Visitors Hit

7928499 Views
×

Amaran

PenggunaJ: :_load: Tidak dapat memuatkan pengguna dengan ID: 42

Tasawwuf dan Fahaman Wahdat Al-Wujud

 ،رحيمّ حمن ال ّ بسم الله الر ، د أشرف الأنبياء والمرسلين ّ دنا محم ّ م وبارك على سي ّ ى الله وسل ّوصل ، العالمين ّ الحمد الله رب وعلى آله وصحبه أجمعين.   
Agama suci yang dibawa oleh Rasul terakhir dan disempurnakan oleh Allah Subḥānahū wa Taʻālā ini tegak di atas tiga tonggak utama; Islam, iman dan ihsan. Kitab-kitab Tasawwuf merupakan huraian bagi tonggak agama ketiga iaitu maqam ihsan.

Antara kitab penting di Alam Melayu dalam bidang ini ialah kitab Sayr al-Sālikin Fi Ṭarīqat al-Sādāt al-Sūfiyyah karangan Sheikh Abd al-Samad al-Falimbani al-Jawi. Walaupun Tasawwuf merupakan ilmu yang mulia, namun ia tidak terlepas daripada dicemari oleh unsur-unsur bida’ah dan penyelewangan oleh mereka yang memusuhi Islam, ataupun daripada kalangan orang-orang Islam sendiri yang dipengaruhi oleh hawa nafsu dan keinginan mencapai kedudukan dan habuan duniawi. Menjelaskan persoalan ini, Imam Jalaluddin Abdul Rahman bin Abi Bakr al-Sayuti dalam kitabnya “Ta’yīd al-Ḥaqīqah al-‘Aliyyah wa Tashyīd al-Ṭarīqah al-Shāziliyyah” (Menyokong Ilmu Hakikat Yang Tinggi dan Mengukuhkan Thariqat Syaziliyyah) menyatakan :  
…Sesungguhnya ilmu Tasawwuf pada asalnya adalah ilmu yang mulia, tinggi kedudukannya dan kandungannya mengikut sunnah. Para ulama Islam dahulu dan kini sentiasa meletakkannya pada kedudukan yang tinggi dan memandang baik terhadap tokoh-tokohnya, kerana mereka adalah merupakan para wali Allah dan golongan yang hampir denganNya. Namun kebaikan dan kelebihan mereka itu telah dicemari oleh segolongan mereka yang mendakwa sebagai ahli sufi, sedangkan mereka bukan daripada ahlinya, lalu mereka menghuraikan perbahasan ilmu Tasawwuf tanpa ilmu. Dengan itu, mereka menjadi golongan yang sesat lagi menyesatkan.  
 Antara faham yang diselewengkan oleh golongan ini ialah faham waḥdat alwujūd. Makna istilah ini menurut ahli sufi adalah bertepatan dengan pegangan Ahli
 
2  
Sunnah Wal Jamaah. Seorang tokoh sufi, Sheikh Mustafa al-Bakri (1162H) mengarang kitab khusus bagi menerangkan makna waḥdat al-wujūd di sisi ahli sufi yang berjudul Al-Mawrid al-‘Azb li dhawil Wurūd Fi Taḥqīq  Maʻnā Waḥdat al-Wujūd. Berikutan ini penjelasan beliau dalam kitab berkenaan :   
Ketahuilah! Wahai saudara yang mengikut jalan Nabi salla’Llāh ʻalayhi wa sallam yang terpilih, bahawa wujud itu disebut pada hādith (baharu) dan qadīm (yang tiada baginya permulaan). Tetapi wujud yang pertama itu tidak berdiri sendiri, maka ia seperti ‘adam (tiada). Oleh yang demikian, ahli shuhud mengatakan:  wujud yang hakiki adalah satu. Sesuatu yang berdiri denganNya dan dijadikan olehNya; maka wujudnya adalah anugerah, bersifat nisbi dan tidak hakiki. Kerana ia didahului dan diikuti oleh ‘adam (tiada). Maka setiap yang wujud antara dua ‘adam adalah
bersifat fana’. Oleh itu, wujud yang hakiki ( الوجود على الحقيقة
) adalah
bagiNya, bukan bagi yang lainNya (makhluk).  
Syeikh Mustafa seterusnya menjelaskan pengertian waḥdat al-wujūd yang diselewengkan:   
Ketahuilah sesungguhnya pada zaman ini terdapat segolongan yang mendakwa sebagai ahli maʻrifat mengatakan bahawa wujud mereka yang baharu itu adalah juga wujud al-Haq yang qadim dan zat mereka yang baharu itu adalah juga zat Yang Maha Tinggi Lagi Qadim. Golongan ini meletakkan sifat yang suci itu pada diri mereka dengan tujuan menggugurkan kewajipan taklifi dan segala hukum syarak. Fahaman ini menyebabkan mereka terkeluar daripada lingkungan agama yang suci. Mereka sebenarnya merupakan golongan ateis yang fasik, durjana dan keji.
   Jika kita meneliti tulisan Sheikh Abdul Samad al-Falimbani, beliau sebenarnya memperkatakan waḥdat al-wujūd dengan pengertiannya yang benar, bukan pengertian yang menyeleweng. Di halaman 103, jilid 3 beliau menyatakan :   
 
