Bahasa : 
Warna Tema : 
blue green oren
Saiz Teks : 
A- A A+
  • Welcome-BM
  • eFatwa-BM
  • Gerhana
MEDIA
MUFTI
WILAYAH
PERSEKUTUAN

Soalan:

Semakin banyak pengeluar produk dan pasukan sukan yang menyokong agenda menyemarakkan budaya LGBT, apakah tindakan yang elok dilakukan oleh umat Islam?

Jawapan:

Menjadi kewajipan bagi umat Islam untuk mendalami isu tentang LGBTQ (Lesbian, gay, bisexual, transgender, and queer individual/identities) sehingga jelas hakikat dan pandangan alam tentang perkara ini. Ini termasuklah penyelidikan daripada aspek bahasa, epistemologi, ontologi, fisiologi, agama, dan sains mental dan kesihatan, dan sebagainya. Kaedah usul ada menyatakan:

الحُكْمُ عَلَى الشَّيْءِ فَرْعٌ عن تَصَوُّرِهِ

Maksudnya: Hukum tentang suatu perkara dibina atas tasawur (pandangan keseluruhan) tentang perkara itu.

Apabila sudah faham, barulah umat Islam boleh mengeluarkan suatu pendapat bagi isu ini, berhujah dengan debat dan merangka polisi penyelesaian dalam isu ini. Sebahagian usaha penerangan ini telah dilakukan oleh pihak JAKIM ialah:

  1. Penerbitan buku dan e-book “Hadis-Hadis Sahih Berkaitan Perlakuan LGBT”. Rujukan : https://goo.gl/hhe7hZ
  2. Penerbitan buku dan e-book “Hadith Sahih on Behaviour of LGBT”. Rujukan : https://goo.gl/k5X5Ey 
  3. Penerbitan buku dan e-book “Manual Islam dan Mak Nyah”. Rujukan : https://goo.gl/bfBG7i 
  4. Video Penerangan. Rujukan: https://goo.gl/0Q0Fha, https://goo.gl/ok82Pu

Dengan mengambil sikap yang matang dan praktikal, budaya buruk akibat fenomena LGBT dapat dikekang melalui kefahaman yang sahih dan betul, manakala golongan yang ditimpa ujian dengan orientasi seksual yang berbeza boleh dibimbing dan diselamatkan daripada terpengaruh dengan budaya liberal agama yang merosak.

Kami menaqalkan di sini pesanan Imam al-Ghazzali kepada para ibu bapa:

“Kanak-kanak itu adalah amanah bagi ibu bapanya. Hati nuraninya bersih bak permata yang bernilai. Jika dibiasakan dengan kebaikan dan diajar nescaya dia besar dan bahagia di dunia dan akhirat. Sebaliknya jika dibiasakan dengan kejahatan serta diabaikan seperti pengabaian binatang ternakan, nescaya dia akan binasa dan celaka. Justeru, hendaklah anak itu dipelihara dengan mendidiknya dan mengajarnya nilai-nilai akhlak sedari kecil lagi.”

Pesanan ini amat benar agar tidak terpesong dan terbabas daripada sebuah perjalanan hidup yang sebenarnya.

Semoga Allah Taala memberikan kita kefahaman dan ilmu dalam berdepan dengan dunia yang semakin mencabar.

e fatwa
e kiblat
e tauliah
aktiviti

Bilangan Pelawat

Hari Ini : 2491

Minggu Ini : 16049

Bulan Ini : 16183

Keseluruhan : 9564890

  • Kerajaan Malaysia MAMPU JPA JAKIM JAWHAR 1 Malaysia
  • JKSM MSC IIM BPA SPA Tabung Haji