Visitors Hit

7893027 Views
×

Amaran

PenggunaJ: :_load: Tidak dapat memuatkan pengguna dengan ID: 42

Isu Nama ALLAH:Mengapa Orang Bukan Islam Tidak Berhak Menggunakan Nama ALLAH

"Panel Jawatankuasa Pemikir Isu Islam Semasa Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan"  
Kedudukan Masalah Setelah isu ini dibahas lebih dua tahun2 masih ramai lagi yang keliru tentang penggunaan nama Allah oleh orang bukan Islam. Antara sebabnya ialah wujudnya pandangan yang diberikan oleh segelintir agamawan yang digelar ulama’


yang mengatakan bahawa terdapat dalil dalam al-Qur’an yang membenarkan hal tersebut, serta tiada dalil yang menyokong larangan penggunaan nama Allah oleh orang bukan Islam. Meskipun telah banyak sanggahan diberikan, penulis sendiri telah beberapa kali menulis berkaitan isu ini,3 namun ianya seperti mencurah air di atas daun keladi, kerana kekeliruan yang telah menyebar luas. Dalam makalah terakhir ini penulis cuba menjawab keraguan-keraguan yang ditimbulkan dan memberikan hujah-hujah yang muktamad agar kecelaruan tidak berterusan dan kepentingan umat Islam dapat dipertahankan. Dengan penjelasan yang dapat penulis paparkan ini mudah-mudahan persoalan ini semakin jelas bagi masyarakat dan khususnya bagi orang-orang yang inginkan kebenaran berdasarkan kekuatan hujjah dan kita terpaksa berlepas tangan terhadap sebarang tindakan yang berkeras menolak kebenaran walaupun datang dengan hujjah yang nyata.
Sebelum pergi lebih jauh perlu difahami terlebih dahulu maksud persoalan di atas. Ia bukan persoalan tentang siapakah sebenarnya Tuhan seluruh manusia, termasuk orang bukan Islam, kerana jelas dari segi ontologi Tuhan bagi semua umat manusia hanya satu iaitu Allah SubÍÉnahË wa TaÑÉlÉ, tidak mungkin ada Tuhan yang lain dan berbilang-bilang. Tetapi ini bukanlah persoalan ontologi, ia adalah persoalan teologi, bahasa, epistemologi dan sejarah bangsa. Ia juga bukan berkaitan dengan orang Arab bukan Islam di negara-negara Arab kerana persoalan ini muncul dalam konteks Malaysia, dan hanya relevan dengan negara-negara bukan Arab. Maka maksud persoalan di atas adalah merujuk kepada orang bukan Islam di Malaysia, bukannya di negara-negara Arab. Perbezaan konteks ini sangat penting kerana ia juga bermakna perbezaan bahasa yang digunakan oleh bangsa yang berlainan. Dari sini sahaja dapat disimpulkan bahawa penggunaan nama Allah bagi orang bukan Islam di Malaysia tidak relevan kerana ia tidak ada dalam bahasa mereka, bahkan tidak mengerti pun akan maksudnya.  
Perlu juga ditegaskan bahawa dengan perkataan ‘menggunakan’ di atas yang dimaksudkan adalah menggunakan nama Tuhan orang Islam bagi merujuk kepada Tuhan orang bukan Islam. Daripada perkataan ‘menggunakan’ ini maka tidak timbul isu sekadar penyebutan nama Allah oleh bukan Islam dengan maksud merujuk kepada Allah sebenar. Tidak sepatutnya timbul pernyataan ‘apa salahnya orang bukan Islam menyebut nama Allah kalau yang dimaksudkan itu benar’. Mereka boleh sahaja menyebut atau membaca nama Allah dan tiada yang dapat menghalang mereka melakukannya, tetapi yang menjadi persoalan di sini adalah penggunaan istilah yang sama atau pemberian nama yang sama bagi Tuhan yang berlainan.                                                          1 Beliau merupakan salah seorang Ahli Jawatankuasa Pemikir Isu Islam Semasa Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan yang ditubuhkan pada 20 Mac 2012 dan merupakan pensyarah di Centre for Advanced Studies on Islam, Science, and Civilisation (CASIS), UTM. Sila rujuk: http://www.muftiwp.gov.my/v1/ untuk mengetahui matlamat dan objektif penubuhan Jawatankuasa Pemikir Isu Islam Semasa 2 Makalah ini ditulis pada tahun 2010 dan disempurnakan pada tahun 2011. 3 Artikel-artikel tersebut boleh dicapai di laman web www.khairaummah.com
2  
Jika persoalan sebenar telah jelas difahami dengan betul maka jawaban terhadap persoalan juga tentunya akan lebih mudah ditemukan. Untuk memudahkan lagi orang awam maka persoalan di atas boleh juga diungkapkan kembali dalam bentuk yang sedikit berbeza iaitu bolehkah orang bukan Islam menamakan Tuhan mereka dengan nama Allah dalam konteks Malaysia?
Terdapat kecenderungan di kalangan umat Islam, tidak terkecuali sebahagian yang digelar ulama’, untuk menyederhanakan persoalan rumit dan besar ini. Bagi sesetengah mereka perkara ini hanyalah persoalan perebutan nama dan bukan juga soal perbezaan ideologi politik. Mereka beranggapan persoalan nama tidak perlu diperbesarkan, maka umat Islam perlu berlapang dada dan membenarkan orang bukan Islam menggunakan nama Allah bagi Tuhan mereka. Ia juga dilihat sebagai peluang untuk berdakwah dan menjelaskan kepada orang bukan Islam tentang Allah. Masalah penamaan bagi mereka adalah persoalan kecil dan remeh, ia bersifat luaran dan tidak berhubungan dengan persoalan Akidah dan keyakinan umat Islam. Tanpa disedari mereka telah melakukan kesilapan besar ketika meremehkan persoalan nama Allah, kerana ia bukan sebarang nama, ia adalah nama yang paling suci. Persoalan nama dan istilah meskipun tampak sederhana tetapi tidak boleh dianggap remeh dan tidak memberi kesan kepada pandangan alam (worldview) orang Islam. Menurut Profesor Wan Mohd Nor Wan Daud walaupun kelihatan masalah nama dan bahasa ini sederhana tetapi melalui bahasalah pandangan alam (worldview) sesebuah masyarakat dibentuk. Perubahan pada bahasa dengan merubah maknanya akan memberi kesan yang besar kepada perubahan pandangan alam dan seterusnya akidah dan amal ibadah orang Islam.4   
Allah Sebagai Nama Khas
Berbeza dengan agama lain, Islam adalah agama tanzÊl (revealed Religion) yang murni. Ajaran Islam, yang terangkum dalam Akidah, Ibadah, Shari‘ah, dan Akhlak, adalah ajaran yang diwahyukan oleh Allah SubÍÉnahË wa TaÑÉlÉ.  Al-Attas menegaskan perbezaan ini dan menjadikannya keistimewaan yang tidak terdapat dalam agama lain, termasuk Yahudi dan Nasrani yang dibentuk oleh budaya dan perubahan sosial.5 Demikian juga nama dan sifat Allah adalah perkara yang ditanzilkan dan bukan hasil proses sejarah dan budaya. Penegasan nama Allah sebagai nama khas sangat jelas dalam al-Qur’an. Dalam surah al-IkhlÉÎ ayat 1-4 Allah SubÍÉnahË wa TaÑÉlÉ berfirman yang maksudnya:  
”Katakanlah: ”Dia-lah Allah, Yang Maha Esa, Allah adalah Tuhan yang bergantung kepada-Nya segala sesuatu. Dia tiada beranak dan tiada pula diperanakkan, dan tidak ada seorangpun yang setara dengan Dia”.  
