Bahasa : 
Warna Tema : 
blue green oren
Saiz Teks : 
A- A A+
  • Welcome-BM
  • eFatwa-BM
  • Gerhana
MEDIA
MUFTI
WILAYAH
PERSEKUTUAN

AL-KAFI LI AL-FATAWI : SOALAN 187 (17 FEBRUARI 2016 M / 8 JAMADILAWAL 1437 H)

SOALAN:

Assalamualaikum ustaz,

Bagaimana keadaan seseorang yang melanggar sumpahnya berkali-kali sebelum membayar kafarat. Misalnya, si fulan bersumpah "aku bersumpah dgn nama Allah, takkan aku masuk ke dalam rumah itu lagi" lalu dia langgarnya dengan masuk ke dalam rumah itu beberapa kali. Bagaimana dengan kafaratnya?

 

JAWAPAN:

Waalaikumussalam wbt,

 

Kaedah mengatakan:

تَتَكَرَّرُ الْكَفَّارَةُ بِتَكَرُّرِ أَيْمَانِ الْقَسَامَةِ

 

Maksudnya: Berulangnya kaffarah dengan berulangnya sumpah

 

Rujuk Tuhfat al-Muhtaj (10/20)

Justeru, jika seseorang bersumpah tidak memasuki sebuah rumah lalu dia melanggar sumpahnya, maka kaffarahnya ialah sekali. Jika selepas itu dia terus menerus memasuki rumah tersebut, tidak ada kaffarah baginya selagi mana dia tidak memperbaharui sumpahnya. Sebaliknya jika dia melanggar sumpahnya, lalu dia bersumpah kembali dan dia melanggar lagi, maka ke atasnya ada dua kaffarah.

 

Wallahua’lam.

e fatwa
e kiblat
e tauliah
aktiviti

Bilangan Pelawat

Hari Ini : 1840

Minggu Ini : 11000

Bulan Ini : 11134

Keseluruhan : 9559841

  • Kerajaan Malaysia MAMPU JPA JAKIM JAWHAR 1 Malaysia
  • JKSM MSC IIM BPA SPA Tabung Haji