Visitors Hit

3825901 Views

Soalan-soalan agama yang kami terima setiap hari melalui Facebook, Instagram, Twitter, Whatsapp, Sistem eKemusykilan dan lain-lain sumber adalah terlalu banyak. Kami cuba sedaya upaya untuk menjawab persoalan masyarakat berhubung isu-isu agama setiap hari maksimum 10 soalan. Tuan-tuan dan puan-puan boleh layari laman web rasmi atau Facebook kami bagi mendapatkan lebih 1 ribu soal jawab agama daripada bank soal jawab kami bermula Jun 2014.

Ini pula aktiviti setiap hari Rabu. Timbalan Mufti, Ketua Penolong Mufti, Penolong-Penolong Mufti (Ketua-Ketua Setiap Unit), Pegawai-Pegawai dan Pembantu Hal Ehwal Islam akan "berkampung" seharian di perpustakaan bagi menyelesaikan urusan berkaitan kefatwaan dan soalan-soalan agama daripada masyarakat yang masih tertangguh.

Moga umat Islam di Malaysia mendapat manfaat daripada usaha ini. Kami komited untuk meneruskan usaha memasyarakatkan institusi kefatwaan.

LEBIH 1,000 HIMPUNAN SOAL JAWAB AGAMA DI HUJUNG JARI ANDA

Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan berbesar hati untuk berkongsi dengan anda lebih 1,000 soal jawab agama yang telah dijawab oleh SS Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri, Mufti Wilayah Persekutuan, setiap hari sejak mula dilantik sebagai Mufti Wilayah Persekutuan pada 23 Jun 2014 hingga kini. Himpunan soalan ini kebanyakannya diambil daripada soalan-soalan pengguna Facebook ke inbox Facebook Mufti Wilayah Persekutuan. Ia meliputi bidang akidah, fiqh ibadah, fiqh perubatan, fiqh thaharah, fiqh jinayat, usul fiqh, ekonomi Islam, hadith, tasawwuf dan juga isu-isu semasa berkaitan agama.

Kami akan memuatnaik maksimum 10 artikel soal jawab agama sehari di Facebook Mufti Wilayah Persekutuan (www.facebook.com/drzulmuftiwp). Jangan lupa untuk 'setkan' butang 'See First' di Facebook anda. Jawapan yang anda tercari-cari selama ini mungkin sudah dijawab oleh SS Mufti!

1. Bayan Linnas [https://goo.gl/0K0OGE]
2. Al-Kafi li al-Fatawi [https://goo.gl/8oFc8n]
2. Irsyad al-Fatwa [https://goo.gl/xFtd0a]
3. Irsyad al-Fatwa Edisi Ramadhan [https://goo.gl/A97We8]
4. Irsyad al-Fatwa Edisi Haji & Korban [https://goo.gl/xPzj4G]
5. Irsyad Usul al-Fiqh [https://goo.gl/wIjbT0]
6. Irsyad al-Hadith [https://goo.gl/ic7Pkx]

------------------------------------------------
Ikuti perkembangan setiap hari Mufti Wilayah Persekutuan di laman sosial!
Instagram | https://www.instagram.com/drzulkifli.albakri
Twitter | https://twitter.com/drzul_albakri
Telegram | https://telegram.me/drzulalbakri
FB Page | https://www.facebook.com/drzulmuftiwp ;https://www.facebook.com/drzulkiflialbakri

Dapatkan jadual harian Mufti Wilayah Persekutuan di http://raudhah.co/drzulkiflialbakri
 

Dari Meja Mufti

 

Waktu Solat
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Subuh 88:88
Syuruk 88:88
Zohor 88:88
Asar 88:88
Maghrib 88:88
Isyak 88:88
Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan 

Go to top