Dalam mentafsirkan ayat ini Ibn Kathir dan para mufassirin yang lain mengatakan bahawa Allah adalah nama khas kepada Zat Allah (ism ‘alam li zhÉt Allah) dan ia adalah nama yang luhur (al-ism al-a‘Ðam). Oleh kerananya Ibn Kathir mengatakan: “dan tidak diberikan nama ini kepada seseorangpun dalam bentuk pengesahan kecuali kepada Allah Ñazza wajalla kerana hanya Dia-lah yang sempurna dalam sifat dan perbuatan”. Ibn Kathir juga menegaskan bahawa ayat tersebut turun untuk menyanggah dakwaan orang Yahudi, Nasrani, dan Kafir Quraysh yang telah menyekutukan Allah.6  
Sebagai orang yang beriman dan mengucapkan dua kalimah Shahadah, jelas bahawa nama Allah yang disebutkan dalam kalimah Tawhid (lÉ ilÉha illa’LlÉh) bukan nama am, kerana itu Allah tidak
                                                        4 Perbualan peribadi penulis dengan Profesor Wan Mohd Nor dalam banyak kesempatan ketika di ATMA.  5 Syed Muhammad Naquib al-Attas, Islam and Secularism (Kuala Lumpur: ISTAC, 1993), 49 6 Ibn Kathir, TafsÊr al-Qur’Én al-‘AÐÊm (Kaherah: al-Faruq al-Haditha, 2000), 14: 513
3  
wajar dialih bahasakan menjadi Tuhan (God), dengan huruf ‘t’ besar,  atau tuhan, dengan huruf ‘t’ kecil (God atau god dalam bahasa Inggris). Jika Allah adalah nama am, yang boleh diberikan kepada tuhan dalam agama lain, maka tidak ada maknanya kalimah Tawhid: lÉ ilÉha illa AllÉh (Tiada Tuhan melainkan Allah) kerana ia akan menjadi ‘tiada tuhan melainkan Tuhan’ dan kalimat ini tidak memberi apa-apa makna yang penting. Sememangnya terdapat orang Islam yang menterjemahkan  lÉ ilÉha illa AllÉh sebagai tiada tuhan melainkan Tuhan dengan membezakan antara T besar dengan t kecil pada kalimat Tuhan, dan ini boleh dianggap kesan daripada faham pluralisme agama yang bercanggah dengan faham Tawhid, dan juga memberi ruang kepada relativisme dalam masalah akidah. Pandangan ini dapat disanggah dengan logik yang mudah. Seorang warga Amerika yang waras tidak mungkin akan  berkata: “tiada presiden melainkan Presiden” sebaliknya jika ia sangat sayangkan presidennya sekalipun ia akan berkata: “tiada presiden melainkan Presiden Obama”. Jika T besar bermakna Tuhan Sebenar maka tidak wajar nama sebenar tidak digunakan, kecualilah Tuhan sebenar ini tidak memiliki nama, dan hal ini tidak mungkin berlaku. Maka jelas adanya usaha untuk menutupi perkara yang benar dan ini bermakna adanya keinginan untuk menyembunyikan kebenaran demi menzahirkan toleransi dan pluralisme.   
Hakikat bahawa nama Allah adalah nama khas (proper name) telah disepakati oleh para ulama terdahulu. Imam Fakhr al-Din al-Razi dalam al-TafsÊr al-KabÊr mengatakan:  
“Yang terpilih bagi kami bahawa lafaz ini (Allah) adalah nama khas (ism ‘alam) bagi Allah Ta’ala dan ia bukanlah perkataan yang dapat dipecahkan (mushtaq)7 sama sekali. Ini adalah pandangan al-Khalil (seorang yang paling berautoriti dalam hal bahasa)  dan Sibawayh, dan pandangan majoriti ulama’ usul dan Fuqaha”.8  
Ibn ‘Ashur dalam TafsÊr al-TaÍrÊr wa al-TanwÊr juga menegaskan bahawa nama Allah adalah nama khas.9 Hal yang sama juga dinyatakan oleh Ibn Manzur dalam Kamusnya LisÉn al-‘Arab.10 Menarik untuk dicermati bahawa Fakhr al-Razi mengatakan antara yang menunjukkan bahawa nama Allah adalah nama khas yang tidak boleh diganti dengan nama lain ialah hakikat bahawa kalimat Shahadah yang menyebabkan seseorang berpindah daripada kekufuran kepada Islam adalah dengan mengucapkan lÉ ilÉha illa AllÉh, jika dia mengucapkan perkataan lain daripada itu seperti lÉ ilÉha illa al-RaÍmÉn, maka Shahadahnya tidak diterima dan dia tidak dianggap sebagai Muslim.11  
Setiap nama pada umumnya mengandungi makna, nilai dan konsep yang terkandung bersamanya. Kerana itu persoalan nama ini tidak boleh dipandang ringan. Ketika nama telah melekat dengan penama, dan menjadi nama khas, makna dan nilai yang terkandung dalam nama tersebut menjadi hak milik penama. Sebagai contoh nama Abu Hamid al-Ghazali adalah nama khas bagi seorang tokoh ilmuwan Islam yang ulung iaitu Imam al-Ghazali, ketika orang lain menulis sebuah karya dan meletakkan nama Abu Hamid al-Ghazali di atasnya maka ia adalah satu penipuan dan boleh dianggap suatu jenayah. Pertama ia akan memburukkan dan merosakkan nama Imam alGhazali, kerana karyanya itu tentu tidak sejajar dengan kebesaran Imam al-Ghazali. Kedua orang yang mendakwa dirinya al-Ghazali ini akan mendapat penghormatan atau ganjaran yang tidak wajar daripada orang yang jahil atau tidak tahu tentang siapa al-Ghazali sebenarnya, baik di kalangan
                                                        7 Ism mushtaq adalah kata nama yang berasal daripada kata kerja. Ini bererti kata Allah bagi majoriti ulama adalah kata yang bukan berasal dari perkataan lain, bukan dari perkataan al-ilÉh atau lÉha. Namun hakikat bahawa kata Allah adalah kata nama khas tidak ada yang mempertikaikan di kalangan umat sehinggalah ke hari ini.  8 Fakhr al-Din al-Razi, al-TafsÊr al-KabÊr/ MafÉtÊÍ al-Ghayb (Kaherah: Dar al-Fikr, 2002), 1:162. 9 Ibn  ‘Ashur, TafsÊr al-TaÍrÊr wa al-TanwÊr (Tunis: al-Dar al-Tunisiyyah li al-Nashr, 1984), 1:160 dan 30:614. 10 Ibn Manzur, LisÉn al-‘Arab (Kaherah: Tab’ah Bulaq, t.t), 17:362. Beliau mengatakan ia adalah nama Allah yang teragung (ism AllÉh al-akbar). Ia bukanlah daripada nama yang dapat dipecahkan (memiliki akar kata) menjadi kata kerja (seperti nama Allah yang lain al-RaÍmÉn dan al-RaÍÊm boleh menjadi raÍima yang bermaksud mengasihi).  11 Al-Fakhr al-Razi, al-TafsÊr al-KabÊr, 1:162-164.
4  
orang besar mahupun rakyat biasa.12 Atas kesedaran pentingnya nama sebagai identiti dan wujudnya makna, nilai, atau konsep yang terkandung di dalamnya inilah maka manusia pada hari ini telah memperkenalkan konsep kad pengenalan dan hak cipta dan trademark. Dari sini jelaslah bahawa nama tidak boleh ditukar ganti dan berpindah dari satu penama ke penama yang lain.  
Kedatangan Al-Qur’an, sebagaimana ditegaskan oleh al-Attas, telah merubah bahasa Arab. Ia juga mengangkatnya ke tahap yang lebih tinggi sehingga tidak tertandingi oleh bahasa lain.13 Dengan perubahan ini maka timbullah yang disebut kosa-kata Islam (Islamic vocabulary). Hal yang sama berlaku kepada bahasa Melayu. Dalam konteks nama Allah ini, jika perkataan Allah telah wujud sebelum masyarakat Arab mengenal Islam dan perkataan itu diberikan makna baru (diislamisasikan), maka dalam masyarakat Melayu perkataan itu tidak wujud sebelum mereka mengenal Islam dan ketika perkataan itu masuk dalam perbendaharaan bahasa Melayu ia adalah perkataan yang telah diislamisasikan sejak semula.  
Maka dengan kemasukan perkataan baru yang telah diislamisasikan ini, perkatakan Allah telah menjadi salah satu kosa-kata Melayu-Islam. Sebagaimana kosa-kata lain ia mestilah digunakan sesuai dengan makna yang diinginkan oleh orang Melayu-Islam dan terakam dalam kamus-kamus bahasa Melayu. Maka sesiapapun yang ingin menggunakan kosa-kata tersebut hendaklah menggunakannya sesuai maksudnya yang benar, dan tidak boleh menggunakannya mengikut makna yang lain.14 Dalam hal ini tidak timbul pertikaian ketika menyentuh perkataan yang tidak berkaitan dengan agama, contohnya maksud perkataan kereta bagi orang Melayu berbeza bagi orang Indonesia, yang bagi orang Indonesia membawa maksud kereta api. Dalam penulisan di negara ini, orang Indonesia mestilah menghormati perbezaan ini dan tunduk kepada penggunaannya di Malaysia. Tidak ada alasan bagi mereka untuk berkeras menggunakannya mengikut kefahaman mereka, ini penting bagi mengelakkan salah faham sehingga kadang-kadang boleh menyinggung perasaan atau menimbulkan kemarahan.      
Apakah Tuhan Orang Islam, Yahudi dan Nasrani Sama?  
