Pilihan Bahasa:

faq2hubungi2maklumbalas2peta2

AL-KAFI #901 : HUKUM HUTANG DENGAN ARWAH AYAH (DIKEMASKINI)

af901 compressed

SOALAN:

Saya (lelaki) ada meminjam sejumlah wang daripada arwah saya semasa dia masih hidup. Namun belum sempat saya membayar hutang secara penuh, ayah saya sudah meninggal dunia. Apakah kaedah terbaik untuk saya langsaikan hutang itu? Saya masih memiliki ibu, dua orang kakak dan dua abang. Bolehkah saya setiap bulan infaqkan, atau waqafkan duit pada mana-mana badan kebajikan atau sesiapa sahaja atas niat untuk membayar hutang ayah saya itu?

JAWAPAN:

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga baginda SAW, sahabat Baginda SAW serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah baginda SAW.

Menurut hukum pembahagian harta pusaka di dalam Islam, hutang orang lain terhadap orang yang meninggal dunia adalah termasuk dalam definisi harta pusaka. Ulama mendefinisikan harta pusaka sebagai semua yang ditinggalkan oleh si mati daripada jenis harta, hak dan manfaat.Hutang adalah harta si mati yang dipinjam dan wajib diberikan kepada ahli waris sebagai harta pusaka kerana pemilikian si mati sudah beralih kepada para waris.

Rujuk al-Mu’tamad fi al-Fiqh al-Syafie (4/344-347)

Apabila peminjam itu sendiri adalah ahli waris maka keadaannya terbahagi kepada tiga:

  • Hutang tersebut dianggap selesai jika ahli waris yang berhutang itu tersebut mewarisi sepenuhnya hutang tersebut.
  • Hutang tersebut dianggap selesai pada bahagian yang diterima oleh ahli waris yang berhutang itu.
  • Hutang itu dihalalkan oleh para waris lain.

Sebelum kami jelaskan kedua-dua keadaan diatas, eloklah kita mengetahui pembahagian faraidnya terdahulu (digunakan contoh RM10,000.00):

Waris

Bahagian

Tashih

Jumlah (RM)

Jumlah bagi setiap waris

Isteri

1/8

8/64

1250.00

1250.00

3 Anak lelaki

Dua bahagian berbanding anak perempuan

42/64

6562.50

2187.50

2 Anak perempuan

Dua bahagian berbanding anak perempuan

14/64

2187.50

1093.80

Jumlah

   

10,000.00

10,000.00

 

Keadaan Pertama: Hutang tersebut dianggap selesai jika ahli waris yang berhutang itu tersebut mewarisi sepenuhnya hutang tersebut.

Sekiranya hutang waris lelaki itu dengan bapanya ialah RM2187.50 ke bawah, maka dia tidak perlu membayar apa-apa kepada waris-waris yang lain kerana pemilikan si mati sudah beralih kepada para waris selepas kematian dan penghutang tersebut adalah salah seorang daripada warisnya. Justeru, bahagian si penghutang itu boleh digunakan untuk melangsaikan hutang anak lelaki itu kepada ayahnya.

Hutang tersebut hanya dianggap selesai pada bahagian yang diterima oleh ahli waris yang berhutang itu.

Sekiranya hutang waris lelaki yang bertanya itu kepada bapanya ialah atas daripada jumlah RM2187.50, seperti RM3000.00, maka hendaklah ditolak jumlah hutang itu dengan bahagian waris terbabit dan baki hutang itu dibahagikan kepada para waris yang lain mengikut kiraan faraid.

Hutang itu dihalalkan oleh para waris yang lain.

Harus di dalam Hukum Syarak untuk para waris melakukan takharuj dalam pembahagian harta pusaka. Rujuk al-Mu`tamad (5/513). Dalam konteks kes di atas, harus bagi para waris untuk melakukan sulh dengan melepaskan tuntutan pada hutang waris lelaki terbabit dengan bapanya. Dalam bahasa mudahnya, waris-waris yang lain menghalalkan sahaja hutang itu. Ini dibenarkan kerana bahagian faraid itu adalah hak para waris yang boleh diambil atau dilepaskan.

Semoga penjelasan ini memberikan manfaat kepada yang bertanya.