Bahasa : 
Warna Tema : 
blue green oren
Saiz Teks : 
A- A A+
  • Welcome-BM
  • eFatwa-BM
  • Gerhana
MEDIA
MUFTI
WILAYAH
PERSEKUTUAN

AL-KAFI LI AL-FATAWI : SOALAN 358 (11 OGOS 2016 M / 8 ZULKAEDAH 1437 H)

 

SOALAN:

Jika seorang suami isteri sedang dalam perjalanan ke Mekah untuk menunaikan haji atau umrah, sedang dalam perjalanan, contohnya si suami meninggal sejurus sahaja kapal terbang mendarat di Jeddah, adakah si isteri boleh meneruskan ibadah haji/umrah, memandangkan si isteri baru sahaja bermula iddahnya.

 

JAWAPAN:

Perkara ini khilaf dalam kalangan ulama. Imam al-Nawawi rahimahullah telah menghuraikan isu ini dengan panjang lebar dalam kitab al-Idhah. Asasnya, seseorang wanita yang menjalani iddah tidak boleh melaksanakan haji kerana itu memerlukan dia keluar daripada rumahnya. Namun begitu, dalam kes seperti ini, kami cenderung kepada pendapat yang menyatakan boleh melaksanakan haji kerana dia sudah sampai di Tanah Haram. Keduanya, masyaqqah (kesukaran) yang dia mungkin alami lebih besar jika dia pulang dalam situasi tersebut. Ketiga, terjadi kes seperti ini pada zaman sahabat dan terdapat kemungkinan besar isteri dan keluarga sahabat tersebut meneruskan manasik haji tanpa pulang terlebih dahulu. Meneruskan ibadat haji seperti yang biasa berlaku bagi jemaah di bawah seliaan Tabung Haji adalah pilihan terbaik untuk menyelesaikan isu ini.
Kami berdoa semoga Allah kurniakan haji yang mabrur.

e fatwa
e kiblat
e tauliah
aktiviti

Bilangan Pelawat

Hari Ini : 1784

Minggu Ini : 10944

Bulan Ini : 11078

Keseluruhan : 9559785

  • Kerajaan Malaysia MAMPU JPA JAKIM JAWHAR 1 Malaysia
  • JKSM MSC IIM BPA SPA Tabung Haji