Dalam usaha membenarkan pandangan mereka, terdapat beberapa tulisan yang pergi lebih jauh dalam ranah teologi dengan mendakwa  bahawa Tuhan orang Islam, Nasrani dan Yahudi adalah sama.15 Perbezaan hanyalah dari sudut penamaan Tuhan. Bagi mereka nama boleh berbeza tetapi hakikat Tuhan itu adalah sama. Tuhan yang satu inilah yang telah mengutus seluruh nabi dan rasul kepada umat Manusia sehingga melahirkan banyak tradisi atau kepercayaan. Tulisan-tulisan seperti ini membawa mesej hampir sama dengan karya-karya golongan pluralis seperti John Hick yang bertajuk God Has Many Names dan Three Faiths- One God,  demikian juga karya  Nurcholish Madjid  Pintu-pintu Menuju Tuhan dan  Satu Tuhan Seribu Tafsir oleh Abdul Munir Mulkhan.16
                                                        12 Bayangkan juga nama-nama produk seperti Sony, BMW dan juga nama-nama orang besar lainnya yang tidak boleh disalahgunakan. 13 Al-Attas, Islam and Secularism, 46 14 Jika ada yang berhujah bahawa di Sabah orang Kristian telah menggunakan nama Allah selama sekitar 200 tahun, hal ini tidak membenarkan tindakan mereka itu, justeru kesalahan yang lalu selama manapun harus dibetulkan untuk kepentingan bersama. Dan 200 tahun tidak seberapa berbanding lebih kurang 1000 tahun orang Melayu beragama Islam. 15 Lihat contohnya Louay Safi, ”ISNA Commends Malaysian Court Ruling that Affirms Religious Freedom of Christians” dalam http://www.isna.net/articles/Press-Releases/ISNA-Commends-Malaysian-Court-Ruling-that-AffirmsReligious-Freedom-of-Christians.aspx. (4 Januari 2010) dalam artikel tersebut ditulis: “The Qur’an commands Muslims to declare that the God they worship and the one worshiped by the followers of revealed books, including Christians, is one” 16 Lihat Nurcholish Madjid, Pintu-pintu Menuju Tuhan (Jakarta: Paramadina, 1994); Budhy Munawwar Rachman, Islam Pluralis: Wacana Kesetaraan Kaum Beriman (Jakarta: Raja Grafindo Persada, 2004); Abdul Munir Mulkhan, Satu Tuhan Seribu Tafsir (Yogyakarta: Penerbit Kanisius dan IMPULSE, 2007).
5  
Karya-karya di atas ditulis untuk mendukung tesis pluralisme agama, faham yang menyatakan semua agama benar. Alasan utama mereka adalah semua agama mengajak penganutnya menyembah Tuhan yang sama dengan cara dan jalan yang berbeza.17   
Terdapat juga pandangan agar umat Islam di Barat menggunakan nama God berbanding Allah. Dengan alasan ia akan merapatkan dan membuka ruang dialog dengan orang bukan Islam khususnya Yahudi dan Nasrani. Umar Faruq Abdullah daripada Nawawi Foundation mengatakan:  
Use of “God” emphasizes the extensive middle ground we share with other Abrahamic and universal traditions and provides a simple and cogent means by which Muslims may act upon the Qur’anic injunction to stress the similarities between us … We must overcome our misgivings about “God” both because of the word’s intrinsic, historical merit and because it empowers us to communicate with our Jewish, Christian, and other English-speaking neighbors in a meaningful way.18  
Jika golongan pluralis beranggapan bahawa ada banyak “jalan” menuju Tuhan, kita berpandangan bahawa hanya ada satu “jalan”19, pada satu-satu masa, yang menuju kepada Tuhan yang sebenar. Allah sebagai Tuhan yang sebenar, dengan rahmat dan kasih sayangNya kepada umat manusia, telah menunjukkan jalan yang benar melalui para nabi dan rasul yang diutusNya, agar mereka tidak meraba-raba dalam kegelapan. Maka manusia yang ingin mengenal dan mendekatkan diri kepada Allah mahu tidak mahu harus mengikut Jalan yang benar yang ditentukan oleh Allah sendiri.  Sememangnya agama Islam merupakan kesinambungan millah Ibrahim, tetapi sebagai risalah yang terakhir Islam telah disempurnakan oleh Allah dan tidak mengalami kerosakan (taÍrÊf dan tabdÊl) seperti agama Yahudi dan Nasrani. Oleh kerana itu hanya Islam lah risalah yang benar-benar meneruskan millah Ibrahim itu.  Dengan kedatangan Rasulullah  Îalla’LlÉh Ñalayhi wa sallam  semua pengikut nabi-nabi lain dituntut untuk mengikut baginda, sesuatu yang telah pun dipesan oleh para nabi dan rasul mereka. Oleh yang demikian sejak zaman nabi Adam sehinggalah ke hari kiamat, “jalan” dan agama yang benar yang diturunkan oleh Allah hanyalah satu. Suatu hakikat yang mesti difahami juga ialah agama Yahudi dan Nasrani sejak sekian lama telah mengalami perubahan sehingga tidak lagi tepat untuk disamakan dengan agama yang dibawa oleh nabi Musa dan nabi Isa Ñalayhim al-salÉm. Jadi walaupun semua nabi menyeru kepada Tawhid, dan mereka seperti adik beradik (maksud hadith), ini tidak bermakna semua agama yang dikatakan “samawi” ini diterima oleh Allah sebagai agama dan jalan yang benar, kerana telah berlaku kerosakan (corruption) dan penyelewengan pada agama tersebut. Demikian juga, memang benar bahawa setiap rasul diberikan shariÑat yang tersendiri, likullin ja‘alnÉ minkum shir‘atan wa minhÉja20 (al-MÉ’idah: 48), tetapi fakta ini perlu diletakkan dalam kerangka yang lebih besar bahawa shariÑat-shariÑat itu bersifat sementara dan dengan diutusnya Rasulullah Îalla’LlÉh Ñalayhi wa sallam  sebagai Rasul terakhir maka shariÑat-shariÑat yang sementara ini diganti (dimansukhkan) dengan ShariÑah Islam yang universal (raÍmatan li al-‘ÉlamÊn). Konsep raÍmatan li al-‘ÉlamÊn tidak harus diselewengkan untuk menjadikan Islam sebagai agama yang sentiasa akomodatif atau sinkretis, sebaliknya ia harus menjadi piawaian bagi segala nilai dan bersifat universal.
                                                        17 Mengenai Tanggapan terhadap pluralisme agama lihat artikel penulis “Kritik Atas Pluralisme dan Kesatuan Agama” dalam  Atas Nama Kebenaran: Tanggapan Kritis Terhadap Wacana Islam Liberal, 2006 (Akademi Kajian Ketamadunan) dan cetakan kedua 2009 (Institut Alam dan Tamadun Melayu, UKM). 18 Umar Faruq Abd-Allah, “One God, Many Names,” 7-8. Diterbitkan dalam laman web www.nawawi.org/downloads/article2.pdf 19 Jika yang dimaksud dengan jalan di sini ialah agama.  20 MinhÉj yang bermaksud jalan di sini tidak merujuk kepada agama tetapi  kepada kaedah yang berbeza yang ditempuh oleh masing-masing nabi. Kaedah mereka mungkin berbeza namun esensi (Tawhid) -nya tetap sama.
6   
Jika Tuhan yang disembah oleh umat Islam, Yahudi dan Nasrani adalah sama, maka kesannya adalah umat Islam harus mengakui bahawa agama Yahudi dan Nasrani juga benar. Dan tidak ada alasan bagi penganut agama Islam mendakwa hanya Islam sahajalah agama yang benar.21 Walaupun kita menyokong toleransi beragama dan pentingnya menghormati penganut agama lain, tetapi penggunaan nama Allah oleh bukan Islam ini hanya akan mengukuhkan penyebaran pluralisme agama dan dengan demikian akan menggugat akidah Islam. Kesan lain antaranya adalah tidak ada halangan untuk menyambut Hari Natal bersama (kongsi raya), suatu yang sangat ditentang oleh para ulama.22 Bukan kerana ulama ini tidak mendukung perpaduan dan keharmonian sosial tetapi kerana Islam menuntut agar kebenaran ditegakkan dan tidak dikelirukan. Sebaliknya perpaduan dan keharmonian boleh dicapai tanpa perlu meleburkan akidah dan kepercayaan kita. Nilai persatuan dan perpaduan tidak wajar diutamakan melebihi nilai kebenaran dan keadilan, justeru perpaduan sejati hanya akan tercapai apabila kebenaran dan keadilan telah ditegakkan. Apabila pluralisme agama diterima maka tertutuplah pintu dakwah dan terbukalah pintu relativisme dan kekeliruan. Tidak ada alasan untuk orang Islam berdakwah kepada orang bukan Islam, jika kedua pihak telah sepakat bahawa mereka menyembah Tuhan yang sama.    
