Bahasa : 
Warna Tema : 
blue green oren
Saiz Teks : 
A- A A+
FAQ
  • Welcome-BM
  • eFatwa-BM
MEDIA
MUFTI
WILAYAH
PERSEKUTUAN

SOALAN:

Assalamualaikum wbt,

Apakah maksud Ruwaibidhah di dalam hadis Nabi SAW? Terima kasih.

 

JAWAPAN:

Waalaikumussalam wbt,

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga baginda SAW, sahabat baginda SAW serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah baginda SAW.

Kami mulakan dengan hadith Nabi SAW yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah RA, bahawa Nabi SAW bersabda :

سَيأتي على الناسِ سَنَوَاتٌ خَدَّاعَاتُ ، يُصَدَّقُ فيها الكَاذِبُ ، و يُكَذَّبُ فيها الصَّادِقُ ، و يُؤْتَمَنُ فيها الخَائِنُ ، وَيُخَوَّنُ فيها الأَمِينُ ، ويَنْطِقُ فيها الرُّوَيْبِضَةُ . قيل : وما الرُّوَيْبِضَةُ ؟ قال : الرجلُ التَّافَهُ ، يتكلَّمُ في أَمْرِ العَامَّةِ

Maksudnya : “Akan datang kepada manusia tahun-tahun yang penuh dengan penipuan dan tipudaya, kata-kata pendusta dibenarkan (dipercayai) dan didustakan percakapan orang yang benar, diberi amanah kepada pengkhianat dan dikhianati orang-orang yang amanah. Kemudian akan berkata-katalah golongan al-Ruwaibhidhah. Baginda SAW ditanya : Siapakah golongan al-Ruwaibhidah ? maka baginda SAW menjawab : Orang yang bodoh lagi fasik berbicara (mengurus) berkaitan perkara umum yang besar”.

(Riwayat Ibn Majah, kitab al-Fitan, bab zaman yang dahsyat. No. Hadith : 4026. Imam Ahmad, Sahabat yang banyak meriwayatkan hadith, musnad Abu Hurairah. No. Hadith : 7571. Al-Hakim, Mustadrak ‘ala al-Sahihayn, 5 : 659) [Hadith ini dinilai sahih oleh al-Albani RA di dalam Silsilahnya, no. hadith : 1887].

 

Makna al-Ruwaibidah berdasarkan tafsiran ulama’ :

Para ulama’ telah menafsirkan beberapa makna bagi al-Ruwaibhidah, antaranya ialah :

Al-Ruwaibhidah adalah sighah tasghir bagi Rabhidah (رابضة) dan ta’ marbuthah di akhirnya bagi menunjukkan mubalaghah. Al-Rabhidah ialah seseorang yang lemah dan tenggelam di dalam hal-hal keduniaan dan sentiasa menginginkannya.[ Lihat : Hasyiah al-Sindi ‘ala Ibn Majah, 2 : 494]

  • Riwayat di dalam Musnad Ahmad mengatakan : Orang yang bodoh bercakap perkara umum.[Musnad Ahmad, no. hadith 7912]
  • Riwayat di dalam Syarh Musyhkil al-Athar : Orang yang fasiq bercakap perkara umum.[Syarh Musyhkil al-Athar, no. hadith 13299]
  • Imam al-Syatibi di dalam al-‘Itisham : Orang yang bodoh dan keji bercakap berkaitan perkara umum sedangkan dia bukan ahli dalam perkara tersebut tetapi masih ingin bercakap.[ al-‘Itisham, 3:100]

Fiqh al-Hadith

Antara yang dapat diambil kesimpulannya daripada hadith ini ialah :

  • Baginda Nabi SAW memberi amaran kepada umatnya agar berhati-hati ketika menghadapi hari-hari yang penuh dengan tipu daya dan pada waktu itu, kebenaran dan amanah akan terletak pada orang-orang yang bodoh dan keji lagi fasik. Mereka ini digelar sebagai al-Ruwaibidah.
  • Nabi SAW menyifatkan al-Ruwaibidah dengan dua sifat iaitu sebagai orang yang keji atau kurang ilmunya dan dalam masa yang sama bercakap berkaitan perkara-perkara umum yang besar sedangkan dia tidak mempunyai ilmu padanya.

Akhirnya, semoga Allah SWT jadikan kita dalam kalangan hamba-hambaNya yang berilmu, soleh serta sentiasa beramal dengan ilmunya.

Wallahua`lam.

e fatwa
e kiblat

Bilangan Pelawat

Hari Ini : 366

Minggu Ini : 3342

Bulan Ini : 12197

Keseluruhan : 10332190

  • Kerajaan Malaysia MAMPU JPA JAKIM JAWHAR
  • JKSM MSC IIM BPA SPA Tabung Haji