Visitors Hit

4302029 Views

 

Soalan: Apakah status hadith ini?

 

  • Dikatakan bahawa Nabi SAW bersabda:

 

أَطْعِمُوْا نِسَائَكُمْ الْحَوَامِلَ اللُّبَانَ فَإِنَّهُ يَزِيْد فِيْ عَقْلِ الصَّبِيّ

Maksudnya:“ Berilah luban kepada isteri kamu yang sedang mengandung kerana itu dapat mencerdaskan aqal bayi yang sedang dikandungnya itu”.

 

Jawapan :

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga baginda SAW, sahabat baginda SAW serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah baginda SAW.

 

Berdasarkan soalan di atas, hadith tersebut terdapat di dalam kitab Firdaus al-Akhbar atau dikenali sebagai Musnad al-Firdaus yang dikarang oleh Imam al-Dailami. Dikatakan hadith diriwayatkan oleh Abu Hurairah RA. Walaubagaimanapun, di dalam sanad tersebut terdapat seorang perawi bernama Muhammad bin Ukasyah.

 

Tambahan pula, Ibn Iraq al-Kinani mengatakan riwayat Muhammad bin Ukasyah al-Kurmani adalah seorang pendusta besar. Selain itu juga, Imam al-Hakim dan al-Daraquthni mengatakan Muhammad bin Ukasyah adalah seorang yang memalsukan hadith. [Lihat: Tanzih al-Syariah, 110/1]

 

Di samping itu, Ibn Iraq al-Kinani mendatang sebuah hadith yang mempunyai persamaan dengan hadith di atas dan hadith ini adalah palsu kerana ia juga diriwayatkan melalui jalur Muhammad bin Ukasayah al-Kurmani. Hadith tersebut adalah:

 

أَطْعِمُوا حُبَالاكُمُ اللُّبَانَ فَإِنْ يَكُنْ مَا فِي بَطْنِ الْمَرْأَةِ غُلامًا خَرَجَ عَالِمًا شُجَاعًا ذَكِيَّ الْقَلْبِ سَخِيًّا

Maksudnya: “Berikanlah luban kepada isteri kamu yang sedang mengandung. Jika bayi yang dikandungnya itu lelaki, maka anak lelaki tersebut akan menjadi seorang yang alim, berani dan cerdas hati serta pemurah”. [Lihat: Tanzih al-Syariah, 361/2]

 

Selain Ibn Iraq yang menilai hadith ini sebagai palsu, Ibn Asakir juga menilai hadith ini sebagai munkar [Lihat: Tarikh Dimashq, 229/54]

 

Penutup

Kesimpulannya, amalan memakan luban ini merupakan amalan para salaf soleh terdahulu. Ini kerana, berdasarkan pengalaman dan amalan mereka bahawa luban ini dapat menguatkan ingatan dan ia juga mempunyai khasiat yang lain. Akhirnya, mengenalpasti akan kesahihan status sebuah hadith adalah penting kerana Nabi SAW telah mengancam terhadap orang-orang yang melakukan pendustaan terhadapnya dan juga hadithnya. Daripada Anas bin Malik RA, bahawa Nabi SAW bersabda:

 

مَنْ تَعَمَّدَ عَلَيَّ كَذِبًا، فَلْيَتَبَوَّأْ مَقْعَدَهُ مِنَ النَّارِ

Maksdunya: “Barangsiapa yang sengaja berkata-kata dusta di atas namaku, maka siaplah tempatnya di neraka”. [Muttafaqun ‘Alaih] [al-Bukhari (108) dan Muslim (2)]

 

 

 

 

 

Dari Meja Mufti

 

Waktu Solat
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Subuh 88:88
Syuruk 88:88
Zohor 88:88
Asar 88:88
Maghrib 88:88
Isyak 88:88
Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan 
Go to top