Visitors Hit

7511385 Views

Soalan: Apakah yang dimaksudkan dengan alam barzakh?

Jawapan:

Firman Allah SWT

وَمِن وَرَائِهِم بَرْزَخٌ إِلَىٰ يَوْمِ يُبْعَثُونَ
“…sedang di hadapan mereka ada alam barzakh (yang mereka tinggal tetap padanya) hingga hari mereka dibangkitkan semula (pada hari kiamat).”
(Surah al-Mu’minun: 100)

Alam barzakh adalah alam yang dilalui oleh manusia setelah meninggal dunia. Barzakh dari sudut bahasa adalah pemisah antara dua benda. Alam selepas kematian dinamakan alam barzakh. Ini kerana, ia menjadi pemisah antara alam dunia dan alam akhirat. (Lihat Safwat al-Tafasir, 2/293)

Imam al-Ghazali menjelaskan bahawa kematian itu sebenarnya perubahan keadaan roh daripada memiliki kekuasaan penuh terhadap jasad, kepada kehilangan kekuasaan itu. Roh yang sebelumnya menggunakan mata untuk melihat, kaki untuk berjalan, telinga untuk mendengar, dan semua anggota jasad yang lain sebagai alat bantu dengan bebasnya, pada masa ini tidak akan mampu lagi melakukannya. Jika lumpuh itu bermakna kehilangan fungsi atas sesebuah anggota badan, maka maut adalah lumpuh yang menimpa seluruh anggota badan. (Lihat Ihya’ Ulum al-Din, 4/478)

Semoga dengan penjelasan ini dapat menambahkan keimanan kita kepada hal-hal yang ghaib. Wallahua'lam

Dari Meja Mufti

 

Waktu Solat
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Subuh 88:88
Syuruk 88:88
Zohor 88:88
Asar 88:88
Maghrib 88:88
Isyak 88:88
Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan 

Go to top