3  
...yakni tiada maujud  yang sebenarnya melainkan wujud Allah Ta’ala Yang Esa, yang tiada bagiNya seumpama sesuatu, yang berdiri ia dengan sendirinya.   
Huraian beliau tentang ‘Musyahadah al-Siddiqin’ (pemandangan orang yang siddiqin) bahawa : “tiada ia melihat melainkan zat yang Esa yang wajib alwujud ” adalah bertepatan dengan kata-kata Saidina Abu Bakar al-Siddiq r.a :  
 ) ما رأيت شيئا إلا رأيت الله قبله(
Aku tidak melihat sesuatu melainkan aku melihat ALLAH sebelumnya.   
Perkataan “tidak melihat” di sini penting diberi perhatian, kerana ia bukan bermakna tidak mengakui kewujudan. Ini samalah dengan pengkiktirafan Rasulullah s.a.w sebagai “paling benar”, kata-kata penyair Labid seperti yang diriwayatkan Bukhari dan Muslim :  
 ألا كل شئ ما خلا الله باطل
Sesungguhnya segala sesuatu selain Allah adalah batil.   
Sheikh Muhyiddin Bin ‘Arabi (M638H) dalam kitabnya al-Futūḥāt al-Makkiyyah ketika mengulas hadith ini menyatakan :   
Ketahuilah bahawa segala yang wujud sekalipun disifatkan sebagai batil, ia pada hakikatnya benar daripada segi kewujudannya. Tetapi kekuatan maqam shuhud ketika menguasai ahlinya, melihat sesuatu selain Allah adalah batil ; iaitu daripada segi kewujudannya tidak berdiri sendiri, maka hukum wujud seperti ini seperti tiada.    
Beliau seterusnya menambah :   
Inilah yang membezakan antara wujūd al-Ḥaq dengan wujud makhluk.  Pada hakikatnya, tiada sebarang penggabungan (Ishtirāk) antara Khāliq dan makhluknya daripada apa sudut pun.   
 
4   
Keadaan seperti ini terdapat rujukannya dalam al-Quran.  Dalam surah Yusuf ayat 31, Allah berfirman yang bermaksud:  
 “ ….. ketika perempuan-perempuan itu melihatnya, mereka terpesona kepada (keelokkan rupanya) dan mereka (tanpa sedar) menghiris tangan sendiri : Maha Sempurna Allah, ini bukanlah manusia.  Ini benar-benar Malaikat yang mulia”.    
Perempuan-perempuan itu terpegun dengan keelokkan Nabi Yusuf a.s. menyebabkan mereka tidak menyedari dan tidak merasai kesakitan menghiris tangan sendiri.  Jika ini boleh berlaku bagi mereka yang kagum terhadap keindahan makhluk, maka ia lebih lagi boleh berlaku bagi mereka yang diberi kashaf untuk shuhud kebesaran Ilahi.  
Kegiatan penyusupan ( )الد س Dalam Karya Ulama Besar    
Keterangan-keterangan di atas menyangkal sama sekali tuduhan Abdul Fatah Haron Ibrahim dalam bukunya Allah antara Tasauf dan Akidah, bahawa Ibn ‘Arabi adalah pencipta faham wahdah al-wujud yang membawa makna bahawa alam ini qadīm lagi azali.  Beliau juga menuduh Ibnu ‘Arabi menganut faham ḥulūl dan ittiḥād yang membawa makna penyatuan antara Lāhūt dan Nāsūt (Tuhan dengan manusia).  Beliau seterusnya mengaitkan beberapa ulama Nusantara seperti Syeikh Daud alFatani, Sheikh Abd al-Samad al-Falimbani dengan fahaman-fahaman tersebut dan menuduh mereka sebagai kufur (hlm. 201 – 264).  Imam ‘Abd al-Wahhab al-Shaʻrani (973H) dalam kitabnya “al-Qawāʻid al-Kashfiyyah’, ketika menolak tuduhan-tuduhan tersebut menyatakan bahawa dalam kitab al-Futūḥāt al-Makkiyyah, terdapat lebih seratus kenyataan Ibnu ‘Arabi yang menjelaskan penolakannya terhadap fahaman hulūl dan ittiḥād,  Antara kenyataan-kenyataan tersebut ialah :  
-Dalam bab 169 :   
القديم لا يصح أن يكون محلا الحوادث، ولا أن يكون حالا فى المحدث
 
