Visitors Hit

3433666 Views

 

AL-KAFI LI AL-FATAWI #505: PEWARNA MERAH GINCU BIBIR YANG DIPERBUAT DARIPADA COCHINEAL. ADAKAH HALAL?

3 Januari 2017 bersamaan 4 Rabi' al-Akhir 1438 H.

 

 

Soalan:

Saya ingin bertanya mengenai pewarna merah lipstick yang di buat daripada cochineal. Adakah ia halal?

 

Jawapan:

Cochineal adalah sejenis serangga (seumpama kumbang) yang mana melalui proses-proses tertentu, daripada serangga tersebut dapat menghasilkan pewarna merah. Pewarna ini banyak digunakan di dalam industri pemakanan sebagai pewarna makanan dan juga dalam bidang kosmetik seperti pewarna bagi gincu bibir.

Cochineal juga adalah serangga yang mana darahnya tidak mengalir. Di dalam fiqh, serangga jenis sebegini adalah suci.[1] Oleh itu pewarna yang diambil dari cochineal ini adalah suci.

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia kali ke-100 yang bersidang pada 4-6 Julai 2012 telah membincangkan Hukum Bahan Pewarna Cochineal: Kajian Semula Kadar Piawaian Yang Ditetapkan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa MKI, muzakarah berpandangan bahawa cochineal adalah sejenis serangga yang tidak membahayakan dan zat pewarna yang dihasilkan boleh dimanfaatkan oleh manusia.

Dari segi perundangan negara pula, Peraturan-Peraturan Makanan Malaysia 1985 telah menetapkan bahawa pewarna carmine yang diperolehi dan dihasilkan daripada cochineal adalah dibenarkan berdasarkan Amalan Pengilangan Yang Baik (GMP).

Berdasarkan kenyataan-kenyataan yang telah diperolehi serta diteliti, Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa penggunaan bahan pewarna cochineal dalam makanan, minuman dan bahan gunaan adalah diharuskan dan kadar penggunaan yang dibenarkan adalah mengikut ketetapan pihak Kemeterian Kesihatan Malaysia selagi mana tidak mendatangan kemudaratan.

Wallahu a’lam.

 

[1] Lihat al-Mu’tamad fi al-Fiqh al-Syafi’e. Dar al-Qalam, 1/45.

Dari Meja Mufti

 

Waktu Solat
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Subuh 88:88
Syuruk 88:88
Zohor 88:88
Asar 88:88
Maghrib 88:88
Isyak 88:88
Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan 

Go to top