman dalam hidup sehingga kita mampu