Visitors Hit

8912180 Views

Tanggal 14 November 2017 yang lalu bertempat di Dewan Serbaguna Kementerian Perindustrian dan Industri Asas Tani(MOA) telah berlangsung Majlis Penjelasan Fatwa PMWP 2017.Sasara peserta pada majlis ini adalah terdiri daripada kakitangan awam,institusi pendidikan, dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO Islam) sekitar Putrajaya.

Terdapat tiga slot diketengahkan iaitu “Fatwa Di Malaysia:Satu Penjelasan” yang telah disampaikan oleh Ustaz Ahmad Tarmizi dari Unit Buhuth,PMWP. Slot kedua pula diambil oleh Ustaz Tajul Urus Bin Abdul Halim yang bertajuk “Fatwa-fatwa Yang Diwartakan Di Wilayah Persekutuan”.Manakala slot terakhir berbentuk forum yang dikendalikan oleh tiga Pegawai Penyelidik PMWP.

Seminar ini mendapat sambutan yang menggalakkan dengan respon positif yang diberikan oleh para peserta yang melalui sesi soal jawab dan juga borang penilaian yang diedarkan.Program ini dirasmikan oleh Yang Berbahagia.SS Mufti Wilayah Persekutuan,Datuk Dr.Zulkifli Bin Mohamad al-Bakri.

Dari Meja Mufti

 

Waktu Solat
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Subuh 88:88
Syuruk 88:88
Zohor 88:88
Asar 88:88
Maghrib 88:88
Isyak 88:88
Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan 

Go to top