Visitors Hit

8452583 Views

Pengumuman

Jadual

 

  1. BAYAN LINNAS
  2. IRSYAD FATWA
  3. IRSYAD AL-HADITH
  4. IRSYAD USUL FIQH
  5. AL-KAFI LI AL-FATAWI

  Mukadimah Pada 12 Oktober 2017 (Khamis), saya telah ke Labuan untuk seminar Muamalat anjuran Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB)…

  Soalan:  Assalamualaikum wa rahmatullah.   Saya pelajar perempuan jurusan agama di timur tengah yang ditaja penuh zakat sebuah negeri setiap tahun pengajian. Soalan saya:   1- Adakah saya wajib membayar zakat sendiri…

      Soalan: Apakah suami akan mendapat pahala apabila isteri bersedekah dengan duit yang diberi oleh suaminya?   Jawapan:…

  •     Soalan: Siapakah Yahya bin Ma’in?   Jawapan: Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga baginda SAW, sahabat baginda…

  •     Soalan: Apakah terdapat hadith menceritakan perlu didahulukan buah-buahan ketika makan?   Jawapan: Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli…

  •   Soalan: Apakah status hadith ini?   مَنْ نَامَ بَعْدَ الْعَصْرِ، فَاخْتُلِسَ عَقْلُهُ، فلا يَلُومَنَّ إِلَّا نَفْسَهُ Maksudnya: “Sesiapa yang tidur selepas Asar lalu hilang akalnya, maka janganlah dia mencela…

Berita & Aktiviti

Bengkel Penerbitan Buku Modul Falak…

Bengkel Penerbitan Buku Modul Falak Wilayah Persekutuan telah diadakan pada...

Pelancaran Kitab Matla’ Al-Badrain

Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan sekali lagi memahat kenangan manis dengan...

KENYATAAN MUFTI WILAYAH PERSEKUTUAN :…

    Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada...

Seminar Bayan Al-Aqidah Siri 2/2017

Seminar Bayan Al-Aqidah Siri 2/2017 telah diadakan pada 26 September...

Majlis Istiadat Konvokesyen Kolej UNITI…

SS. Datuk Dr. Zulkifli bin Mohamad al-Bakri semasa menghadiri Majlis...

Kunjungan Hormat Dai' Pendakwah Nusantara…

Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan telah menerima kunjungan hormat dari peserta-peserta...

Konvensyen Memperkukuh Pasak Negara di…

MUTIARA HIKMAH DARIPADA SULTAN YANG PUNYA HIKMAH ''Bersempena Konvensyen Memperkukuh Pasak...

Majlis Ramah Mesra bersama Ketua…

Semoga hubungan baik berkekalan dan dilimpahi rahmat-Nya selamanya.  

Majlis Perdana Ulama' Umara' +…

Persidangan Meja Bulat Ulama' Dan Umara' sempena Majlis Ulama' Dan...

Seminar Bayan Al-Aqidah Siri 1/2017

Pada 31 Julai 2017 (Isnin), Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan telah...

Menerima Kunjungan Daripada Kementerian Komunikasi…

                         Sesi temuramah bersama Mufti Wilayah Persekutuan S.S Datuk Dr. Zulkifli...

 

 

Soalan:

Apakah status hadith “Orang yang berpegang dengan agama seperti memegang bara api”?

 

Jawapan:

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga baginda SAW, sahabat baginda SAW serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah baginda SAW.

 

Mutakhir ini, kita sering mendengar hadith-hadith yang menceritakan akan perihal manusia di akhir zaman oleh para penceramah. Antaranya ialah, hadith seorang yang berpegang dengan agamanya seperti seorang yang menggenggam bara api. Untuk itu, kami cuba menyatakan dan menjelaskan akan status dan makna hadith tersebut.

