Bahasa : 
Warna Tema : 
blue green oren
Saiz Teks : 
A- A A+
MEDIA
MUFTI
WILAYAH
PERSEKUTUAN

Soalan: Bolehkah letak nama anak dengan nama “Al-Faruq”? Ada orang kata maksudnya terlalu gah, tidak sesuai sebagai nama anak dan bunyinya kasar.

Jawapan:

Hukumnya adalah dibolehkan. Al-Faruq bermaksud pembeza antara kebenaran dan kebatilan. Ia adalah gelaran bagi Saidina Umar al-Khattab, gelaran yang baik dan tidak menjadi kesalahan menamakan anak dengannya.

Dalam hal meletakkan nama ini, hendaklah diberi perhatian sebagaimana yang dinyatakan oleh Imam al-Nawawi dalam al-Majmu’, 8/ 325-329.

 

  1. Disunatkan memberi nama-nama yang elok dan baik.
  2. Nama yang paling baik/paling elok ialah Abdullah dan Abd al-Rahman.

عن ابن عمر قال : قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : إن أحب أسمائكم إلى الله عبد الله وعبد الرحمن

Dari Ibnu ‘Umar ia berkata : Telah bersabda Rasulullah SAW : “Sesungguhnya nama yang paling dicintai oleh Allah adalah ‘Abdullah dan ‘Abdurrahman”

[Riwayat Muslim no. 2132; Abu Daud no. 4949, Al-Tirmizi no. 2833; Al-Hakim no. 7719; al-Baihaqi dalam al-Kubra 9/309, dan yang lainnya].

  1. Harus memberi nama sempena nama para Nabi seperti Ibrahim, Hud, Soleh, Muhammad dan sebagainya.
  2. Menurut mazhab Syafi’ie, harus memberi nama dengan nama-nama Malaikat. Namun demikian, sebahagian ulama’ memakruhkannya. Berkata Qadhi ‘Iyadh; “Telah memakruhkan sebahagian ulama’ memberi nama dengan nama-nama Malaikat dan ia adalah pandangan al-Harith bin Miskin. Imam Malik memakruhkan memberi nama dengan Jibril dan Ya-sin”.[Lihat Syarh al-Nawawi ‘ala Muslim]
  3. Dimakruhkan memberi nama dengan nama-nama yang buruk dan nama-nama yang menafikan adat/kebiasaan seseorang. Menurut Imam al-Nawawi, faktor dimakruhkan nama-nama tersebut (dalam hadis) ialah; buruknya jawapan dan juga nama-nama tersebut ada kemungkinan menjatuhkan sebahagian orang ke dalam suatu bentuk perbuatan menilik nasib. [Lihat Syarh al-Nawawi ‘ala Muslim]. Contohnya, apabila ditanya; “Adakah di sana ada Rabah (untung)? Lalu dijawab; ‘Ada’. Apabila orang yang suka menilik nasib dengan suatu keadaan atau kejadian mendengar jawapan ini, maka dia akan membuat andaian bahawa hari tersebut adalah hari yang membawa keuntungan.
  4. Diharamkan memberi nama dengan nama “Malikul-Amlak” yang bermaksud; ‘Raja bagi segala raja’.
  5. Hendaklah dijauhi dari nama-nama yang menunjukkan pengabdian/penghambaan kepada selain Allah seperti Abdul-Kaabah (Hamba Kaabah), Abdun-Nabi (Hamba Nabi), Abdul-‘Uzza (Hamba Tuhan ‘Uzza) dan sebagainya. Menurut Syeikh Abdullah Nasih ‘Ulwan; memberi nama dengan nama-nama ini hukumnya adalah haram dengan sepakat para ulama’. (Lihat Tarbiyatul-Aulad, 1/ 87)
  6. Begitu juga, hendaklah dijauhi dari memberi nama dengan nama-nama yang menggambarkan hilang/leburnya jati-diri (sebagai seorang Muslim), meniru-niru (nama orang bukan Islam) dan nama-nama yang menzahirkan cinta-berahi.
  7. Disunatkan mengubah nama yang buruk atau yang tidak baik.

Sebagai tambahan, tidak digalakkan memberi nama yang panjang sehingga menyukarkan untuk disebut dan nama yang diubahsuai sehingga menghilangkan makna disebalik nama.

 

e fatwa
e kiblat
e tauliah

Bilangan Pelawat

Hari Ini : 173

Minggu Ini : 3975

Bulan Ini : 13423

Keseluruhan : 9859840

  • Kerajaan Malaysia MAMPU JPA JAKIM JAWHAR 1 Malaysia
  • JKSM MSC IIM BPA SPA Tabung Haji