Visitors Hit

3345445 Views

Soalan: Apakah status kisah dada Nabi SAW dibelah ketika kecil?

Jawapan :

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga baginda SAW, sahabat baginda SAW serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah baginda SAW.

Berdasarkan soalan yang diajukan di atas, status kisah tersebut adalah sahih kerana terdapat sebuah hadith yang sahih menunjukkan akan berlakunya peristiwa tersebut. Hadith tersebut diriwayatkan oleh Imam Muslim RA di dalam sahihnya dan ia telah diceritakan oleh Anas bin Malik RA, beliau berkata:

أَتَاهُ جِبْرِيلُ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَهُوَ يَلْعَبُ مَعَ الْغِلْمَانِ، فَأَخَذَهُ فَصَرَعَهُ، فَشَقَّ عَنْ قَلْبِهِ، فَاسْتَخْرَجَ الْقَلْبَ، فَاسْتَخْرَجَ مِنْهُ عَلَقَةً، فَقَالَ: هَذَا حَظُّ الشَّيْطَانِ مِنْكَ، ثُمَّ غَسَلَهُ فِي طَسْتٍ مِنْ ذَهَبٍ بِمَاءِ زَمْزَمَ، ثُمَّ لَأَمَهُ، ثُمَّ أَعَادَهُ فِي مَكَانِهِ، وَجَاءَ الْغِلْمَانُ يَسْعَوْنَ إِلَى أُمِّهِ - يَعْنِي ظِئْرَهُ - فَقَالُوا: إِنَّ مُحَمَّدًا قَدْ قُتِلَ، فَاسْتَقْبَلُوهُ وَهُوَ مُنْتَقِعُ اللَّوْنِ "، قَالَ أَنَسٌ: «وَقَدْ كُنْتُ أَرَى أَثَرَ ذَلِكَ الْمِخْيَطِ فِي صَدْرِهِ

Maksudnya: “Rasulullah SAW telah didatangi oleh malaikat Jibril AS ketika baginda SAW sedang bermain-main bersama budak-budak kecil yang lain. Maka, Jibril AS telah mengambil baginda SAW lalu merebahkan baginda SAW. Kemudian, Jibril As telah membelah dada baginda SAW dengan mengeluarkan segumpal darah daripada hati baginda SAW sambil berkata “Ini adalah bahagian syaitan yang terdapat di dalam dirimu”. Kemudian Jibril AS menyucikannya di dalam sebuah bekas yang diperbuat daripada emas dengan menggunakan air zamzam. Setelah itu, Jibril AS menjahitnya kembali dan mengembalikan baginda SAW di tempat permainannya tadi. Budak-budak kecil yang bermain bersama baginda SAW tadi pergi mengadu kepada ibunya dengan mengataka bahawa: “Muhammad telah dibunuh”. Orang ramai menyambut baginda SAW yang dalam keadaan pucat kerana baginda masih di dalam ketakutan. Anas berkata: “Aku telah melihat kesan jahitan tersebut di dada baginda SAW”. [Riwayat Muslim, (162)]

 

Penutup

Kesimpulannya, terdapat banyak kisah atau sirah Nabi SAW di dalam hadith-hadith yang sahih. Untuk itu, kita perlulah menyemak atau mengenalpasti status sesuatu kisah itu sebelum kita menyebarkannya kepada orang lain. Ini kerana, ia melibatkan junjungan besar Nabi Muhammad SAW. Akhirnya, semoga Allah SWT menjaga lidah-lidah kita daripada berdusta kepada rasul-Nya dan mengurniakan kita ilmu-ilmu yang bermanfaat. Amin.


Wallahua’lam

Dari Meja Mufti

 

Waktu Solat
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Subuh 88:88
Syuruk 88:88
Zohor 88:88
Asar 88:88
Maghrib 88:88
Isyak 88:88
Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan 
Go to top