5  
Yang bersifat Qadīm tidak sah menjadi tempat bagi yang baharu, begitu juga ia tidak mungkin menempatkan diri pada yang baharu.  
- Dalam bab Al-Asrār, beliau menyatakan :  
من قال بالحلول فهو معلول، وهو مرض لا دواء لدائه، ولا طبيب يسعى فى شفائه.
Sesiapa yang menganut fahaman hulul, maka imannya berpenyakit, iaitu penyakit yang tiada penawar baginya, dan tiada tabib yang mampu menyembuhkannya.  
- Dalam bab 48 beliau menyatakan :  
الوجود كله رب وعبد، وكل عبد مخلوق، فمن نفى المخلوق فى وقت ما فقد خرج عن مقام الكمال.  
Segala yang wujud terdiri daripada Rabb (tuhan) dan Abd (hamba).  Setiap hamba adalah makhluk; sesiapa yang menafikan makhluk pada mana-mana waktu, maka keluar ia dari maqam al-kamal (kesempurnaan).  
    Daripada petikan-petikan di atas ternyata Ibn ‘Arabi menolak sama sekali fahaman ḥulūl dan ittiḥād.  Menurut Imam al-Shaʻrani, perkara-perkara yang bertentangan dengan hukum syarak yang terdapat di dalam kitab-kitab al-Fuṣūṣ dan al-Futūḥāt adalah merupakan sesuatu yang diseludupkan ke dalam kitab-kitab Ibn Arabi ( )مدسوس عليه yang dilakukan oleh musuh-musuh Islam, kerana beliau sendiri
telah meneliti naskhah yang asal dan mendapati ianya bersih daripada sebarang unsur yang bertentangan dengan Shariʻah, seperti yang terdapat dalam naskhah-naskhah yang berada di kalangan orang ramai.  Menurut al-Shaʻrani, perkara seperti ini berlaku terhadap diri beliau sendiri bilamana orang-orang yang dengki  memasukkan ke dalam kitabnya “al-Baḥr al-Mawrūd fi al-Mawathīq wa al-ʻUhūd “ perkara-perkara yang bertentangan dengan Shariʻat dan menyerahkannya kepada al-Azhar.  Ekoran daripada itu berlaku kegemparan di kalangan ulama Azhar.  Keadaan kemudiannya
 
6  
reda apabila beliau menyerahkan kepada pihak al-Azhar naskhah asal yang bersih daripada perkara-perkara yang diseludupkan.  
Adalah jelas daripada keterangan-keterangan di atas bahawa buku Abdul Fattah Haron Ibrahim di atas mengandungi unsur-unsur fitnah terhadap ulama haq hasil daripada penyelidikan yang tidak teliti.  Penerbitannya perlu dikaji semula bagi membersihkan nama para ulama berkenaan daripada sebarang unsur fitnah dan salah tanggapan terhadap karya-karya mereka.  
Saya berpendapat usaha menghidupkan kembali kitab-kitab turath amat bermakna dalam rangka memelihara khazanah ilmu Islam yang sangat bernilai untuk dimanfaatkan oleh generasi umat seterusnya, di samping itu juga, dapat membersihkannya daripada sebarang salah tanggapan dan kekeliruan yang ditimbulkan oleh mere

Rate this item
(1 Vote)

Dari Meja Mufti

 

Waktu Solat
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Subuh 88:88
Syuruk 88:88
Zohor 88:88
Asar 88:88
Maghrib 88:88
Isyak 88:88
Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan 

Go to top