Konsep Tawhid yang menjadi ciri khas agama Islam tidak dapat disamakan dengan monotheism, jika agama Yahudi dan Nasrani mengaku sebagai agama monotheist kerana mengakui adanya Tuhan yang Esa, ini tidak bermakna bahawa Yahudi dan Nasrani juga adalah agama yang mentawhidkan Allah. Al-Qur’an meletakkan tiga syarat yang gagal dipenuhi oleh agama Kristian dan Yahudi iaitu beribadah hanya kepada Allah, tidak mensyirikkan Allah, tidak mengangkat manusia sebagai Tuhan dengan menta’ati mereka dalam menghalalkan yang haram dan mengharamkan yang halal.23 Mereka telah gagal memenuhi tuntutan Tawhid ini dan justeru telah mensyirikkan Allah apabila menjadikan Isa dan Uzair anak Tuhan dan mengangkat para paderi sebagai orang-orang yang menghalalkan yang haram dan mengharamkan yang halal. Oleh kerana adanya perbezaan teologi yang mendasar (fundamental theological differences) inilah, maka Tuhan yang disembah oleh umat Islam berlainan dengan Tuhan yang disembah oleh pengikut Kristian dan Yahudi. Tentang perbezaan konsepsi inilah, sebagaimana dijelaskan di atas, diturunkan surah alIkhlÉÎ sebagaimana telah dijelaskan di atas. Terdapat satu perkara yang menjadi punca kekeliruan golongan yang membenarkan penggunaan nama Allah oleh bukan Islam, khususnya penganut Kristian. Di antara mereka ada yang berhujah bahawa Islam telah membenarkan orang Islam memakan hasil sembelihan Ahl al-Kitab dan mengahwini perempuan Ahl al-Kitab. 24 Mereka berkesimpulan bahawa keringanan ini menunjukkan bahawa Ahl al-Kitab dan umat Islam sama-sama beriman kepada Allah. Persoalan yang perlu dirungkai adalah apakah golongan Ahl al-Kitab tergolong dalam mereka yang beriman kepada Allah? Di sini penting dijelaskan perbezaan antara ketidakpercayaan (disbelief) dan
                                                        21 Apabila orang Islam mendakwa hanya Islam sahaja agama yang benar ia tidak bermakna agama lain harus dihapuskan. Justeru kita berpandangan bahawa setiap penganut agama berhak mendakwa hanya agamanyalah yang benar kerana itu adalah sesuatu yang lumrah dalam beragama, dan dari sudut ini adalah baik. Malah relativisme kebenaran hanya akan melunturkan kepercayaan seseorang kepada agamanya dan mengundang kekeliruan dan nihilisme. 22 Lihat contohnya artikel Hamka ”Toleransi, Sekularisme atau Sinkretisme” dalam Dari Hati ke Hati (Jakarta: Pustaka Panjimas, 2002). juga dapat dilihat dalam khairaummah.com 23 Surah Ali ‘Imran: 64: “Katakanlah (wahai Muhammad): "Wahai Ahli Kitab, marilah kepada satu Kalimah yang bersamaan antara kami dengan kamu, iaitu kita semua tidak menyembah melainkan Allah, dan kita tidak sekutukan denganNya sesuatu jua pun; dan jangan pula sebahagian dari kita mengambil akan sebahagian yang lain untuk dijadikan orang-orang yang dipuja dan didewa-dewakan selain dari Allah". Kemudian jika mereka (Ahli Kitab itu) barpaling (enggan menerimanya) maka katakanlah kepada mereka: "Saksikanlah kamu bahawa sesungguhnya kami adalah orangorang Islam”. 24 lihat surah al-Ma’idah: 5 dan tafsirnya.
7  
kesalahpercayaan (misbelief). Menurut Profesor al-Attas, kesalahpercayaan merupakan sebahagian dari ketidakpercayaan. Seseorang itu mungkin mengaku beriman kepada Allah tetapi pada hakikatnya ia menyalahi kepercayaannya itu. Kerana itu al-Attas menolak anggapan sebahagiaan orang bahawa kepercayaan kepada Tuhan Yang Maha Esa sudah cukup dalam menentukan keimanan seseorang. Kerana Iblis pun percaya kepada Tuhan yang Esa, mengenal dan mengakuiNya sebagai Pencipta, namun demikian ia tetap dinyatakan kafir. Al-Attas juga mengatakan:  
Seorang kafir itu mungkin juga orang yang menganut kepercayaan kepada Tuhan Yang Esa, tetapi tidak berserah diri dalam penyerahan diri yang sesungguhnya, melainkan memilih untuk berserah diri menurut caranya sendiri yang keras kepala – suatu cara, ragam atau bentuk yang tidak diredhai ataupun tidak diwahyukan dan diperintahkan oleh Allah.25  
Dengan demikian orang Yahudi dan Nasrani tidak boleh dianggap telah beriman kepada Allah dalam pengertian yang sesungguhnya. Kerana itu dalam Kalimah Tawhid kedua-dua unsur Shahadah tidak boleh dipisahkan. Pengakuan akan kerasulan nabi Muhammad Îalla’LlÉh Ñalayhi wa sallam  menjadi unsur penting dalam keimanan yang sebenar.26 Dengan kata lain, kalimah shahadah itu sudah cukup untuk menjadi antitesis dan membatalkan sebarang dakwaan keimanan orang selain Islam.  
Kelompok bukan Islam yang menuntuk menggunakan nama Allah menganggapnya sebagai hak dan kebebasan mereka. Walhal tujuan mereka menggunakan nama Allah adalah jelas untuk mengelirukan orang Islam. Mesej yang ingin diberi adalah “ meskipun identiti kita berbeza (Kristian, Yahudi, Muslim), betapapun perbezaan terlihat jelas dari segi teologi, pada hakikatnya Tuhan kita sama, kita semua berkongsi Tuhan yang sama”. Padahal Islam telah mengajarkan kita bahawa Tawhid merupakan garis pemisah antara Islam dan kufur. Tawhid ini juga yang menggariskan bahawa Tuhan yang disembah oleh umat Islam berbeza dari segi sifat, nama, dan yang paling penting adalah dari segi esensinya dengan Tuhan yang disembah oleh orang bukan Islam. Kerana itulah dalam surah al-KÉfirËn disebutkan: “lÉ a‘budu ma ta‘budËn walÉ antum ‘Ébiduna ma a‘bud” (aku tidak menyembah apa yang kamu sembah dan kamu tidak menyembah apa yang aku sembah). Dan ayat ini tidak hanya dikhususkan kepada kafir Quraish tetapi juga kepada orang kafir umumnya.    
Tentang Orang Arab Bukan Islam Yang Menggunakan Nama Allah
Untuk menjawab persoalan atau keraguan yang ditimbulkan ini pertama sekali perlu dijelaskan bahawa konteks masyarakat Melayu berbeza dengan masyarakat Arab. Perkataan Allah adalah perkataan Arab yang telah wujud sebelum kedatangan Islam oleh nabi Muhammad Îalla’LlÉh Ñalayhi wa sallam  . Orang bukan Islam yang datang ke negeri Arab, baik Yahudi mahupun Nasrani, telah menggunakan perkataan Allah untuk merujuk kepada Tuhan mereka selama lebih 1400 tahun yang lalu kerana bahasa Arablah bahasa yang mereka gunakan. Jika orang bukan Islam dalam masyarakat Arab hari ini masih menggunakan nama Allah maka hal ini wajar dalam konteks tersebut, kerana mereka tidak mengalami Islamisasi dan sehingga ke hari ini masih menggunakan bahasa Arab. Dalam konteks Malaysia yang bahasanya bukan bahasa Arab, dan orang bukan Islam yang bukan orang Arab, maka penggunaan nama Allah oleh mereka adalah sesuatu yang janggal. Sesuatu yang dipaksakan, yang sengaja ditimbulkan untuk tujuan-tujuan yang tidak baik. Oleh itu jika di negara-negara Arab hal ini dibenarkan, melihat kepada fakta sejarahnya, ia tidak boleh dijadikan ukuran untuk membenarkan hal yang serupa berlaku di Malaysia dan di negara-negara bukan Arab.                                                         25 Al-Attas, Islam dan Sekularisme (Bandung: PIMPIN , 2010), 82. 26 Abu Hamid al-Ghazali, al-IqtiÎÉd fi al-I ῾ tiqÉd (Beirut: Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah, 1983), 156-7.
8  
Sesetengah orang Islam yang keliru dalam menanggapi isu ini berhujah bahawa dalam al-Qur’an ada disebutkan bahawa orang Yahudi mendakwa ‘Uzair itu anak Allah’, dan orang Nasrani mendakwa bahawa ‘al-Masih itu anak Allah’.27 Sebenarnya jika diperhatikan dengan teliti dan dengan mengambil kira perbezaan bahasa, yang mereka katakan sebenarnya tidaklah betul-betul sama seperti itu, kerana dalam bahasa mereka, iaitu bahasa Ibrani, perkataan yang mereka gunakan sebenarnya adalah Uzair itu anak Tuhan (Yahweh/ Elohim), dan al-Masih itu anak Tuhan (Yahweh/ Elohim), tidak ada perkataan Allah dalam bahasa mereka.  Demikian juga ayat 40 daripada surah alHajj yang digunakan bagi membenarkan pandangan mereka. Al-Qur’an sebenarnya menterjemahkan kata-kata mereka yang tentunya bukan dalam bahasa Arab tetapi dalam bahasa mereka sendiri, iaitu Ibrani, untuk difahami oleh orang Arab  atau orang Islam. Oleh kerananya perkataan yang digunakan adalah Allah kerana Allah dari segi bahasa adalah Tuhan. Maka ayat-ayat di atas tidak merujuk Allah sebagai nama khas tetapi sebagai Tuhan. Jelas mereka tidak memahami adanya dua bentuk penggunaan seperti yang akan diterangkan sebentar lagi. Penggunaan dalil seperti ini  oleh golongan ini  menunjukkan sikap yang ceroboh dan kurangnya kehati-hatian.  