 

Matan Hadith

Hadith ini diriwayatkan oleh Anas bin Malik RA, bahawa Nabi SAW:

 

يَأْتِيْ عَلَى النَّاسِ زَمَانٌ الصَّابِرُ فِيْهِم عَلَى دِيْنِهِ كَالقَابِضِ عَلَى الجَمْرِ

Maksudnya: “Akan datang kepada manusia satu zaman di mana orang yang sabar daripada kalangan manusia yang berpegang dengan agamanya seperti seorang yang menggenggam bara api”.

[Riwayat al-Tirmizi, Kitab Fitnah, Bab Larangan mencela angina, no. Hadith 2186]

 

Hukum Hadith

Hadith ini dihukum oleh Imam al-Tirmizi sebagai hadith yang gharib daripada jalur ini (sanad ini) tetapi hadith ini sahih dengan banyaknya syawahid (jalur lain) padanya.

 

Makna Hadith

Hadith ini menggambarkan akan perihal dan keadaan manusia di akhir zaman yang penuh dengan cabaran dan ujian bagi orang-orang yang ingin berpegang dengan agama. Pada waktu itu, umat Islam perlulah menjaga agama mereka dan dalam masa yang sama perlu meninggalkan nikmat dunia yang sementara ini. Tambahan pula, persekitaran dan suasana pada waktu itu tidak membantu seseorang itu untuk menunaikan segala kewajipan dan tuntutan agama, bahkan apa yang ada disekelilingnya lebih mendorong untuk melakukan maksiat dan perkara-perkara yang boleh meruntuhkan keimanan seseorang itu. Disebabkan itu, Nabi SAW mengumpamakan orang yang hidup di zaman itu seperti seorang yang memegang bara api dalam melaksanakan tuntutan agama. Telah berkata al-Qari’:

 

“Tidak mungkin seseorang itu boleh memegang atau menggenggam bara api melainkan ia memerlukan kesabaran yang tinggi dan perlu menanggung kesusahannya. Untuk itu, tidak dapat digambarkan pada waktu itu apabila seseorang itu ingin menjaga agamanya dan juga cahaya keimanannya kecuali dengan kesabaran yang tinggi”.

[Lihat: Tuhfah al-Ahwazi, 6:444]

 

Cara Menghadapi Fitnah

Antara cara untuk berdepan dengan fitnah akhir zaman adalah:

  • Berpegang dengan petunjuk daripada al-Qur’an dan al-Hadith.
  • Memperbanyakkan berdoa kepada Allah SWT agar diselamatkan daripada segala fitnah dan memperbanyakkan amalan soleh.
  • Beruzlah (menjauhkan diri) daripada fitnah yang berlaku.
  • Menyertai dan sentiasa bersama dengan Jemaah Islam yang ada pada waktu itu.
  • Memperbanyakkan istighfar dan memohon ampun kepada Allah SWT.
  • Meningkatkan tahap kesabaran sebagaimana yang dinyatakan di dalam hadith di atas.

 

Penutup

Kesimpulannya, zaman yang sedang kita lalui saat ini adalah zaman fitnah. Untuk itu, sudah menjadi tanggungjawab kita untuk sentiasa mempersiapkan diri kita agar kita tidak terjerumus ke dalam fitnah yang boleh meruntuhkan tahap keimanan kita. Akhirnya, Allah SWT telah menjanjikan ganjaran yang istimewa kepada orang-orang yang sabar. Firman Allah SWT:

إِنَّمَا يُوَفَّى الصَّابِرُونَ أَجْرَهُم بِغَيْرِ حِسَابٍ

Maksudnya: “Sesungguhnya orang-orang yang bersabar sahaja yang akan disempurnakan pahala untuk mereka dengan tidak terkira”.

[al-Zumar:10]

 

Semoga Allah SWT memelihara iman kita dan meyelamatkan diri kita daripada segala fitnah serta mengurniakan kita kesabaran yang tinggi untuk menghadapi zaman ini. Amin.

Dari Meja Mufti

Media Mufti WP

 

Waktu Solat
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Subuh 88:88
Syuruk 88:88
Zohor 88:88
Asar 88:88
Maghrib 88:88
Isyak 88:88
Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan 

Go to top