Visitors Hit

6423372 Views

Aktiviti Kuala Lumpur

            

           

Alhamdulillah. dengan izin dan rahmat Allah Taala, Konvensyen Falak Wilayah Persekutuan 2017 bertempat di Planetarium Negara berjaya dilaksanakan. Terima kepada semua pihak yang bekerjasama.

  

 

Ketibaan Sohib Al-Samahah Ustaz Dr.Zulkifli Mohamad Al-Bakri ke bumi Wilayah Persekutuan Labuan di sambut oleh Sohib al-Samahah Timbalan Mufti, Ketua Penolong Mufti Cawangan Labuan dan di jemput menghadiri Jamuan Aidilfitri oleh pihak MAB Labuan dari Ir Zaifuddin Bin Idris, Senior General Manager Technical Services MAHB dan Ahmad Fikri Bin Hj Samsudin , Airport Manager Labuan Airport.

Alhamdulillah, sempat menghadiri undangan Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri YB Mejar Jeneral Dato' Seri Jamil Khir Bin Baharom (B), Menteri di Jabatan Perdana Menteri Merangkap Ahli Parlimen Jerai yang bertempat di Dewan Serbaguna Guar Chempedak, Kedah.

 Semoga hubungan ukhwah berkekalan hingga ke syurga, amin. Sekali lagi maaf zahir dan batin.

Menghadiri jemputan Rumah Terbuka Pertubuhan Kebajikan dan Pengubatan Islam Darussyifa', Bangi. Alhamdulillah dan terima kasih kepada saf kepimpinan dan pentadbiran atas usaha murni ini bagi mengeratkan ukhwah Islamiah, yang saban tahun dianjurkan.

Pelbagai juadah yang enak disediakan untuk menyantuni tetamu yang hadir. Semoga amal bakti ini menjadi saham kita di akhirat kelak.

Alhamdulillah dengan jayanya kami di Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan(PMWP) telah menganjurkan Mahabbah Aidilfitri bersama rakan taulan, sahabat handai untuk memeriahkan suasana Aidilfitri dengan bersilaturrahim dan memanjat kesyukuran kepadaNya kerana semuanya berjalan dengan lancar.

  

  

  

 

  

 

Gambar sekitar majlis "Ziarah Mahabbah Aidilfitri". 

Semoga Allah Merahmati kita semua dan Ukhuwah Islamiyah ini berkekalan hingga ke jannah.

               

Sekalung penghargaan kepada En.S.Yuvarajah dan Puan M. Shyamala atas kunjungan ziarah Hari Raya Aidilfitri ke kediaman Dato Mufti Wilayah Persekutuan. Kedua-duanya adalah ibu bapa kepada pemandu rasmi kami, En. Nordin Raj bin Yuvarajah. Tidak dilupakan juga kepada En. M. Ramu. Sesungguhnya kami amat terharu dengan kunjungan ini.

Semoga hubungan persaudaraan rentas agama dan bangsa ini akan terus berkekalan dengan semangat muhibah.

                

நாம் உடன்பிறந்த உறவுகள் மற்றும் இந்த நாட்டின் குறுக்கு மதம் நல்லெண்ண ஆவி நிலைநிறுத்தப்பட்டு வேண்டும் விரும்புகிறேன்.
சரி ஹரி ராயர் Aidilfitri ஒரு யாத்திரை விஜயம் எங்கள் வீட்டின் மீது En.S.Yuvarajah மற்றும் திருமதி எம் சியாமளா செய்யப்படுகிறது. இருவரும் எங்கள் அதிகாரி இயக்கி, திரு பெற்றோர்கள் ராஜ் நோர்டின் பின் Yuvarajah. குறைந்தது கடந்த ஆனால் திரு க்கு எம் ராமு. 'நாம் மிகவும் இந்த விஜயம் நம் நெஞ்சை நெகிழ வைக்கிறது.

நாம் உடன்பிறந்த உறவுகள் மற்றும் இந்த நாட்டின் குறுக்கு மதம் நல்லெண்ண ஆவி நிலைறுத்தப்பட்டு வேண்டும் விரும்புகிறேன்.

Antara aktiviti-aktiviti dan tugas-tugas yang dilakukan Pelatih-Pelatih SL1M bersama Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan Putrajaya dan Kuala Lumpur. 

                 

              

              

 

Sesi perbincangan bersama Dato Mufti WP dan para pegawai serta pelatih sl1m yang menjadi rutin harian pada setiap pagi bagi menyelesaikan isu-isu yang berbangkit dan memastikan kelancaran perjalanan pengurusan dan perkhidmatan di pejabat berjalan dengan lancar.

Ahlan Wasahlan kepada Jeneral Tan Sri Che Md Noor Bin Mat Arshad (Mantan Panglima ATM), terima kasih atas kunjungan mahabbah ke pejabat kami pagi ini. Semoga segala usaha dipermudahkan dan ukhuwah Islamiah hingga ke jannah.

S.S Ustaz Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri dan kakitangan Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan sedang menyiapkan Al-Kafi Syarah Hadis 40 Edisi Kemaskini. Semoga memberi manfaat kepada semua.

Terima kasih atas kunjungan mahabbah ke pejabat kami serta sempat berbincang serba sedikit berkaitan isu perpaduan dan toleransi antara kaum melalui fiqh ta'ayush. Beliau juga ingin mendapatkan pandangan dan nasihat kami.

Semoga dengan pencerahan dan pandangan yang dikongsikan bermanfaat buat ummah.

Pada 20 Jun 2017 bersamaan 25 Ramadan 1438H, satu majlis yang dinamakan sebagai Liqa’ Mahabbah dan Iftar Bersama-sama Mufti Wilayah Persekutuan telah diadakan di Institut Latihan Islam Malaysia, Bangi. Majlis tersebut telah dihadiri oleh 250 orang terdiri daripada rakan-rakan artis veteran tanahair, penulis skrip, mahasiswa dari Universiti Kebangsaan Malaysia, tenaga pengajar dan pelajar-pelajar dari Pondok Moden Al-‘Abaqirah dan Ma’alim al-Sunnah Li al-Dirasati al-Nabawiyyah (institusi pendidikan di bawah Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP)), rakan media dari Astro Oasis dan Astro Shaw. Majlis ini bertujuan menyantuni rakan-rakan artis dan penggiat seni kreatif serta menjalin hubungan yang erat antara institusi mufti dan golongan anak seni. Para tetamu berpeluang mengajukan permasalahan berkaitan isu-isu semasa khasnya berkaitan bidang seni secara terus kepada Sahibus Samahah Mufti Wilayah Persekutuan dalam sesi Anda Tanya , Mufti Jawab. Majlis turut diselitkan dengan acara pelancaran Dana Wakaf Pondok Moden Al-‘Abaqirah, MAIWP oleh Sahibus Samahah Mufti Wilayah Persekutuan. Majlis ini berakhir selepas usai Solat Terawih berjemaah ditunaikan dan jamuan moreh.

Dari Meja Mufti

 

Waktu Solat
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Subuh 88:88
Syuruk 88:88
Zohor 88:88
Asar 88:88
Maghrib 88:88
Isyak 88:88
Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan 

Go to top