Bahasa : 
Warna Tema : 
blue green oren
Saiz Teks : 
A- A A+
  • Welcome-BM
  • eFatwa-BM
  • Gerhana
MEDIA
MUFTI
WILAYAH
PERSEKUTUAN

Soalan: saya mangsa penganiayaan suami, sekarang hidup dengan anak-anak tanpa pembelaan suami. Cuma sekarang saya lebih tenang meskipun tanpa duit. Bagaimanakah cara untuk mendapat limpahan rahmat Allah?

Jawapan: Pertama sekali kami nyatakan sokongan kami kepada puan yang menjadi mangsa aniaya. Kami syorkan jika kezaliman yang dilakukan itu bersifat fizikal dan mencederakan, hendaklah dilaporkan kepada pihak polis untuk tindakan segera.

Manakala jika penganiayaan itu bersifat mental dan pengabaian nafkah zahir, maka pilihan itu di tangan puan. Puan boleh meminta khulu’, cerai ta’liq dan fasakh daripada Mahkamah Rendah Syariah. Mereka boleh menolong termasuklah menyambungkan ke Biro Bantuan Guaman Syariah.

Puan juga boleh terus bertahan dengan rumah tangga sedia ada dan terus bersabar untuk mendapatkan ganjaran daripada Allah untuk orang yang bersabar.

Limpahan rahmat Allah boleh diperolehi dengan banyak cara. Antaranya dengan berhenti melakukan sebarang maksiat, sama ada zahir atau batin, kecil atau besar. Ini kerana banyak kesusahan datang kerana selalu melakukan dosa seperti meninggalkan solat, mengumpat, dan mengadu-domba. Rahmat juga boleh diperolehi dengan mendalami ilmu agama supaya sempurna kefahaman kita untuk beramal. Ini akan menjadikan amalan kita diterima Allah kerana amalan yang tidak berdasarkan ilmu akan merosakkan amal seterusnya ditolak oleh Allah.

Untuk peluang-peluang pekerjaan bagi ibu tunggal dan sebagainya, puan boleh menghubungi pihal Baitulmal MAIWP untuk skim bantuan zakat dan pemberdayaan khas untuk ibu tunggal. InsyaAllah mereka akan membantu sebaik mungkin.

e fatwa
e kiblat
e tauliah
aktiviti

Bilangan Pelawat

Hari Ini : 2514

Minggu Ini : 16072

Bulan Ini : 16206

Keseluruhan : 9564913

  • Kerajaan Malaysia MAMPU JPA JAKIM JAWHAR 1 Malaysia
  • JKSM MSC IIM BPA SPA Tabung Haji