Bahasa : 
Warna Tema : 
blue green oren
Saiz Teks : 
A- A A+
  • Welcome-BM
  • eFatwa-BM
  • Gerhana
MEDIA
MUFTI
WILAYAH
PERSEKUTUAN

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga Baginda SAW, sahabat Baginda SAW serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah baginda SAW.

Hadis ini diriwayatkan oleh Abu Hurairah RA, bahawa Nabi SAW bersabda :

إن للهِ تسعةً وتسعين اسمًا ، مائةً إلا واحدًا ، مَن أحصاها دخلَ الجنةَ

Maksudnya: “Sesungguhnya bagi Allah SWT sembilan puluh sembilan nama, seratus kecuali satu, barangsiapa yang menghafalnya akan masuk syurga”.

Hadis riwayat Imam al-Bukhari (6410) dalam Sahih al-Bukhari, dalam Kitab Doa-Doa, Bab Allah Mempunyai 100 Nama Kecuali 1.

 

Makna al-Hadis

Di dalam hadis ini, Allah SWT memberitahu dan mengajar kepada hamba-hambanya akan nama-nama-Nya yang mulia. Kita sebagai seorang muslim yang beriman, wajib mempercayai dan beriman bahawa Allah SWT bersifat dengan segala sifat-sifat kesempurnaan dan jauh daripada segala sifat kekurangan. Ini merupakan perkara atau rukun asas di dalam aqidah atau tauhid. Nama-nama atau sifat-sifat Allah SWT ini disebut di dalam kalam-Nya iaitu al-Quran atau disampaikan dan diajar oleh Rasulullah SAW di dalam hadis-hadisnya. Para bersepakat menyatakan bahawa nama-nama dan sifat-sifat Allah SWT tidak terhad kepada 99 nama sahaja bahkan ia melebihi daripada angka tersebut.

 

Makna “من أحصاها” menurut tafsiran para ulama’

Di dalam memahami lafaz ini, para ulama’ telah berselisih pendapat dalam menentukan makna yang dimaksudkan dengan lafaz ini. Antaranya yang dikemukan oleh al-Khattabi di dalam kitab ‘Umdah al-Qari :

  • Kita sepatutnya memuji Allah SWT dengan semua nama-nama atau sifat-sifat-Nya tanpa menghadkan nama dan sifat tersebut.

 

  • Sesiapa yang mampu mendirikan hak-hak tersebut dan dalam masa yang sama beramal dengannya. Dengan makna lain, kita mengambil iktibar daripada makna nama-nama dan sifat-sifat Allah dan meletakkannya di dalam diri kita.

 

  • Sesiapa yang sentiasa berfikir dengan makna nama-nama dan sifat-sifat Allah.

 

  • Sesiapa yang menghafal, berfikir akan makna-maknanya seterusnya beramal dengannya.

 

  • Ibn al-Jauzi berpendapat yang dimaksud dengan lafaz tersebut ialah sesiapa yang membaca al-Quran sehingga tamat dan memahami akan isi kandungan keseluruhannya kerana di dalamnya terletak semua nama-nama dan sifat-sifat Allah SWT.

 

Tarjih

Berdasarkan pendapat-pendapat ulama’ dalam memahami lafaz ini, kami lebih cenderung untuk mengatakan bahawa yang dimaksudkan dengan lafaz “من أحصاها” adalah dengan bertadabbur dan melihat kepada makna-makna dan dalam masa yang sama kita menghafalnya.

 

Fiqh al-Hadis

Melihat kepada teks dan makna hadis, berikut adalah beberapa pengajaran yang boleh diambil daripada hadis ini :

  • Beriman dengan nama-nama dan sifat-sifat Allah SWT adalah salah rukun dan asas di dalam aqidah atau tauhid. Sesiapa yang tidak mempercayai atau berimannya akan terkeluar daripada agama Islam.

 

  • Kita hendaklah sentiasa melazimi al-Qur’an di dalam kehidupan seharian kita. Ini kerana, di dalamnya terkandung segala nama-nama dan sifat-sifat Allah SWT yang terpuji.

 

  • Penghayatan dan makrifah serta meyakini akan nama-nama Allah SWT yang bersifat dengan segala sifat kesempurnaan amat penting dalam kehidupan seharian kita. Hal ini, akan memberi banyak kelebihan kepada diri kita untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT dan beriman kepada-Nya.

 

  • Memahami dan beramal dengan nama-nama Allah SWT serta sifat-sifat-Nya dapat memasukkan kita ke dalam syurga.

 

  • Kita mestilah sentiasa berdoa kepada Allah SWT dengan menyebut nama-nama-Nya sebagaimana yang diperintahkan Allh SWT kepada hambanya, berdasarkan firman Allah SWT :

 

وَلِلَّـهِ الْأَسْمَاءُ الْحُسْنَىٰ فَادْعُوهُ بِهَا ۖ

Maksudnya : “Dan Allah mempunyai nama-nama yang baik (yang mulia), maka serulah (dan berdoalah) kepadaNya dengan menyebut nama-nama itu”.

(Surah al-A’raf, 7:180)

 

Akhirnya, semoga Allah SWT memlihara iman kita, seterusnya menggolongkan kita dalam kalangan orang yang beriman dan memasukkan kita ke dalam syurga-Nya kelak. Amin.

Wallahua`lam.

e fatwa
e kiblat
e tauliah
aktiviti

Bilangan Pelawat

Hari Ini : 1839

Minggu Ini : 10999

Bulan Ini : 11133

Keseluruhan : 9559840

  • Kerajaan Malaysia MAMPU JPA JAKIM JAWHAR 1 Malaysia
  • JKSM MSC IIM BPA SPA Tabung Haji