Untuk memahami dengan baik ayat-ayat al-Qur’an berkaitan nama Allah,  perlu difahami terlebih dahulu bahawa dalam al-Qur’an ada dua bentuk penggunaan perkataan Allah, pertama yang umum merujuk kepada maknanya dari segi bahasa; kedua yang khusus merujuk kepada penggunaannya secara teknikal (istilahi). Hal ini tidak ekslusif pada perkataan Allah sahaja tetapi juga perkataanperkataan lain seperti solat28 (lihat al-Tawbah: 103), kuffar29 (lihat al-Hadid: 20; al-Fath: 29) yang  digunakan secara umum, tetapi lebih banyak penggunaan yang khusus. Maka seorang ulama’ perlu mengetahui perbezaan ini dan meletakkannya di tempat yang sewajarnya. Penggunaan yang umum biasanya merujuk kepada masyarakat bukan Islam ataupun dalam konteks yang umum. Sedangkan penggunaan yang khusus merujuk kepada pemahaman masyarakat Islam yang telah mengalami proses Islamisasi dan telah dibentuk akidah mereka. Penggunaan yang khusus lebih banyak daripada penggunaan yang umum, ini selaras dengan banyaknya ayat-ayat yang turun merujuk kepada tahap intensif Islamisasi. Tahap Islamisasi yang intensif sebenarnya berlaku di Makkah lagi apabila konsep-konsep mendasar dan penting dijelaskan dengan panjang lebar. Dalam konteks inilah ayatayat seperti dalam surah al-IkhlÉÎ, al-KÉfirËn, ayat Kursi dan lain-lain diturunkan agar konsepsi yang jelas tentang Tuhan dapat difahami dan dihayati oleh kaum Muslimin.  
Umat Islam yang telah mengalami proses Islamisasi, baik di Arab mahupun di alam Melayu, mempunyai kefahaman yang jelas tentang Allah. kefahaman yang jelas ini adalah kesan proses Islamisasi selama lebih 1400 tahun di Arab dan lebih 1000 tahun di alam Melayu. Islamisasi berlaku apabila nama-nama atau istilah-istilah yang telah wujud sebelum Islam diberikan makna baru. Proses Islamisasi ini telah menjadi garis pemisah antara Islam dengan kufur. Dalam konteks nama Allah ini Islamisasi telah memisahkan Allah dengan tuhan-tuhan yang lain. Walaupun ia adalah sebuah nama bagi Tuhan, tetapi ia bukan sebarang nama kerana maknanya sarat dengan perbezaan teologi yang mendasar yang membezakan Allah dengan nama-nama tuhan yang lain. Adalah sesuatu yang malang jika umat Islam membenarkan orang bukan Islam menggunakannya, sedangkan ia berkuasa untuk melarangnya30, dan akibatnya yang akan berlaku adalah pendangkalan makna nama Allah. Jika ini berlaku bermakna umat Islam hari ini telah membenarkan berlakunya deislamisasi. Suatu langkah mundur 1000 tahun ke belakang. Kalimah lÉ ilÉha illa AllÉh  bermaksud tiada tuhan melainkan                                                         27 lihat surah al-Tawbah: 30. 28 Al-Solah dalam ayat ini bermaksud doa sedang dalam banyak ayat yang lain bermaksud Solat yang difardukan. 29 Dalam ayat-ayat ini kuffar tidak bermaksud orang-orang yang kafir tetapi para petani. 30 Dengan kedudukan Islam sebagai agama persekutuan, perlembagaan Malaysia memberikan umat Islam, khususnya kerajaan, kuasa untuk melarang orang bukan Islam daripada menggunakan nama Allah. Sesuatu yang tidak terdapat di Indonesia dan banyak negara Arab. Jika di negara-negara tersebut hal ini seolah-oleh “dibenarkan” ia adalah kerana mereka tidak mempunyai kuasa tersebut di atas sedangkan umat Islam di negara ini memiliki kuasa untuk menghalang berlakunya sesuatu yang mereka tidak inginkan.  
9  
Allah, dengan pendangkalan makna di atas maka kalimat Tawhid ini akan bermaksud tiada tuhan melainkan Tuhan, walaupun bukan ini yang dikehendaki dalam Islam dan oleh para ulama’nya tetapi inilah maksud yang sah pada mata umum. Dengan demikian kalimah Tawhid yang seharusnya jelas, tegas dan mempunyai kesan dan implikasi yang besar dalam kehidupan seorang Muslim akan menjadi kata-kata yang bertindih (redundant), mengandungi percanggahan (incoherence) dan tidak memberi makna yang dikehendaki.   
Masyarakat Jahiliyyah yang Menyebut Allah.  
Di samping keraguan-keraguan di atas, golongan literalis (al-ÐÉhiriyyah al-judud) menyandarkan hujah mereka kepada ayat al-Qur’an Surah al-Zumar: 3831  yang bermaksud:
 “Dan Demi sesungguhnya! jika Engkau (Wahai Muhammad) bertanya kepada mereka (yang musyrik) itu: "Siapakah Yang mencipta langit dan bumi?" sudah tentu mereka akan menjawab: "Allah". Katakanlah: “Maka terangkanlah kepadaku tentang apa yang kamu seru selain Allah, jika Allah hendak mendatangkan kemudaratan kepadaku, apakah berhala-berhalamu itu dapat menghilangkan kemudaratan itu, atau jika Allah hendak memberi rahmat kepadaku, apakah mereka dapat menahan rahmatNya?. Katakanlah: “Cukuplah Allah bagiku”. KepadaNyalah bertawakkal orang-orang yang berserah diri”.
Memang pada zahirnya ayat tersebut menyatakan bahawa orang Quraish jahiliyyah pada hakikatnya percaya bahawa Allah adalah Tuhan mereka. Namun sebagaimana disebutkan di atas yang dimaksudkan dengan perkataan Allah di dalam ayat ini bukan nama khas tetapi nama am, dari sudut bahasa dan sebelum diislamisasikan, yang bermaksud Tuhan. Faktanya, perkataan Allah telah digunakan oleh masyarakat Jahiliyyah sejak lama sebelum kedatangan Islam, adalah sesuatu yang tidak mungkin al-Qur’an menggunakan perkataan lain bagi merujuk kepada Tuhan sedangkan ia diturunkan dalam bahasa Arab. Jadi ketika al-Qur’an menceritakan apa yang dipercayai oleh masyarakat Arab Jahiliyyah al-Qur’an memberitahukan bahawa mereka sebenarnya percaya akan wujudnya Allah (Tuhan), bahawa Allah (Tuhan) lah yang menciptakan segalanya. Tetapi di bahagian kedua ayat itu juga, al-Qur’an menegaskan kesilapan yang mereka lakukan apabila mereka telah mensyirikkan Allah. Syirik yang mereka lakukan itu sebenarnya telah membatalkan dakwaan mereka bahawa mereka menyembah Allah yang Esa.  Pembacaan yang atomistik dan separuh-separuh sering dilakukan oleh golongan ini seperti yang dilakukan terhadap Surah al-AnkabËt: 46, Óli ‘ImrÉn: 64 dan al-×ajj:40.32 Ayat-ayat tersebut tidak boleh difahami secara terasing dan dipisahkan dengan ayat-ayat yang jelas-jelas menyatakan kekafiran orang-orang Yahudi dan Nasrani.33 Demikianlah ayat-ayat al-Qur’an sering diambil separuh-separuh, secara terpisah dan tanpa memahami maksudnya yang sebenar dan ia hanya digunakan untuk membenarkan faham pluralisme agama
                                                        31 Juga dalam surah Luqman: 25 32 Surah al-Ankabut: 46 contohnya menyebut: “dan katakanlah kami telah beriman kepada (kitab-kitab) yang diturunkan kepada kami dan yang diturunkan kepadamu; Tuhan kami dan Tuhanmu adalah satu; dan hanya kepadaNya kami  berserah diri”. Ayat ini perlu difahami sebagai usaha berdakwah kepada mereka agar menerima konsep Tawhid, supaya mereka juga menerima Tuhan yang satu itu, kerana itu di akhir ayat disebutkan ‘wa naÍnu lahË muslimËn’ ertinya kamilah yang berserah diri kepada Allah dan bukan Ahl al-Kitab. Ayat tersebut tidak sesekali menegaskan bahawa Tuhan yang mereka sembah adalah sama dengan Tuhan yang disembah oleh umat Islam. 33 Lihat al-Ma’idah: 72, 73; al-Tawbah: 29-31; al-Baqarah: 89; lihat juga al-Milal wa al-NiÍal oleh al-Shahristani tentang kedudukan orang Yahudi dan Nasrani di sisi Islam, (Beirut: Dar al-Ma’rifah,1997), 1:249.
