Bahasa : 
Warna Tema : 
blue green oren
Saiz Teks : 
A- A A+
  • Welcome-BM
  • eFatwa-BM
  • Gerhana
MEDIA
MUFTI
WILAYAH
PERSEKUTUAN

AL-KAFI LI AL-FATAWI : SOALAN 188 (17 FEBRUARI 2016 M / 8 JAMADILAWAL 1437 H)

 

SOALAN: Assalamualaikum Tuan Mufti,

Arwah bapa saya telah meninggal dunia pada pertengahan tahun 2014. Saya telah bermimpi hujung Januari lalu pada waktu subuh di mana arwah  telah meminta dan memohon agar hutangnya dibayar. Dalam mimpi tersebut beliau kelihatan sedih sebab hutangnya itu sehingga hari ini saya asyik memikirkannya. Apa yang perlu saya lakukan? Jika sy tidak mampu membayar hutang tersebut, apa tindakan yang perlu saya lakukan? bagaimana jika sy tidak dapat menemui orang berkenaan?

 

JAWAPAN:

Waalaikumussalam wbt, Hutang si mati boleh dijelaskan menggunakan harta pusaka si mati oleh waris si mati. Jika pemiutang itu belum ditemui, disimpan harta tersebut sehingga dia ditemui. Sementara itu boleh diwar-warkan harta tersebut, selama 4 tahun untuk dimaklumkan kepada pemiutang. Ini berdasarkan Hadis Abdullah bin Zubair menguruskan hutang-hutang ayahnya Zubair seperti yang termaktub dalam Sahih al-Bukhari (3129).

Juga boleh diserahkan wang orang berhutang itu kepada Baitulmal untuk ditadbir oleh mereka mengikut hukum syarak termasuk pengiklanan dan pembayaran kepada pemiutang apabila dijumpai.

 

Wallahua`lam.

e fatwa
e kiblat
e tauliah
aktiviti

Bilangan Pelawat

Hari Ini : 1781

Minggu Ini : 10941

Bulan Ini : 11075

Keseluruhan : 9559782

  • Kerajaan Malaysia MAMPU JPA JAKIM JAWHAR 1 Malaysia
  • JKSM MSC IIM BPA SPA Tabung Haji