Bahasa : 
Warna Tema : 
blue green oren
Saiz Teks : 
A- A A+
  • Ucapan Ramadan 1440H/2019 PMWP
  • Welcome-BM
  • APC PMWP 2018
  • eFatwa-BM
MEDIA
MUFTI
WILAYAH
PERSEKUTUAN

 

Soalan:

Apakah hukum solat di atas kerusi yang dicuri atau dirampas (secara haram)?

 

Jawapan:

Diketahui di dalam syara’ bahawa menggunakan sesuatu yang dicuri atau dirampas adalah haram ke atas pencuri atau perampas dan juga ke atas orang lain.

Justeru, kerusi yang dicuri adalah haram bersolat menggunakannya, atau menggunakannya selain daripada solat melainkan atas sebab-sebab yang dibolehkan seperti jual beli (perpindahan milik orang kepada milik kita), sewaan (mengambil manfaat daripada sesuatu yang disewa), pemberian samada bersifat kekal atau sementara atau sebab-sebab yang lain.

 

Berdasarkan penerangan di atas, jika duduk di atas kerusi yang dicuri atau dirampas itu haram, adakah perbuatan tersebut membatalkan solat yang dilakukan dengan menggunakan kerusi tersebut?

 

Dijawab, hukum di atas dikiaskan dengan hukum seseorang yang solat di tanah atau rumah yang dirampas secara haram. Di dalam al-Majmu’, melakukan solat di tanah yang dirampas adalah haram secara ijma’ tetapi di sisi ulama’ mazhab al-Syafie, solat tersebut adalah sah. Manakala satu lagi pendapat di dalam mazhab al-Syafie, satu riwayat dalam mazhab Hanabilah, dan jumhur fuqaha’ dan ulama usul, mengatakan solat tersebut tidak sah.

 

Jika solat tersebut sah, ulama Syafieyyah berbeza pendapat dalam menentukan samada solat tersebut mendapat pahala ataupun tidak?

 

Dalam masalah ini, mereka terbahagi kepada dua:

 

  • Solat di tanah yang dirampas adalah sah serta kefardhuannya ke atas pelakunya gugur tetapi solat tersebut tidak mendapat pahala.
  • Solat tersebut sah dan mendapat pahala di atas perbuatannya itu tetapi berdosa kerana solat di tempat itu. [Lihat: al-Majmu’, 164/3]

 

Justeru, di dalam mazhab al-Syafie solat dengan menggunakan pakaian yang dirampas adalah sah sebagaimana solat di tanah atau tempat yang dirampas. [Lihat: al-Majmu’, 180/3]

 

Dalam masalah ini, kami berpendapat bahawa solat yang dilakukan dengan menggunakan kerusi yang dicuri atau dirampas adalah haram secara umumnya kerana kerusi tersebut bukan milik kita, diperolehi dengan jalan yang salah. Akan tetapi, solat tersebut adalah sah dalam keadaan perbuatan tersebut adalah berdosa jika dia mengetahuinya. Ini kerana hal ini termasuk dalam isu jihah munfakkah (sudut yang berasingan). Berdosanya menggunakan barang atau tempat yang dirampas adalah perkara yang tidak ada kaitan dengan keabsahan solat. Selain itu, jika seseorang itu jahil (tidak mengetahui) atau terlupa, bahawa kerusi itu barang curi, maka perbuatan tersebut adalah tidak berdosa.

 

Semoga Allah SWT memberi kita kekuatan dan kesihatan yang baik agar kita dapat melaksanakan dan menunaikan solat dengan sempurna. Amin.

 

Wallahua’lam

e fatwa
e kiblat

Bilangan Pelawat

Hari Ini : 78

Minggu Ini : 4229

Bulan Ini : 21732

Keseluruhan : 10131442

  • Kerajaan Malaysia MAMPU JPA JAKIM JAWHAR
  • JKSM MSC IIM BPA SPA Tabung Haji