Bahasa : 
Warna Tema : 
blue green oren
Saiz Teks : 
A- A A+

 

Soalan:

Saya telah datang haid pada 3 April 2018 dan tamat pada 13 April iaitu selama 11 hari. Kebiasaan tempoh haid saya sekitar 10 hari. Kemudian pada 27 April saya telah didatangi darah. Ianya bermula dengan keruh kemudian pada malam dan pagi esoknya menjadi merah kehitaman dan berbau seperti darah haid. Tetapi saya keliru sama ada ianya darah haid atau bukan kerana sepatutnya darah haid saya baru datang 3 Mei. Jadi, bolehkah saya tahu sama ada darah yang saya alami sekarang ini adalah haid atau istihadah kerana belum cukup 30 hari tempoh dari 3 April itu.

 

Jawapan:

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga, para sahabat serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah Baginda SAW.

Darah yang keluar pada 27 April sehingga 28 April itu adalah darah istihadah. Ini kerana ia keluar pada waktu sekurang-kurang suci yakni 15 hari. Maka, hendaklah puan tetap menunaikan solat fardu dengan memakai seumpama tuala wanita selepas mencuci alat sulit kemudian mengambil wudhuk tanpa perlu mandi wajib. Namun apabila sudah masuk 29 April, yakni sudah tamat waktu sekurang-kurang suci yakni 15 hari selepas hari terakhir haid (13 April), kitaran haid dianggap sudah bermula semula, maka darah yang keluar pada 29 April seterusnya sehingga 13 Mei adalah darah haid.

Rujuk Tuhfah al-A`izza’ (hal. 226)

Wallahua’lam.