Visitors Hit

3345301 Views

SOALAN:

Assalamualaikum wrm wbt,

Sah atau tidak pernikahan menggunakan wali hakim tetapi tersilap meletak bin atau nama ayahnya?

JAWAPAN:

Waalaikumussalam wrm wbt,

Di dalam mazhab al-Syafie, wajib hukum ta`yin (penentuan) pengantin perempuan di dalam akad nikah. Ta`yin memadai sama ada dengan namanya, isyarat, atau sifat-sifatnya yang khas. Jika tidak ditentukan maka batal akad nikah tersebut. Contohnya seorang lelaki memulakan ijab dengan berkata, “Aku nikahkan anak perempuanku”, sedangkan dia memiliki dua orang anak perempuan. Maka tidak ditentukan anak perempuan yang manakah yang ingin dinikahka olehnya. Justeru, ta`yin tidak berlaku dan nikah juga tidak sah.

Rujuk Al-Mu’tamad fi al-Fiqh al-Syafie (4/58)

Justeru, kami berpendapat jika seorang wali hakim tersilap membacakan nama ayah bagi pengantin perempuan dalam majlis akad, maka hukumnya tetap sah jika sudah ditentukan pengantin perempuan di sisi pengantin lelaki, wali, dan dua orang saksi, dengan namanya sahaja, isyarat dan sifat-sifatnya. Tersilap pada nama ayah tidak begitu besar jikan ta`yin itu disokong dengan nama asal wanita itu, isyarat, dan ciri-ciri yang sudah diketahui dalam majlis akad.

Wallahua’lam.

Dari Meja Mufti

 

Waktu Solat
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Subuh 88:88
Syuruk 88:88
Zohor 88:88
Asar 88:88
Maghrib 88:88
Isyak 88:88
Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan 

Go to top