Visitors Hit

6403924 Views

Hari ini merupakan satu lakaran sejarah bagi Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan telah tercatat apabila para panel Klinik Fatwa & Hukum "Irsyad al-Fatawi wa al-Ahkam" turun ke lapangan bertemu masyarakat di Masjid Bukit Aman, Masjid Wilayah Persekutuan & Masjid Jamek Kuala Lumpur bagi membantu masyarakat mendapatkan jawapan bagi persoalan-persoalan agama serta khidmat nasihat. 

Alhamdulillah, sambutan yang amat meriah daripada masyarakat sekitar. Terima kasih kepada pihak pengurusan Masjid Bukit Aman, Masjid Wilayah Persekutuan & Masjid Jamek Kuala Lumpur. Jazakumullahu khairal jaza'

Diharapkan ini satu bentuk 'public engagement' yang memberi manfaat kepada masyarakat tanpa mengira agama dan bangsa di Wilayah Persekutuan. Nantikan kami di masijd dan surau Jumaat anda akan datang.

Terima kasih kepada Tun Abdullah Ahmad Badawi, mantan Perdana Menteri dan Tan Sri Dato' Sri Khalid Abu Bakar, Ketua Polis Negara atas kesudian bergambar bersama panel di Masjid Bukit Aman dan sokongan kepada Klinik Irsyad al-Fatawi wa al-Ahkam

"Memasyarakatkan Fatwa, Membudayakan Ilmu"


#KlinikHukumIFA

 

 

 

Dari Meja Mufti

 

Waktu Solat
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Subuh 88:88
Syuruk 88:88
Zohor 88:88
Asar 88:88
Maghrib 88:88
Isyak 88:88
Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan 
Go to top