Bahasa : 
Warna Tema : 
blue green oren
Saiz Teks : 
A- A A+
FAQ
  • Welcome-BM
  • eFatwa-BM
MEDIA
MUFTI
WILAYAH
PERSEKUTUAN
×

Amaran

PenggunaJ: :_load: Tidak dapat memuatkan pengguna dengan ID: 86

AL-KAFI LI AL-FATAWI : SOALAN 347 (3 OGOS 2016 M / 29 SYAWAL 1437 H)

SOALAN:

Assalamualaikum Mufti

Abang saya telah meninggal dunia, semasa di hari tersebut ramai orang yg ziarah jenazah dan hulurkan bantuan seperti duit. Selepas itu, duit2 tersebut saya bayar untuk urusan pengebumian dan sebagainya. soalan saya adakah baki duit tadi saya atau adik saya boleh gunakan untuk perbelanjaan harian atau baki duit tadi perlu dikumpulkan kesemuanya untuk di faraidkan? Kerana arwah abang saya masih bujang dan ibu bapa kami juga sudah tiada, minta penjelasan Datuk Mufti berkaitan perkara tersebut, tkasih.

 

JAWAPAN:

Waalaikumussalam wbt,

Kami lihat isu ini termasuk dalam perkara yang disebut dalam kaedah:

الأُمُورُ بِمَقَاصِدِهَا
Maksudnya: Sesuatu perkara itu bergantung kepada niat atau tujuannya.

Di sini juga ia berkaitan dengan adat sebagai sumber hukum kebiasaan dengan tolong menolong dalam urusan pengebumian si mati dan juga bantuan kepada keluarga yang hidup. Ini bolehlah dilaksanakan mengikut adat dan uruf.
Dalam erti kata lain, jika adat setempat merujuk bantuan itu juga boleh dimanfaatkan oleh keluarga, maka bolehlah digunakan oleh mereka.

Wallahua’lam.

e fatwa
e kiblat

Bilangan Pelawat

Hari Ini : 204

Minggu Ini : 5559

Bulan Ini : 15534

Keseluruhan : 10269778

  • Kerajaan Malaysia MAMPU JPA JAKIM JAWHAR
  • JKSM MSC IIM BPA SPA Tabung Haji