Bahasa : 
Warna Tema : 
blue green oren
Saiz Teks : 
A- A A+
  • Welcome-BM
  • eFatwa-BM
MEDIA
MUFTI
WILAYAH
PERSEKUTUAN

Soalan: Saya menerima rawatan di hospital dan saya dipasangkan jarum di atas tapak tangan saya untuk dimasukkan drip air dan ubat. Saya juga dipasangkan pelekat sokongan bagi jarum itu. Bagaimanakah wuduk saya? Adakah saya boleh menyapu sahaja air di atas pelekat sokongan itu?

Jawapan: Saudara perlu menilik kepada keadaan tempat yang ditampal. Jika boleh dicabut dan tidak mendatangkan mudarat, maka hendaklah dicabut dan mengambil wuduk seperti biasa. Jika sebaliknya yakni mendatangkan kesakitan dan lebih parah maka bolehlah disapu air di atas pelekat itu seperti hukum sapuan atas jabirah (balutan luka) dan bertayammum sebagai ganti wuduk anggota luka.

Disyaratkan hendaklah ketika memasang jabirah itu:

  1. Orang yang terbabit berada dalam keadaan taharah. Yakni sudah mengambil wuduk sebelum itu. Ini diqiyaskan dengan hukum sapuan di atas khuf (stokin/kasut kulit). Jika jabirah dipasang bukan dalam keadaan taharah dengan air maka hendaklah tetap melakukan solat fardu, tetapi tidak boleh menjadi imam dan solat itu hendaklah diqadha'kan setelah sudah sembuh atau tidak memerlukan jabirah.
  2. Solat juga diqadha'kan, jika tampalan jarum pada bahagian yang sihat secara berlebihan, tidak hanya sebagai istimsak (sokongan bagi bahagian yang sakit).
  3. Begitu juga jika sakit itu pada anggota tayammum yakni muka dan tangan sehingga ke siku.

Ini yang muktamad dalam mazhab al-Syafie.

Bagaimana un, mengikut mazhab Maliki, Hanafiah, Hanabilah dan pendapat syaz dalam mazhab Syafie seperti kata Imam Nawawi, jabirah tidak semestinya dipasang ketika taharah untuk mendapatkan rukhsah tidak perlu diqadha’kan kerana ianya sangat susah secara realiti.

Rujuk al-Mausu’ah al-Fiqhiyyah al-Kuwaitiyyah (15/108-109)

 

Justeru, jika di sana terdapat masyaqqah (kesukaran dan kepayahan) bagi pesakit, da ia berlangsung secara lama bolehlah bertaqlid kepada mazhab Malik dalam hal ini. Ini juga merupakan pendapat yang dipilih oleh Prof. Dr. Yusuf al-Qaradhawi dalam Fiqh al-Mu`asirah (1/194). Bahkan menurut sebahagian ulama tidak perlu juga untuk melakukan tayammum sebagai ganti tempat wuduk yang tidak dibasuh.

Kami berpendapat jika hanya rawatan biasa yang memerlukan memasang jarum dan tampalan penguatnya pada anggota wuduk hanya beberapa jam, atau beberapa hari, bolehlah disapu air dan dilakukan tayammum, dilaksanakan solat fardu, dan diqadakan apabila sudah sembuh jika ditampal pada bukan pada waktu taharah. Namun jika rawatannya mengambil masa yang lama, dan mendatangkan kesukaran kepada pesakit, bolehlah bertaqlid kepada mazhab lain dengan hanya menyapu air atas balutan, tanpa perlu melakukan tayammum, dan tidak perlu diqadha’. Mereka berdalil zahir riwayat yang mauquf pada Ibn Umar R.anhuma yang disebut oleh Imam al-Baihaqi dan dinaqalkan juga oleh Imam al-Nawawi dalam al-Majmu’ (2/324-325) :

أَنَّ ابْنَ عُمَرَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا تَوَضَّأَ وَكَفُّهُ مَعْصُوبَةٌ فَمَسَحَ عَلَيْهَا وَعَلَى الْعِصَابَةِ وَغَسَلَ مَا سِوَى ذَلِكَ

Maksudnya : Sesungguhnya Ibn Umar R.anhuma berwudhuk dan tangannya dalam keadaan berbalut, lalu dia menyapu (air) ke atas tangannya serta ke atas balutan, serta membasuh yang selainnya.

Berkata Imam al-Baihaqi: “Dan riwayat ini sahih daripada Ibn Umar.”

Wallahua'lam

 

e fatwa
e kiblat
e tauliah
aktiviti

Bilangan Pelawat

Hari Ini : 658

Minggu Ini : 3722

Bulan Ini : 3856

Keseluruhan : 9552563

  • Kerajaan Malaysia MAMPU JPA JAKIM JAWHAR 1 Malaysia
  • JKSM MSC IIM BPA SPA Tabung Haji