Visitors Hit

7511461 Views

 

SOALAN:

Assalamualaikum wbt,

Apakah hukum memijak biasan kalimah suci yang terbentuk di lantai kerana disuluh sinaran matahari?

 

JAWAPAN:

Waalaikumussalam wbt,

Kami berpendapat hal demikian mestilah dielakkan, sama ada kalimah itu terbias dengan sempurna, terbalik atau tidak jelas bagi menjauhkan diri kita daripada apa-apa perbuatan yang boleh dianggap menghina kalimah suci.

Perbuatan menghina penulisan yang dianggap suci di dalam Islam besar dosanya dan mengeluarkan seseorang daripada Islam:

“Begitu juga (jatuh murtad) jika seseorang sengaja melakukan suatu perbuatan kufur secara sengaja dan bersifat menghina secara jelas terhadap agama, seperti membuang dan menjatuhkan mushaf al-Quran ke dalam tempat yang kotor, begitu juga kitab-kitab hadis dan tafsir.”

Al-Mu’tamad fi al-Fiqh al-Syafie (5/233) oleh Syeikh Muhammad al-Zuhaili

Justeru, kami menyeru agar dielakkan penggunaan pintu gelongsor (sliding door), atau bingkai kaca, yang mengandungi kalimah suci yang boleh membiaskan cahaya matahari sehingga terbentuk di permukaan lantai lalu orang ramai memijaknya. Sekalipun bukan disengajakan, tetapi ianya perlu sentiasa dielakkan sebaik mungkin agar tidak mendatangkan fitnah dalam masyarakat. Tampallah dengan bahan-bahan yang boleh menghalang cahaya membentuk kalimah jika kos menukarkannya tinggi dan menyusahkan.

Wallahua’lam.

Dari Meja Mufti

 

Waktu Solat
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Subuh 88:88
Syuruk 88:88
Zohor 88:88
Asar 88:88
Maghrib 88:88
Isyak 88:88
Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan 

Go to top