10  
mereka. Oleh kerana itu para ulama Usul fiqh sering mengingatkan agar seseorang itu meletakkan nas juz’i (khusus) dengan melihat kepada yang kulli (keseluruhan) dan tidak terpisah daripadanya.34  
Tawhid datang melalui para Rasul untuk mengajarkan umat manusia siapa Tuhan itu sebenarnya. Dengan risalah Tawhid ini manusia dibebaskan daripada kepercayaan panteisme, politeisme, dinamisme dan animisme. Kedatangan nabi Muhammad Îalla’LlÉh Ñalayhi wa sallam  walaupun sebagai kesinambungan dari nabi-nabi sebelumnya tetapi juga untuk meluruskan penyimpangan akidah oleh kaum Yahudi, Nasrani dan masyarakat Jahiliyyah.  Oleh itu penggunaan nama Allah oleh masyarakat Jahiliyyah adalah penggunaan yang umum yang hanya bermaksud Tuhan kerana demikianlah makna Allah dari segi bahasa (sebelum ia diislamisasikan). Tetapi setelah kedatangan Islam penggunaan umum ini tidak relevan lagi bagi masyarakat Islam dan masyarakat bukan Islam yang bukan Arab pada hari ini. Maka ayat di atas sebenarnya tidak sama sekali membenarkan orang bukan Islam di negara ini menggunakan nama Allah untuk Tuhan mereka. Perbezaan konteks menyebabkan perbezaan pertimbangan dan penilaian: Arab jahiliyyah telah menggunakan perkataan Allah sebelum Islam datang sedangkan orang bukan Islam di negara ini, dan di negara selain Arab, tidak mengenal perkataan ini sebelum Islam datang kepada masyarakat Melayu. Maka dalam konteks Nusantara dan bukan Arab, perkataan Allah adalah perkataan baru yang diperkenalkan oleh Islam.  Oleh itu adalah sesuatu yang tidak benar apabila dikatakan bahawa terdapat dalil yang membenarkan orang bukan Islam menggunakan nama Allah.  
Bahaya Pendekatan Literalis
Terdapat kekeliruan yang besar apabila sebahagian agamawan yang hanya merujuk kepada nas atau dalil dan menolak segala sesuatu selain daripada naÎ. Kelompok literalis dan rigid ini ketika melihat ada sebahagian ayat al-Qur’an yang secara literalnya seolah-olah membenarkan penggunaan nama Allah oleh bukan Islam,  maka secara terburu-buru menggunakannya sebagai hujah tanpa meneliti dengan mendalam maksud ayat-ayat tersebut, hubungannya dengan ayat-ayat yang lain dan perbezaan konteksnya lalu terus mengambil kesimpulan bahawa orang bukan Islam boleh menggunakan nama Allah. Hakikatnya naÎ bukanlah segala-galanya. Selain naÎ, ada ilmu yang diwariskan oleh para ulama. Inilah yang dimaksudkan bahawa ulama itu pewaris nabi. Mereka itu mewariskan ilmu yang diperolehi oleh nabi (hadÊth). Kelebihan ilmu ini jugalah yang membezakan antara si jahil dengan orang alim. Orang jahil boleh sahaja berhujah dengan ayat dan hadith tetapi dia tidak tahu bagaimana seharusnya ayat dan hadith itu difahami dan digunakan.
Kita tahu bahawa ayat-ayat al-Qur’an terhad dan permasalahan yang timbul sentiasa bertambah. Seorang mujtahid, ulama atau pemikir, perlu dapat memberikan jawapan bagi setiap persoalan berdasarkan ayat-ayat al-Qur’an dan hadith yang terhad itu. Di sinilah letaknya kedinamikan atau keluwesan Shari’ah, sehingga ia sesuai diterapkan sepanjang masa. Mereka harus dapat merumuskan prinsip-prinsip dan maqÉÎid al-SharÊ ῾ ah (tujuan SharÊ῾ ah), baik yang tersurat mahupun yang tersirat, daripada al-Qur’an dan al-Sunnah. Berdasarkan prinsip dan tujuan inilah mereka cuba menyelesaikan permasalahan-permasalahan yang timbul. Oleh itu kemampuan yang perlu ada pada seorang mujtahid bukanlah mengeluarkan ayat-ayat atau hadith dalam menanggapi sesuatu persoalan tetapi kebijaksanaan yang terbit dari kefahamannya yang mendalam terhadap al-Qur’an dan Sunnah serta karya-karya ulama terdahulu (al-turÉth). Maka walaupun tiada nas yang khusus dalam persoalan nama Allah ini kita tetap dapat sampai kepada kepastian mengenai hukumnya.
Melihat kepada keterbatasan ilmu setiap bidang yang diceburi oleh seseorang ilmuwan pada hari ini. Maka persoalan nama Allah ini bukan hanya ulama’ fiqh yang perlu dirujuk. Oleh kerana persoalan                                                         34 lihat al-Shatibi, al-Muwāfaqāt fī UÎūl al-Sharī’ah (Beirut: Dār IÍya al-Turāth al-‘Arabī, 2001), 3:7
11  
ini sebenarnya persoalan berkaitan Usuluddin atau ilmu Tawhid, maka ia perlu merujuk kepada ulama’ Usuluddin dan ilmu Tawhid yang pada zaman dahulu sering disebut MutakallimËn (Ahli ilmu Kalam). Kerana itu seseorang yang ingin membahas isu ini perlu menguasai ilmu Tawhid, ilmu Kalam, epistemologi Islam, falsafah Islam dan metafizik Islam. Maka persoalannya bukan apakah hukumnya halal atau haram tetapi lebih penting dari itu, apakah ia dapat diterima dari sudut akidah dan pemikiran dan sejauhmanakah kesannya terhadap akidah seorang Muslim? Walaupun sepatutnya seorang mujtahid menguasai kedua-dua bidang Shari῾ ah dan Usuluddin dengan baik sebagaimana para ulama terdahulu, namun realitinya pada hari ini ia tidak berlaku. Maka amat penting seseorang ilmuwan itu menyedari keterbatasan ilmunya.  
Kepentingan Kebijaksanaan  
Kecenderungan hari ini menampakkan bahawa para ulama’ fiqh akan dapat menjawab segala persoalan berkaitan Islam. Ini secara tidak langsung merupakan suatu kecenderungan untuk menjadikan semua persoalan berkaitan Islam sebagai persoalan fiqh. Hakikatnya tidak semua persoalan dapat dikategorikan sebagai persoalan hukum hakam dan bukan semua persoalan dapat dipecahkan dengan kaedah fiqh. Persoalan nama Allah ini menunjukkan bahawa ada perkara-perkara yang memerlukan kepada kekuatan hujah yang memerlukan perenungan, kefahaman yang mendalam dan kebijaksanaan yang tinggi dan bukan hanya pencarian dalil dan pemahaman yang literal. Hakikat ini didukung dengan kenyataan bahawa ilmu Tawhid (Usuluddin) menempati kedudukan yang tertinggi dalam skema keilmuan Islam seperti sering ditekankan oleh Imam al-Ghazali.
Selain dari itu kita dapat melihat bahawa terdapat kecenderungan yang meluas ketika ini dalam memahami Islam dengan pendekatan literalis. Golongan ini kononnya hanya berpandukan kepada alQur’an dan al-Sunnah dan tidak merasa perlu untuk mendengar panduan dan pandangan para ulama’. Golongan Pseudo-Salafi ini mengatakan jika tiada naÎ atau dalil maka apapun yang diutarakan hanyalah pandangan yang relatif kerana ia berdasarkan kepada akal fikiran manusia yang boleh ditolak dan boleh diterima.35 Sebenarnya dalam banyak hal kita perlu menggunakan kebijaksanaan kita dan bukan pemahaman yang literal dan tekstualistik. Pendekatan literalis dan tekstualistik ini menyebabkan sebahagian orang bersikap ekstrim dan rigid (kaku) dalam memahami agama. Contohnya segolongan lelaki mengongkong isteri mereka dari keluar rumah, dengan alasan adanya nas al-Qur’an yang memerintahkan seperti itu. Ada yang berpandangan bahawa kerana ilmu itu milik Allah, sebagaimana ditegaskan dalam al-Qur’an, maka cetak rompak dan plagiarisme dibenarkan. Bahkan golongan ekstrimis yang banyak melakukan keganasan juga menggunakan beberapa ayat alQur’an yang kononnya menyuruh umat Islam membunuh orang kafir, tanpa memahami konteksnya dan dalam mengapa ayat itu diturunkan. Semua pendekatan ini sangat bersalahan dengan suruhan alQur’an dan memberi kesan gambaran yang buruk terhadap tahap kebijaksanaan orang Islam.  
Islam memberi tempat yang sewajarnya kepada akal fikiran (human intelligence). Yang dimaksudkan di sini bukanlah reason dan hubungannya dengan rasionalisme falsafah yang berkembang di Barat. Mengenai rasionalisme Barat yang menjadi pegangan golongan liberal dan modenis ini penulis telah jelaskan dalam buku tersendiri.36  Adapun kedudukan dan kepentingan akal dalam Islam telah dijelaskan oleh ulama’-ulama’ muktabar. Imam al-Ghazali antara lain mengatakan:
                                                        35 Untuk penjelasan lanjut mengenai golongan Pseudo-Salafi ini lihat makalah penulis “Pseudo-Salafi, Ekstrimisme dan Keruntuhan Autoriti” dibentangkan pada Seminar Pemikiran Islam Peringkat Kebangsaan II (PEMIKIR II), APIUM, 2022 Julai 2010. Pautan laman web: http://mufakkirislami.files.wordpress.com/2010/07/khalif_pseudo-salafi-ekstrimismedan-keruntuhan-autoriti.pdf   36 Lihat buku penulis Atas Nama Kebenaran: Tanggapan Kritis Terhadap Wacana Islam Liberal.
