Bahasa : 
Warna Tema : 
blue green oren
Saiz Teks : 
A- A A+
FAQ

KUALA LUMPUR | 13 September 2015 – Menjelang Aidiladha dan musim haji yang bakal tiba, Unit Falak Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan yang diketuai oleh Ustaz Khairul Anuar bin Yazid telah mengadakan program Cerapan Rasmi Hilal Ramadan 2015 di dua lokasi berasingan, Menara Kuala Lumpur dan Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC). Turut hadir ke program tersebut, Sahibus Samahah Timbalan Mufti Wilayah Persekutuan, Ustaz Che Mat bin Che Deraman di lokasi Menara Kuala Lumpur. Keadaan yang berjerebu di negara pada waktu ini telah menjejaskan penglihatan rukyah. Maka, 1 Zulhijjah bagi tahun 1436H jatuh bertepatan pada hari Selasa 15 September 2015, bermula pada waktu Maghrib 13 September 2015.