Bahasa : 
Warna Tema : 
blue green oren
Saiz Teks : 
A- A A+
  • Welcome-BM
  • eFatwa-BM
  • Gerhana
MEDIA
MUFTI
WILAYAH
PERSEKUTUAN

AL-KAFI LI AL-FATAWI : SOALAN 184 (12 FEBRUARI 2016 M / 4 JAMADILAWAL 1437 H)

SOALAN:

Assalamualaikum wbt,

Dr. Zulkifli, saya ingin bertanya adakah kita dikira atau dianggap memutuskan silaturrahim sekiranya kita sekadar mengurangkan waktu melawat atau menziarahi (jarang berkunjung) dengan pakcik dan makcik atau sepupu kita, hanya kerana kita kurang gemar dengan budaya cakap lepas dan kasar mereka.?Atau dikhuatiri, pasangan kita akan berasa tidak selesa (atau ambil hati) untuk bergaul dengan mereka yang mungkin lebih banyak ketawa, bersifat cakap sesedap rasa atau tanpa usul periksa?

Terima kasih.

 

JAWAPAN:

Waalaikumussalam wbt,

Tidak dianggap memutuskan silaturrahim jika seseorang itu mengurangkan ziarah kerana mengelakkan perkara yag haram, kerana kaedah mengatakan:

إذا اجتمع الحلال والحرام غلب الحرام

Maksudnya: Jika bertembung perkara yang halal dan yang haram maka diutamakan mengelak yang haram.

Walaupun begitu, kami syorkan supaya perjumpaan dan ziarah itu diisi dengan perkara yang bermanfaat supaya terhindar daripada perkara yang buruk dan sia-sia. Kami juga mencadangkan agar dipendekkan ziarah tersebut apabila adanya perkara yang tidak baik dalam neraca agama.

Semoga Allah mempermudahkan urusan kita semua.

 

Wallahua`lam.

e fatwa
e kiblat
e tauliah
aktiviti

Bilangan Pelawat

Hari Ini : 1834

Minggu Ini : 10994

Bulan Ini : 11128

Keseluruhan : 9559835

  • Kerajaan Malaysia MAMPU JPA JAKIM JAWHAR 1 Malaysia
  • JKSM MSC IIM BPA SPA Tabung Haji