Visitors Hit

4302043 Views

Soalan: Apakah hukum seseorang yang mencuri pakaian dan solat dengan pakaian tersebut. Adakah batal solatnya?

Jawapan:

Pencuri tersebut hendaklah bertaubat kerana hukum mencuri adalah haram. Pakaian yang dicuri dikira sebagai pakaian yang haram dan bersolat dengan memakai pakaian yang haram adalah sah tetapi ditegah di sisi ulama' Malikiah dan Syafi'iyah. Bagi mazhab Hanafiah, solatnya sah namun hukumnya karahah al-tahrim (makruh yang mendekati dengan haram). Sebagaimana juga haram bagi solat dengan pakaian sutera bagi lelaki dan dikira berdosa tanpa pengecualian, seperti juga solat di tanah yang dirampas. Bagi mazhab Hanabilah, solat dengan pakaian yang haram adalah tidak sah sebagaimana solat dengan memakai pakaian sutera. Rujuk al-Fiqh al-Islami wa Adillatuh, 1/740.

Dari Meja Mufti

 

Waktu Solat
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Subuh 88:88
Syuruk 88:88
Zohor 88:88
Asar 88:88
Maghrib 88:88
Isyak 88:88
Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan 

Go to top