Bahasa : 
Warna Tema : 
blue green oren
Saiz Teks : 
A- A A+
  • Welcome-BM
  • eFatwa-BM
  • Gerhana
MEDIA
MUFTI
WILAYAH
PERSEKUTUAN

AL-KAFI LI AL-FATAWI : SOALAN 402 ( 12 OKTOBER 2016 M / 11 MUHARRAM 1438 H)

SOALAN:

Assalamualaikum. Saya ada mendengar ceramah yang mengatakan berdehem di dalam solat itu membatalkan solat? Betulkah? terima kasih.

JAWAPAN:

Waalaikumussalam wbt,

Dalam mazhab al-Syafie, berdehem itu perlu diperhatikan. Boleh jadi membatalkan solat dan boleh jadi tidak. Jika dengan berdehem itu nyata sebutan dua huruf, sama ada memiliki makna atau tidak, atau satu huruf tetapi memiliki makna seperti "قِ" yang bermaksud peliharalah, maka batallah solatnya. Adapun jika tidak jelas sebutan dua hurufnya, maka tidak batal. Begitu juga dikiaskan dengan ketawa, menangis, mengaduh, dan menghembus dengan mulut atau hidung.
Rujuk al-Mu’tamad (1/224-225); Sabil al-Muhtadin (2/233)

Wallahua’lam.

e fatwa
e kiblat
e tauliah
aktiviti

Bilangan Pelawat

Hari Ini : 1781

Minggu Ini : 10941

Bulan Ini : 11075

Keseluruhan : 9559782

  • Kerajaan Malaysia MAMPU JPA JAKIM JAWHAR 1 Malaysia
  • JKSM MSC IIM BPA SPA Tabung Haji