Bahasa : 
Warna Tema : 
blue green oren
Saiz Teks : 
A- A A+

Soalan

Saya cuma ingin pengesahan mengenai maksud nama. Saya bercadang namakan anak saya Aqeel Zayyan. Adakah nama tersebut membawa maksud yang baik?

 

Jawapan

Pertamanya, menamakan anak adalah perkara yang disepakati oleh semua agama dan bangsa. Dalam Islam, diperintahkan untuk menamakan dengan nama-nama yang baik berdasarkan nas-nas Syarak seperti Muhammad, Ahmad, Hammad, Haamid, Abdullah, Abdul Rahman dan lain-lain yang baik.

Begitu juga dilarang memberi nama dengan tokoh-tokoh yang tidak baik yang tercatat dalam Nas seperti Abu Lahab, Abu Jahal, Firaun, Qarun, Haman dan lain-lain. Larangan yang sama terhadap nama-nama syaitan dan iblis. Ini kerana nama merupakan doa kepada yang diberi nama atau penama dan jika sekiranya diulangi banyak kali boleh jadi ia boleh memberi kesan kepada seseorang itu dan wataknya.

Berkenaan dengan persoalan saudara, nama Aqeel Zayyan, ia memberi maksud yang amat berakal dan Zayyan pula memberi maksud cantik atau hiasan.

Bila kami menyemak kedua-dua nama tersebut, kami dapati ada tokoh-tokoh yang dinamakan seperti itu tetapi hanya seperkataan sahaja seperti Ibn Aqeel, dan Syeikh Zayyan. Justeru kami katakan, tidak mengapa untuk menamakan dengan nama seperti di atas.

Semoga Allah menjadikan anak saudara sebagai anak yang soleh dan berjaya dalam kehidupan dunia dan akhiratnya. Ameen.