12  
“Akal itu umpama penglihatan yang selamat dari cacat cela, dan al-Qur’an itu umpama matahari yang menyinari jagat raya, dengan keduanya seseorang itu dapat memperoleh hidayah. Seorang yang mengambil salah satunya tergolong dalam orang-orang yang bodoh, orang yang menolak akal hanya cukup dengan cahaya al-Qur’an sama kedudukannya dengan orang yang mendapatkan cahaya matahari tetapi menutup mata, maka tidaklah berbeza dia dengan orang yang buta. Maka akal dengan Shara῾ adalah cahaya di atas cahaya”. 37
Kecenderungan golongan Pseudo-Salafi yang anti akal ini sebenarnya tidak memiliki akarnya dalam tradisi Islam. Bahkan Ibn Taymiyyah yang mereka angkat sebagai imam Salafiyyah tidak mempunyai sikap sedemikian. Ibn Taymiyyah sepakat dengan al-Ghazali tentang kepentingan akal ini apabila beliau mengatakan:  
“Akal itu syarat dalam mencapai ilmu pengetahuan dan kesempurnaan amal soleh, dengannya akan sempurna ilmu dan amal. Ia seperti kuatnya penglihatan bagi mata maka ketika bertemu dengan cahaya iman dan al-Qur’an maka umpama bertemunya cahaya mata dengan cahaya matahari dan api dan jika mencukupi dengan salah satunya tidak akan dapat seseorang itu memahami segala sesuatu”.38   
Bahkan ulama’-ulama’ usul fiqh sendiri mengiktiraf penggunaan akal apabila mereka menjadikan qiyÉs, istiÎlÉÍ, istiÍsÉn, al-maÎÉliÍ al-mursalah, dan sadd al-zarÊ‘ah sebagai sumber hukum pelengkap. Di sinilah bermulanya titik perbezaan antara golongan Pseudo-Salafi dengan Ahl alSunnah wa al-Jamaah di mana golongan pseudo-salafi ini cenderung rigid terhadap nas dan menolak penggunaan akal dan kebijaksanaan.  
Kelompok yang membenarkan orang bukan Islam menggunakan nama Allah kemudian mengenakan syarat kepada orang bukan Islam supaya tidak menyalahgunakan kebenaran tersebut untuk mengkristiankan orang Islam. Justeru kebenaran untuk menggunakan nama Allah yang mereka terima itu adalah kebenaran untuk menyalahgunakan nama Allah. Kerana isu ini timbul apabila pihak gereja menerbitkan Bible dalam bahasa Melayu dengan menggunakan nama Allah bagi merujuk kepada Tuhan mereka. Kebenaran yang mereka perolehi daripada pihak berkuasa bagi menggunakan nama Allah boleh ditafsirkan sebagai pengakuan Tuhan mereka juga bernama Allah. Apabila umat Islam membenarkan penggunaan nama Allah oleh bukan Islam maka ia adalah satu keberhasilan bagi orang bukan Islam dan menunjukkan kebenaran dakwaan mereka bahawa semua agama pada hakikatnya sama, menyembah Tuhan yang sama. Tidak syak lagi ia akan memudahkan lagi proses kristianisasi orang-orang Islam, yang pada hari ini telah berjaya memurtadkan ramai golongan remaja di negara ini.
Bagi umat Islam ia adalah satu kerugian yang sangat besar. Islam tidak akan rugi, berkurang, atau menjadi rendah kerana hal ini tetapi umat Islam yang akan semakin terhimpit. Kefahaman masyarakat terhadap akidah Islam akan semakin menipis. Kekeliruan akan semakin merajalela. Kerana dari bahasa pandangan alam akan berubah. Deislamisasi banyak berlaku melalui proses pendangkalan makna. Dan ketika ini nama Allah cuba didangkalkan maknanya supaya hanya bermaksud Tuhan. Oleh itu jelaslah bahawa isu nama Allah ini adalah isu yang serius yang menyangkut masalah akidah39 ia tidak boleh diambil ringan atau diperkecilkan walaupun dengan tujuan dan alasan untuk berdakwah, dan melindungi hak kebebasan beragama.  
                                                        37 Imam al-Ghazali, Al-IqtiÎÉd fi al-I‘tiqÉd (Beirut: Dar al-Kutub al-’Ilmiyyah, 1983), 4 38 Ibn Taymiyyah, MajmË‘ FatÉwÉ (Kaherah: Dar al-Fikr, 1983), 3:338  39 Lihat artikel penulis “Isu Nama Allah: Isu Akidah Bukan Perebutan Nama” dalam http://khairaummah.com/index.php?option=com_content&task=view&id=246&Itemid=170 (14 Mei 2008)
13   
Penutup  
Setelah meneliti permasalahan ini dari berbagai sudut, bahasa, sejarah, ilmu Tawhid, dan epistemologi, dengan bersandarkan kepada hukum Syara῾ , hukum akal mahupun hukum adat, dengan mempertimbangkan konteks kelainan bahasa dan sejarah Malaysia berbanding negara-negara Arab,  dapat disimpulkan bahawa penggunaan nama Allah oleh orang bukan Islam di negara ini bagi merujuk kepada Tuhan mereka adalah sesuatu yang tidak wajar dan bukan merupakan hak mereka sebaliknya merupakan tanggungjawab mereka untuk menghormati penggunaan nama Allah yang benar oleh umat Islam dan tanggungjawab umat Islam untuk melindunginya daripada dicemari. Nama Allah adalah nama yang suci, yang di alam Melayu sejak awal penggunaannya telah membawa makna yang Islami, bukan makna umum dari segi bahasa sebagai Tuhan, melainkan makna khusus, sebagai Tuhan yang memiliki sifat-sifat yang tidak sama dengan tuhan-tuhan yang lain. Telah banyak pandangan daripada para ilmuwan dan ulama’ besar dikemukakan,40 bahkan Profesor Syed Muhammad Naquib al-Attas telah menjawab isu ini sejak tahun 80an.41 Melihat kepada ramainya yang tampil memberi pandangan, baik dari institusi kerajaan-majlis-majlis agama negeri, dan para ulama’ dan ilmuwan yang independen dan beberapa NGO dapat disimpulkan bahawa dalam hal ini telah berlaku apa yang disebut sebagai Ijma῾ para ulama’di negara ini. Adapun pandangan yang menyalahinya boleh dikatakan sebagai pandangan yang aneh (syÉdh). Ini diperkuat lagi dengan kenyataan bahawa tidak terdapat kajian dan tulisan ilmiah yang menyokong penggunaan nama Allah oleh orang bukan Islam.
Terdapat sebahagian orang yang menggunakan pandangan Sheikh Yusuf al-Qaradawi dalam membenarkan penggunaan nama Allah oleh bukan Islam. Ketika datang ke negara ini beliau pernah ditanya tentang isu ini dan beliau memberi jawapan yang ringkas bahawa tiada masalah kerana di dalam al-Qur’an Allah adalah Tuhan bagi semua umat manusia. 42 Penulis berpandangan beliau tidak diberikan maklumat yang cukup tentang konteks dan latar sejarah penggunaan nama Allah di negara ini, sehingga rujukan beliau adalah konteks negeri Arab seperti Mesir di mana masyarakat Kristian Koptik sememangnya telah menggunakan perkataan Allah sejak sekian lama, seperti mana Arab Jahiliyyah. Sebagaimana telah dijelaskan di atas, kelainan bahasa dan sejarah perlu diambil kira. Kegagalan beliau memahami konteks Malaysia, akibat tidak dijelaskan oleh penyoal, menyebabkan pandangan beliau dalam hal ini tidak benar. Ini kerana asas dalam memberikan fatwa atau pandangan dalam hukum hakam adalah kefahaman terhadap realiti sesuatu persoalan yang disebut sebagai taÎawwur al-shay’ barulah berdasarkan kefahaman yang betul itu suatu hukum dapat diputuskan (alÍukm ῾ ala al-shay’ far ῾ un ῾ an taÎawwurihi). Pernyataan yang disiarkan di laman web beliau juga tidak membahas jantung persoalan. Beliau hanya  membahas perkara yang kita sepakati bersama iaitu hakikat bahawa Allah adalah Tuhan seluruh alam semesta dan bukan persoalan penterjemahan God atau Tuhan menjadi nama Allah yang khusus dan telah diIslamisasikan. Selain daripada itu bukanlah sesuatu yang wajar persoalan yang timbul di suatu tempat ditanyakan kepada mujtahid di tempat yang lain. Sewajarnya ijtihad atau pandangan ulama tempatan perlu dihormati. Ijtihad dan pandangan beliau tidak harus membatalkan ijtihad dan pandangan ulama’ di negara ini, sebagaimana dalam usul Fiqh dikenal prinsip suatu ijtihad tidak membatalkan ijtihad yang lain: al-ijtihÉd lÉ yunqaÌu bi al-ijtihÉd. Khususnya apabila beliau melihat dari sudut konteks yang berbeza dengan                                                                                                                                                                                            
40 Untuk pandangan beberapa ulama’ tersohor lihat sebagai contoh Siddiq Fadzil. ”Kontroversi Pemakaian Kalimat Allah: Suatu Pernyataan Keprihatinan” dalam http://www.wadah.org.my/kenyataan-media/54-info-wadah.html; Rahmah Ghazali, “Haron Speaks for Himself” dalam http://www.malaysiakini.com/news/121161 41 Hujah al-Attas telah dibacakan semula oleh DYMM Raja Nazrin pada suatu majlis perasmian buku di UTM Kuala Lumpur pada 23 Februari 2010. 42 Perlu dicatat bahawa beliau tidak mengeluarkan fatwa yang jelas tentang hal ini. Laporan yang diterima hanya berupa soal jawab yang tidak disertakan dengan alasan dan penghujahan yang terperinci.
