Bahasa : 
Warna Tema : 
blue green oren
Saiz Teks : 
A- A A+
  • Welcome-BM
  • eFatwa-BM
MEDIA
MUFTI
WILAYAH
PERSEKUTUAN

 

Soalan :

Apakah tugas-tugas seorang ahli hadis?

 

Jawapan :

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga baginda SAW, sahabat baginda SAW serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah baginda SAW.

Sebelum kami menjawab pertanyaan di atas, suka untuk kami nyatakan terlebih dahulu apakah yang dimaksudkan dengan ahli hadis. Para ulama’ telah memberikan definisi yang berbeza berkaitan maksud ahli hadis. Antaranya ialah:

  • Telah berkata Khatib al-Baghdadi: “Di dalam ahli hadis terdapat orang alim, faqih (ahli feqah), khatib, pendakwah yang menyeru kepada kebaikan dan mencegah perkara yang mungkar. Allah SWT jadikan mereka sebagai tiang atau rukun di dalam syariat, pemusnah kepada perkara bid’ah yang direka, mereka merupakan wakil-wakil Allah dalam mentadbir alam ini, mereka juga menjadi perantara antara Nabi SAW dan umatnya serta mereka ini adalah mujtahid (orang yang bersungguh-sungguh) menjaga agama ini...”. [Syaraf Ashab al-Hadis, 4]
  • Telah berkata Ibn Taimiyyah: “Ahli hadis ialah satu kumpulan yang berjaya, mereka ini adalah pengikut kepada sunnah Rasulullah SAW dan mereka tidak melampau (ta’assub) dalam mengikut tokoh tertentu melainkan mereka ini bersungguh-sungguh dalam mengikut petunjuk Nabi SAW”. [Majmu’ al-Fatawa, 3:347]

Berdasarkan definisi-definsi ini, ahli hadis yang dimaksudkan di dalam penulisan ini ialah mereka yang mahir dalam setiap cabang ilmu hadis (المحدثون) dan sentiasa sibuk berkhidmat dan bekerja dengan hadis Rasulullah SAW (المشتغلون) seperti menyemak status hadis, mengtakhrijkan hadis-hadis dan lain-lain lagi.

Perbahasan ilmu hadis hanya berkisar pada masalah sanad dan matan sejak dahulu hingga ke zaman ini. Ini kerana, setiap topik yang dibahaskan tidak akan keluar daripada dua perkara ini iaitu sanad dan matan.

Antara tugas utama ahli hadis ialah mengenalpasti akan kesahihan sanad atau matan dan juga kesahihan penisbahan sesuatu hadis itu kepada perawi yang dinisbahkan itu. Tambahan pula, tidak semestinya dan bukan menjadi tugas atau tanggungjawab seorang ahli hadis itu untuk mengistinbhat (mengeluarkan) hukum-hukum yang berada di dalam matan atau teks hadis. Ini kerana, tugas ini adalah tugas seorang ahli feqah iaitu mengeluarkan hukum-hukum yang terdapat di dalam hadis. Walaubagaimanapun, tidak dinafikan bahawa seorang ahli hadis itu merupakan seorang hali feqah dalam masa yang sama. Contohnya seperti Imam al-Bukhari, Imam al-Nawawi dan ramai lagi. Secara umumnya, tugas seorang ahli hadis ini dapat dibahagikan kepada dua bahagian, iaitu:

  • Tugas yang berkaitan dengan sanad hadis.

Seorang ahli hadis itu perlu melihat kepada setiap perawi yang ada di dalam sanad seperti kesahihan bahawa kedua perawi saling bertemu dan berlak periwayatan antara mereka berdua. Selain itu juga, seorang ahli hadis perlu melihat kepada sifat atau sikap setiap perawi, adakah mereka ini boleh diterima riwayatnya atau ditolak disebabkan beberapa faktor antaranya perawi ini seorang pendusta.

  • Tugas yang berkaitan dengan matan hadis.

Seorang ahli hadis perlu terhadapa kesahihan matan atau teks yang diungkapkan oleh setiap daripada perawi. Adakah matan atau teks ini diungkapkan oleh setiap daripada seorang perawi sampailah kepada Rasulullah SAW. Ini kerana, kadang-kadang berlaku penambahan terhadap lafaz (matan) atau syak daripada perawi itu sendiri. Maka daripada sinilah, perlunya seorang ahli hadis itu memastikan akan kesahihan matan tersebut agar tidak berlaku sebarang pendustaan terhadap Nabi SAW.

 

Penutup

Setelah mengetahui akan tugas dan tanggungjawab seorang ahli hadis, maka kami melihat bahawa tugas ini bukanlah satu tugas yang mudah dan ia memerlukan ketelitian dan kesabaran yang tinggi. Ini kerana, ia melibatkan sesuatu yang di sandarkan kepada Rasulullah SAW samada melalui kata-kata, perbuatan, ikrar dan sifat Rasulullah SAW. Tambahan pula, hadis atau sunnah merupakan sumber yang kedua di dalam agama Islam selepas daripada al-Qur’an.

Akhirnya kami tutupi penulisan ini dengan kata-kata daripada Imam al-Syafie RA :

عَلَيْكُمْ بِأَصْحَابِ الحَدِيْثِ فَإِنَّهُمْ أَكْثَر النَاس صَوَابًا

Maksudnya: “Hendaklah kamu bersama dengan ahli hadis, sesungguhnya kebanyankan daripada mereka adalah orang hampir dengan kebenaran”.

 

Semoga Allah SWT sentiasa memberi kita pertunjuk dan taufik agar sentiasa berada di jalan yang benar serta digolongkan dalam kalangan orang-orang yang sentiasa bersama dengan sunnah Rasulullah SAW. Amin.

e fatwa
e kiblat
e tauliah
aktiviti

Bilangan Pelawat

Hari Ini : 655

Minggu Ini : 3719

Bulan Ini : 3853

Keseluruhan : 9552560

  • Kerajaan Malaysia MAMPU JPA JAKIM JAWHAR 1 Malaysia
  • JKSM MSC IIM BPA SPA Tabung Haji