Bahasa : 
Warna Tema : 
blue green oren
Saiz Teks : 
A- A A+
  • Welcome-BM
  • eFatwa-BM
MEDIA
MUFTI
WILAYAH
PERSEKUTUAN

 

AL-KAFI LI AL-FATAWI : SOALAN 389 (20 SEPTEMBER 2016 M / 18 ZULHIJJAH 1437 H)

SOALAN:

Salam dato'. Apa hukum ibadah yg telah dilakukan atas keyakinan, kemudian didapati ianya salah. Apakah perlu diganti semula ibadah tersebut?

JAWAPAN:

Waalaikumussalam wbt,

Hal ini mengikut situasi. Contohnya isu menghadap kiblat. Imam al-Nawawi dalam al-Minhaj menyebut:

وَمَنْ صَلَّى بِالِاجْتِهَادِ فَتَيَقَّنَ الْخَطَأَ قَضَى فِي الْأَظْهَرِ، فَلَوْ تَيَقَّنَهُ فِيهَا وَجَبَ اسْتِئْنَافُهَا

Maksudnya: Barangsiapa yang solat dengan ijtihad lalu yakin telah tersilap, dia perlu melakukan qadha’ mengikut pendapat yang zahir, sekalipun dia jika yakin padanya (kemudian diketahui salah) wajib dia memulakan semua (qadha).
Rujuk Mughni al-Muhtaj (1/338)

Begitu juga jika melibatkan isu ternampak najis di badan selepas solat. Al-Nawawi menyebut:

 

وَمَذْهَبُنَا أَنَّ إزَالَةَ النَّجَاسَةِ شَرْطٌ فِي صِحَّةِ الصَّلَاةِ فَإِنْ عَلِمَهَا لَمْ تَصِحَّ صَلَاتُهُ بِلَا خِلَافٍ وَإِنْ نَسِيَهَا أَوْ جَهِلَهَا فَالْمَذْهَبُ أَنَّهُ لَا تَصِحُّ صَلَاتُهُ

 

“Dan mazhab kami (Syafie) mengatakan sesungguhnya menghilangkan najis itu ialah syarat sah solat maka jika seseorang mengetahuinya maka tidak sahlah solatnya tanpa khilaf. Sekalipun dilakukannya kerana lupa atau jahil, makan mazhab menyatakan bahawa solatnya tetap tidak sah.”
Rujuk al-Majmu’ (3/131)

Pun begitu jika boleh ditanggungkan contohnya, selepas solat dan menyedari najis tahi cicak di tapak kaki selepas beberapa minit, maka ditanggungkan najis itu datang terkena kepada badan selepas solat bukan semasa di dalam solat.

Ini sekadar contoh.

Wallahua’lam.

Imej hiasan dari ctkhaiza.blogspot

e fatwa
e kiblat
e tauliah
aktiviti

Bilangan Pelawat

Hari Ini : 655

Minggu Ini : 3719

Bulan Ini : 3853

Keseluruhan : 9552560

  • Kerajaan Malaysia MAMPU JPA JAKIM JAWHAR 1 Malaysia
  • JKSM MSC IIM BPA SPA Tabung Haji