14  
konteks di mana isu ini timbul. Hal seperti ini berlaku di zaman Imam Shafi‘i yang memberikan ijtihad yang berlainan ketika konteksnya berbeza, maka timbullah “pandangan lama”,  qawl qadÊm dan “pandangan baru” qawl jadÊd. Prinsip ini juga ditegaskan oleh Ibn al-Qayyim ketika berkata bahawa fatwa boleh berubah ketika situasi dan kondisi berubah.  Kita juga perlu sedar bahawa  Yusuf al-Qaradawi antara ilmuwan yang berseberangan dengan aliran pemikiran liberal/ modenis dan aliran pemikirian Pseudo-Salafi, bahkan beliau sering dianggap fundamentalis dalam banyak perkara dan pernah dikafirkan/ disesatkan oleh golongan Pseudo-Salafi. Di negara ini kedua-dua aliran liberal dan literal inilah yang membenarkan penggunaan nama Allah oleh orang bukan Islam untuk merujuk Tuhan mereka. Yang satu berpegang kepada pluralisme agama dan yang kedua berpegang kepada literalisme dan tekstualisme. Maka tentu terdapat salah faham dan beliau tidak mendapat informasi yang cukup dan kerananya pandangannya dalam hal ini bukan pandangan yang tepat.  
Oleh kerana isu ini adalah isu Akidah dan kedaulatan Islam, ia mesti diasingkan daripada isu politik. Perbezaan ideologi politik tidak harus membutakan hati nurani kita daripada mengenali kebenaran. Umat Islam perlu sedar terdapat upaya berterusan oleh musuh-musuh Islam untuk memesongkan akidah mereka, melalui kristenisasi dan pluralisme agama. Umat Islam perlu bersatu dalam mendaulatkan Islam di negara ini dan berganding bahu mempertahankan agama, bangsa dan negara.   
Ketika ini Malaysia ditekan oleh masyarakat antarabangsa khususnya media massa Barat agar akur dengan tuntutan orang bukan Islam. Keengganan masyarakat Islam di negara ini untuk membenarkan orang bukan Islam menggunakan nama Allah dianggap bercanggah dengan prinsip hak asasi manusia yang  ‘universal’. Ke-universal-an hak asasi manusia yang ditaja oleh Barat sebenarnya adalah mitos. Hak asasi manusia yang sekular ini pada hakikatnya memancarkan nilai-nilai Barat yang ‘modern’ dan berakar pada individualisme dan liberalisme.  Ketika hak asasi manusia tajaan Barat menekankan hak individu dan kelompok tertentu agar dihormati dan diagungkan, Islam menekankan agar manusia, baik secara individu mahupun kolektif, menghormati agama, kepentingan manusia secara umum, keharmonian dan kesejahteraan bersama. Dalam Islam, agama, jiwa, akal, kehormatan dan harta manusia adalah suci dan mesti dijaga dan dihormati. Kebebasan mestilah digunakan untuk melindungi maslahat dan kepentingan manusia di atas, di mana agama menduduki tempat yang pertama, yang disebut oleh para ulama’ klasik sebagai al-ÌarËriyyÉt al-khamsah (lima perkara yang terpenting). Menyedari keunggulan hak asasi manusia yang berdasarkan kepada wahyu Allah ini maka adalah tidak wajar umat Islam mengikuti dan tunduk kepada doktrin hak asasi manusia yang sekular itu.  
Isu penggunaan nama Allah oleh bukan Islam  melambangkan betapa seriusnya fenomena kehilangan adab di kalangan umat Islam, tidak terkecuali golongan intelektualnya. Adab di sini bukan hanya suatu sikap yang perlu ada bagi penuntut ilmu terhadap gurunya, atau dari orang bawahan kepada orang atasan, tetapi yang paling mendasar adalah pengakuan dan pengiktirafan akan adanya tempat tepat bagi segala sesuatu, termasuk diri sendiri dan orang lain, agar dapat meletakkannya pada tempat yang wajar dan tepat. Supaya yang tidak tahu menyedari ketidaktahuannya, lalu mahu mencari tahu dengan merujuk orang yang betul-betul tahu. Kita lihat bagaimana isu ini diperbincangkan tanpa merujuk kepada ilmuwan-ilmuwan yang berwibawa dalam bidangnya. Sebahagian orang yang memiliki sedikit ilmu dalam bidang tertentu cuba ber‘ijtihad’ di luar kemampuannya tanpa mengindahkan pandangan yang lebih bernas. Terdapat agamawan yang mencampur adukkan politik dengan urusan agama sehingga kecenderungan politiknya mempengaruhi pandangannya demi kepentingan politik dan kekuasaan. Kerana itu ulama’-ulama’ muktabar tidak mahu terlibat dalam politik kepartian khuatir pandangannya dipengaruhi kepentingan politik. Jika kita umat Islam sendiri tidak beradab, tidak berlaku adil dan tidak jujur dalam mempertahankan agama Allah, maka sudah tentu pertolongan Allah akan jauh dan
15  
musuh-musuh Islam akan mengambil kesempatan ini untuk memecahbelahkan dan menzalimi umat Islam.     
Rujukan  
Abd-Allah, Umar Faruq. “One God, Many Names,” 7-8. Diterbitkan dalam laman web www.nawawi.org/downloads/article2.pdf (15 January 2010) Al-Attas, Syed Muhammad Naquib. Islam dalam Sejarah dan Kebudayaan Melayu. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia, 1972.  ________. Islam and Secularism, diterbitkan oleh ABIM pertama kali pada 1978. Kuala Lumpur: ISTAC, 1993. ________. Prolegomena to the Metaphysics of Islam: an Exposition of the Fundamental Elements of the Worldview of Islam. Kuala Lumpur: ISTAC, 1995. Al-Ghazali, Abu Hamid. al-IqtiÎÉd fi al-I‘tiqÉd. Beirut: Dar al-Kutub al-’Ilmiyyah, 1983. Ibn ‘Ashur, TafsÊr al-TaÍrÊr wa al-TanwÊr. Tunis: al-Dar al-Tunisiyyah li al-Nashr, 1984. Ibn Kathir, TafsÊr al-Qur’Én al-‘AÐÊm, Riyad: Maktabah Dar al-Salam, 1992. Ibn Manzur, Jamaluddin Muhammad b. Mukarram. LisÉn al-‘Arab. Kaherah: Tab’ah Bulaq, t.t. Ibn Taymiyyah, Ahmad Abd al-Halim. MajmË‘ FatÉwÉ Ibn Taymiyyah. Kaherah: Dar al-Fikr, 1983. Khalif Muammar A. Harris. Atas Nama Kebenaran: Tanggapan Kritis Terhadap Wacana Islam Liberal, cetakan ke-2. Bangi: Institut Alam dan Tamadun Melayu, 2009. ________. “Isu Herald: Ketika Agama Diheret Untuk Kepentingan Politik” dalam http://khairaummah.com/index.php?option=com_content&task=view&id=236&Itemid=105 (20 Januari 2008) ________. “Isu Nama Allah: Isu Akidah Bukan Perebutan Nama” dalam http://khairaummah.com/index.php?option=com_content&task=view&id=246&Itemid=170 (14 Mei 2008) ________. ”Why Non Muslim Cannot Use the Word Allah” dalam http://khairaummah.com/index.php?option=com_content&task=view&id=275&Itemid=1(2 Mac 2009) Rahmah Ghazali, “Haron Speaks for Himself” dalam http://www.malaysiakini.com/news/121161 Safi, Louay ”ISNA Commends Malaysian Court Ruling that Affirms Religious Freedom of Christians” dalam http://www.isna.net/articles/Press-Releases/ISNA-Commends-MalaysianCourt-Ruling-that-Affirms-Religious-Freedom-of-Christians.aspx. (4 Januari 2010) Al-Shahristani, Muhammad b. Abd al-Karim. Al-Milal wa al-NiÍal. Beirut: Dar al-Ma’rifah,1997. Al-Shatibi, Abu Ishaq, al-Muwāfaqāt fī UÎūl al-Sharī’ah, Beirut: Dār IÍya al-Turāth al-‘Arabī, 2001. Siddiq Fadzil. ”Kontroversi Pemakaian Kalimat Allah: Suatu Pernyataan Keprihatinan” dalam http://www.wadah.org.my/kenyataan-media/54-info-wadah.html Wan Mohd Nor Wan Daud. Masyarakat Islam Hadhari: Suatu Tinjauan Epistemologi dan Kependidikan ke Arah Penyatuan Pemikiran Bangsa. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 2006. 

Rate this item
(1 Vote)

Dari Meja Mufti

 

Waktu Solat
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Subuh 88:88
Syuruk 88:88
Zohor 88:88
Asar 88:88
Maghrib 88:88
Isyak 88:88
Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan 

Go to top