Bahasa : 
Warna Tema : 
blue green oren
Saiz Teks : 
A- A A+
  • Welcome-BM
  • eFatwa-BM
  • Gerhana
MEDIA
MUFTI
WILAYAH
PERSEKUTUAN

AL-KAFI LI AL-FATAWI : SOALAN 140 (04 JANUARI 2016 / BERSAMAAN 23 RABIULAWAL 1437H)

 

SOALAN

Assalamualaikum Ustaz,

Saya ingin bertanya berkenaan solat qasar & jamak. Saya ingin melancong ke luar negara. Soalan saya, walaupun perjalanan saya melebihi 3 hari, bolehkah saya melakukan solat qasar dan jamak memandangkan saya tidak berada pada satu-satu tempat yangg sama pada setiap hari dan kemudahan untuk solat juga sukar didapati terutama untuk Muslimah. Hanya tempat bermalam sahaja yang kekal di satu tempat. Mohon pencerahan daripada ustaz. Syukran jazilan

Terima kasih.

 

JAWAPAN:

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته 

Dalam kes ini, tempat bermalam penanya itu dikira sebagai tempat bermukim, maka penanya perlu solat secara tamam (sempurna, bukan qasar) ketika berada di situ. Tetapi, sekiranya penanya bergerak ke tempat lain, dan perjalanan kedua itu mencapai dua marhalah, maka perjalanan ke destinasi tersebut dikira permusafiran yang baru dan dibenarkan qasar dan jama’ dalam perjalanan tersebut.

Wallahuaʿlam

e fatwa
e kiblat
e tauliah
aktiviti

Bilangan Pelawat

Hari Ini : 1836

Minggu Ini : 10996

Bulan Ini : 11130

Keseluruhan : 9559837

  • Kerajaan Malaysia MAMPU JPA JAKIM JAWHAR 1 Malaysia
  • JKSM MSC IIM BPA SPA Tabung Haji