Bahasa : 
Warna Tema : 
blue green oren
Saiz Teks : 
A- A A+
  • Welcome-BM
  • eFatwa-BM
  • Gerhana
MEDIA
MUFTI
WILAYAH
PERSEKUTUAN

AL-KAFI LI AL-FATAWI : SOALAN 403 ( 13 OKTOBER 2016 M / 12 MUHARRAM 1437 H)

SOALAN:

Salam. Adalah org yg sakit ustaz boleh jamak dan qasar?

JAWAPAN:

Waalaikumussalam wbt,

Pendapat muktamad dalam mazhab al-Syafie bahawa tidak boleh dijamakkan solat kerana sakit. Namun begitu, Imam Ahmad bin Hanbal membenarkannya, dan ini dipersetujui oleh sebahagian ulama Syafieyyah. Imam Nawawi berkata pendapat ini kuat dalilnya. Rujuk Syarah Sahih Muslim (5/213). Justeru, kami berpendapat boleh dijamakkan solat kerana ditimpa sakit yang mendatangkan kesusahan dan kesakitan jika melibatkan banyak pergerakan dan kesukaran untuk menjaga hadas kecil. Walaupun begitu, takdir (kadar) sakit berat dan sakit itu juga perlu kepada nasihat dan rujukan daripada doktor pakar.

Wallahua’lam.

e fatwa
e kiblat
e tauliah
aktiviti

Bilangan Pelawat

Hari Ini : 1835

Minggu Ini : 10995

Bulan Ini : 11129

Keseluruhan : 9559836

  • Kerajaan Malaysia MAMPU JPA JAKIM JAWHAR 1 Malaysia
  • JKSM MSC IIM BPA SPA Tabung Haji