Visitors Hit

2647615 Views

Bolehkah membaca doa qunut nazilah pada solat-solat fardhu yang lain atau ia khusus pada waktu tertentu sahaja?

Bersempena dengan tragedi Rohingya, boleh dikatakan semua masjid di seluruh Malaysia mengadakan bacaan Qunut Nazilah semasa solat Jumaat sebentar tadi. Timbul persoalan samada bolehkah ia dibaca dalam solat-solat fardhu yang lain?

Hukumnya, sunat di sisi mazhab Syafie membaca doa Qunut Nazilah dalam semua solat fardhu selain dari Subuh jika ada keperluan.

  1. (Disyariatkan) iaitu disunatkan (bacaan Qunut) selepas tahmid (dalam) bangun daripada ruku’ yang terakhir (pada seluruh) iaitu selainnya (solat Fardhu ketika keadaan yang gawat, mencemaskan dan terdesak) yang mendesak seperti ditekan uamt Islam dengan ketakutan, kemarau, wabak, serangan belalang juta atau selainnya kerana mengikuti Nabi SAW kerana Baginda membaca Qunut sebulan untuk berdoa atas pembunuhan para sahabatnya di Qurra’ dan telaga Ma’unah. (Lihat Mughni al-Muhtaj, 1/371)
  2. Adapun, selain solat-solat fardhu selain solat Subuh tidak ada Qunut padanya jika tidak ada hajat. Sesungguhnya berlaku kegawatan kepada umat Islam, mereka membaca Qunut pada semua solat-solat fardhu sebagaimana diriwayatkan oleh Abu Hurairah RA daripada Nabi SAW: “Bahawasanya Nabi SAW tidak membaca Qunut melainkan apabila mendoakan (kebaikan) bagi satu kaum atau mendoakan (kebinasaan) bagi satu kaum. Ketika membaca sami’allahu liman hamidah kemudian Baginda membaca rabbana lakal hamd, dan membacakan doa…” Kata Imam Nawawi, “Adapun solat fardhu selain solat fardhu Subuh, adakah dibacakan Qunut padanya, terdapat 3 pandangan. Dihikayatkan Imam al-Haramain al-Juwaini dan Imam al-Ghazzali serta selainnya. Pandangan yang sahihnya adalah masyhur dan diputuskan oleh majoriti ulama bahawa ketika bencana menimpa umat Islam seperti ketakutan, kemarau, wabak, serangan belalang juta atau selainnya, mereka membaca Qunut pada semua solat fardhu.” (Lihat al-Majmu’ Syarh al-Muhazzab, 3/494)

Wallahua’lam.

Dari Meja Mufti

 

Waktu Solat
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Subuh 88:88
Syuruk 88:88
Zohor 88:88
Asar 88:88
Maghrib 88:88
Isyak 88:88
Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan 

Go to top