Bahasa : 
Warna Tema : 
blue green oren
Saiz Teks : 
A- A A+
  • Welcome-BM
  • eFatwa-BM
  • Gerhana
MEDIA
MUFTI
WILAYAH
PERSEKUTUAN

AL-KAFI LI AL-FATAWI : SOALAN 192 (19 FEBRUARI 2016 M / 10 JAMADILAWAL 1437 H)

SOALAN:

Assalamualaikum Datuk Mufti, Apakah hukum menyambut hari lahir dan ulang tahun perkahwinan?

 

JAWAPAN:

Dalam hal ini, sebahagian ulama memberi pandangan bahawa hukumnya harus, tetapi mestilah mengikuti beberapa garis panduan sepeti tidak diiktikadkan sambutan tersebut sebagai pegangan Islam atau sunah mahupun digalakkan.  Saya petik kenyataan guru kami Fadhilatus Syeikh Rusydi Salim al-Qalam, antara lain berkata: “Bukanlah menjadi adat orang Islam merayakan pelbagai bentuk hari raya. Ini kerana dalam Islam hanya ada dua hari raya sahaja; Hari Raya Aidulfitri dan Hari Raya Aiduladha.”

Adapun semata-mata memperingati dan menzahirkan rasa gembira di samping muhasabah diri yang betapa dekatnya dengan kematian ketika mana usia telah lanjur dan menuju senja, atau pun untuk menyemak dan muhasabah kembali kehidupan yang dilalui, serta muamalah antara suami dan isteri, dan mengelokkan hubungan pasangan, maka ini dibolehkan.

Adapun jika terhasil pada sambutan itu, jemputan yang membawa kepada percampuan kepada lelaki dan perempuan tanpa batasan, ucapan yang dimurkai Allah, nyanyian dan tarian yang keji, maka hukumnya tidak harus, kerana perhimpunan atas kebatilan.

Justeru, marilah sama-sama kita mengikut dan melaksanakan Syariat Allah dengan sebaiknya. Semoga Allah redakan kita dalam menjalani kehidupan ini dan sentiasa mendapat keberkatan daripada-Nya. Amin.

Wallahua`lam. 

e fatwa
e kiblat
e tauliah
aktiviti

Bilangan Pelawat

Hari Ini : 1840

Minggu Ini : 11000

Bulan Ini : 11134

Keseluruhan : 9559841

  • Kerajaan Malaysia MAMPU JPA JAKIM JAWHAR 1 Malaysia
  • JKSM MSC IIM BPA SPA Tabung Haji