Visitors Hit

7490596 Views

 

Soalan:

Apakah yang dimaksudkan dengan syuf’ah. Mohon penjelasan

Jawapan:

Pengertian Syuf’ah

Syuf’ah secara bahasa diambil dari kata syaf’, yang bermaksud pasangan. Menurut fuqaha’, syuf’ah ialah hak rakan kongsi mengambil bahagian kawannya yang lain dengan menggantikan harta atau bayaran.   

Syuf’ah adalah hal yang sudah dikenali oleh orang-orang Arab pada zaman Jahiliiyyah. Dahulunya, jika seseorang hendak menjual rumah atau kebunnya, maka jiran tetangga, kawan rapat atau kawan-kawannya datang men‘syuf’ah’ nya, dijadikannya ia sebagai orang yang lebih berhak membeli bagian itu.

Dari sinilah disebut Syuf’ah, dan orang yang meminta syuf’ah disebut syafii’. Lalu syafii’  mengambil bahagian kawannya yang telah menjual dengan pembayaran yang telah ditetapkan dalam akad. Ada yang mengatakan bahawa dinamakan syuf’ah kerana pemiliknya menggabung sesuatu yang dijual kepadanya, yang mana sebelumnya terpisah.

 

Dalil Pensyariatan Syuf’ah

Imam Bukhari meriwayatkan dari Jabir bin Abdillah RA berkata:

قَضَى رسول الله صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِالشُّفْعَةِ فِي كُلِّ مَالٍ لَمْ يُقْسَمْ فَإِذَا وَقَعَتْ الْحُدُودُ وَصُرِّفَتْ الطُّرُقُ فَلَا شُفْعَةَ

Maksudnya: “Bahawa Rasulullah SAW menetapkan syuf’ah pada harta yang belum dibahagi-bahagi, maka ketika batasannya telah ditentukan dan jalan telah diatur, maka tidak ada lagi syuf’ah.”

(Riwayat al-Bukhari, no. 2257)

Imam Muslim meriwayatkan dari Jabir RA, ia berkata:

قَضَى رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم بِالشُّفْعَةِ فِى كُلِّ شِرْكَةٍ لَمْ تُقْسَمْ رَبْعَةٍ أَوْ حَائِطٍ. لاَ يَحِلُّ لَهُ أَنْ يَبِيعَ حَتَّى يُؤْذِنَ شَرِيكَهُ فَإِنْ شَاءَ أَخَذَ وَإِنْ شَاءَ تَرَكَ فَإِذَا بَاعَ وَلَمْ يُؤْذِنْهُ فَهْوَ أَحَقُّ بِهِ

Maksudnya: “Rasulullah SAW menetapkan syuf’ah dalam semua persekutuan yang belum dibahagi; samada rumah ataupun kebun, tidak halal bagi seseorang menjualnya sehingga dia mengkhabarkan kepada kawannya. Jika dia mahu, dia berhak mengambil dan jika mahu, dia berhak ditinggalkan. Apabila dijual, namun belum memberitahukannya, maka ia lebih berhak terhadapnya.”

(Riwayat Muslim, no. 1608)

Rasulullah SAW juga bersabda,

جَارُ الدَّارِ أَحَقُّ بِالدَّارِ

Maksudnya: “Tetangga rumah lebih berhak dengan rumahnya,”

(HR. Tirmidzi dan Abu Dawud. Hadits ini dishahihkan oleh Syaikh Al Albani dalam Al Irwaa’ no. 1539)

Para ulama juga telah sepakat tentang tetapnya hak syuf’ah bagi sekutu yang belum melakukan pembagian pada sesuatu yang dijual, baik berupa tanah, rumah maupun kebun. Dengan demikian menjadi jelaslah akan disyari’atkannya syuf’ah menurut sunnah dan ijma’.

Rukun

  • Barang yang diambil (sebahagian yang sudah dijual), syaratnya keadaan barang tidak bergerak. Adapun barang yang bergerak iaitu dapat dipindahkan, maka tidak berlaku padanya syuf’ah.
  • Orang yang mengambil barang (perkongsian yang lama); tidak berkongsi barang atau sesuatu yang diambil samada manfaat (menggunakan barang tersebut) atau hak yang ada pada perkongsian sebelumnya.
  • Yang dipaksa (perkongsian yang baru); syaratnya keadaan barang dalam pemilikannya adalah dengan cara pertukaran, bukan dengan cara pusaka, wasiat ataupun pemberian.

 

Terdapat beberapa hikmah disebalik pensyariatan syuf’ah ini, antaranya:

  • Hikmah disyari’atkan syuf’ah adalah untuk menghindari bahaya dan pertengkaran yang mungkin akan timbul. Ini kerana hak milik syafii’ terhadap harta yang dijual yang hendak dibeli oleh orang lain menolak mudharat yang mungkin timbul dari orang lain.
  • Islam mensyari’atkan syuf’ah untuk mencegah kemadharatan dan menghindari permusuhan. Kerana hak kepemilikan Syafi’ dari pembelian orang lain (pihak lain) akan dapat mencegah kemungkinan adanya kemudharatan dari orang lain yang baru saja ikut serta (rakan kongsi yang baru).
  • Imam Syafi’e berpendapat bahawa yang dimaksudkan denganmudharat (bahaya) adalah kerugian dalam pembahagian, risiko adanya pihak baru yang ikut serta dan lain-lain. Ada juga ulama yang berpendapat bahwa maksud kemudharatan adalah risiko dalam perkongsian itu sendiri.

 

Dari Meja Mufti

 

Waktu Solat
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Subuh 88:88
Syuruk 88:88
Zohor 88:88
Asar 88:88
Maghrib 88:88
Isyak 88:88
Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan 

Go to top