Visitors Hit

5779694 Views

Jadual

 

  1. BAYAN LINNAS
  2. IRSYAD FATWA
  3. IRSYAD AL-HADITH
  4. IRSYAD USUL FIQH
  5. AL-KAFI LI AL-FATAWI

    Kami diminta oleh sebahagian wartawan untuk mengulas berkenaan dengan isu campur tangan asing dalam kemelut 1MDB. Hari ini…

Mukadimah Alhamdulillah, segala puji dan syukur kami panjatkan kepada Allah S.W.T. Bersempena dengan lambaian kaabah dan panggilan haji tahun ini…

  Soalan: Apakah terdapat anjuran daripada hadith berkaitan memakai selipar?   Jawapan : Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, selawat…

  • Soalan: Assalamualaikum mufti soalan saya adalah, adakah berdosa, sekiranya seorang cashier (jurujual), tersentuh tangan bukan mahramnya apabila memberi baki duit kepada pelanggan ? Setahu saya, menyentuh tangan bukan mahram adalah…

  • Soalan: Saya ingin bertanya berkenaan hukum memberi duit raya, adakah terdapat unsur tasyabbuh dengan budaya memberi ang pow di sisi masyarakat cina ? Jawapan: Alhamdulillah segala puji dan syukur kami…

  •   Soalan: Salam. Adakah sah solat perempuan yang tidak memakai stoking tetapi memakai kain yang labuh sehingga menutup kakinya?   Jawapan: Waalaikumussalam. Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, selawat dan…

Berita & Aktiviti

Ahlan Wasahlan kepada Mantan Panglima…

Ahlan Wasahlan kepada Jeneral Tan Sri Che Md Noor Bin...

Lawatan Kerja Ke Utara Semenanjung

Pada 21, 22 dan 23 Mei 2017 yang lalu, Bahagian...

Majlis Berbuka Puasa Bersama Perdana…

Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri telah menghadiri...

Rombongan dari Masjid Seri Petaling

Ahlan wasahlan kepada Sohibul Fadhilah Maulana Mansur serta rombongan beliau...

Seminar Fiqh Perubatan di USIM

Memenuhi jemputan Seminar Fiqh Perubatan bagi menyampaikan ceramah yang bertajuk...

Kunjungan Syeikh Habib Ali Zainal…

Ahlan wasahlan kepada Sohibul Fadhilah Syeikh Habib Ali Zainal Abidin...

Kunjungan mahabbah Pondok Dar Al-Abrar…

Ahlan wasahlan kepada Sohibul Fadilah Ust. Roslan, Ust. Shahrizan dan...

Sekitar Klinik Hukum IFA siri…

Sekitar Klinik Hukum IFA siri ke-25 pada 12 Mei 2017 1...

Tautan Mahabbah Bersama Masyarakat Orang…

Pada 29 dan 30 April yang lalu, Badan Kebajikan Pejabat...

Hari Semakan Buku Rekod Perkhidmatan…

  Bahagian Khidmat Pengurusan Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan telah mengadakan Hari Semakan...

Pelancaran Buku Irsyad Al Fatwa…

13 April 2017 – Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan (PMWP) sekali...

Mesyuarat ISRA bersama Bank Negara…

Alhamdulillah sempat menghadiri mesyuarat ISRA anjuran bersama BNM. Board Room...

AL-KAFI LI AL-FATAWI SOALAN 429 (4 NOVEMBER 2016 / 4 SAFAR 1438H)

 

SOALAN:

Assalamualaikum Datuk Mufti, apakah hukum kencing berdiri ?

 

JAWAPAN:

 

Waalaikumussalam w.b.t. Isu ini telahpun dibincangkan oleh para ulama sejak sekian lama. Mereka terbahagi kepada dua pandangan sama ada yang melarang ataupun yang membolehkannya. Berikut merupakan dalil- dalil yang berkaitan dengan isu kencing berdiri.

Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Ummul Mukminin A’isyah R.anha beliau berkata:

مَنْ حَدَّثَكُمْ أَنَّ النَّبِيَّ صلى الله عليه وسلم كَانَ يَبُولُ قَائِمًا فَلاَ تُصَدِّقُوهُ مَا كَانَ يَبُولُ إِلاَّ قَاعِدًا

Maksudnya: Sesiapa yang bercerita kepada kalian semua bahawasanya Rasulullah S.A.W itu kencing berdiri maka janganlah kalian mempercayainya. Tidaklah Rasulullah S.A.W itu kencing melainkan dalam keadaan duduk.

Riwayat al-Tirmizi (12)

Juga berdasarkan sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Huzaifah Ibn al-Yaman R.A beliau berkata:

أَتَى النَّبِيُّ صلى الله عليه وسلم سُبَاطَةَ قَوْمٍ فَبَالَ قَائِمًا ثُمَّ دَعَا بِمَاءٍ فَجِئْتُهُ بِمَاءٍ فَتَوَضَّأ
Maksudnya: Nabi S.A.W mendatangi tempat buangan sampah sebuah kaum, kemudian baginda kencing secara berdiri. Kemudian baginda meminta air lalu aku membawanya dan baginda pun berwudhuk.

Riwayat al-Bukhari (224)

Kedua-dua hadis di atas dilihat seakan-akan saling bercanggahan di antara satu sama lain. Akan tetapi, kami menyebut di sini berkenaan cara untuk mengharmonikan di antara kedua-dua dalil tersebut adalah dengan mengatakan: Dibolehkan kencing secara berdiri berdasarkan hadis Huzaifah, manakala yang lebih afdhal adalah kencing secara duduk kerana itulah yang paling kerap dilakukan oleh Rasulullah S.A.W.

Kata Imam al-Hafiz Ibn Hajar al-Asqalani Rahimahullah: Yang zahirnya baginda melakukannya (kencing secara berdiri) adalah untuk menjelaskan akan keharusannya dan dalam banyak keadaan baginda membuang air kecil secara duduk. Lihat Fath al-Bari Syarah Sahih al-Bukhari, Ibn Hajar (1/330).

Kami juga menyatakan bahawa para ulama yang mengharuskan perbuatan kencing berdiri turut menyebutkan beberapa perkara seperti berikut:

- Hendaklah ia dilakukan di tempat yang sembunyi dari penglihatan manusia lainnya supaya auratnya terpelihara.
- Hendaklah berhati-hati supaya air kecil tidak terpercik ke pakaian.

Wallahu A'lam.

Dari Meja Mufti

Media Mufti WP

 

Waktu Solat
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Subuh 88:88
Syuruk 88:88
Zohor 88:88
Asar 88:88
Maghrib 88:88
Isyak 88:88
Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan 

Go to top