Bahasa : 
Warna Tema : 
blue green oren
Saiz Teks : 
A- A A+
OBJEKTIF
Memberikan penjelasan dan kefahaman mengenai fatwa dan hukum syarak kepada masyarakat;
Mengawal pengajaran dan pembelajaran agama Islam mengikut undang-undang yang dikuatkuasakan;
Memberi perkhidmatan dan panduan kepada umat Islam dalam pelaksanaan ibadat; dan

Menghidupkan budaya ilmu dan kefahaman Islam serta menyebarluaskan melalui media cetak dan elektronik.

Menyampaikan kefahaman yang jelas berkaitan akidah Ahli Sunnah wal Jamaah dan memulihkan kefahaman yang menyimpang daripadanya.

FUNGSI
Membantu dan menasihati Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong dan Kerajaan Persekutuan berkaitan dengan hukum syarak.

Mengkaji dan mengeluarkan fatwa terhadap isu yang memerlukan penjelasan hukum syarak.

Mengeluarkan tauliah mengajar agama Islam di Wilayah Persekutuan.

Memberi khidmat nasihat dan perkhidmatan dalam hal-hal berkaitan akidah, syariah dan akhlak.

Menjalankan penyelidikan dalam pembangunan fatwa.

Memberi panduan dan perkhidmatan dalam hal ehwal falak merangkumi penetapan arah kiblat, takwim, waktu solat dan cerapan.

Membangun, mengurus dan memajukan sistem penyampaian maklumat berkaitan hukum syarak secara berkesan kepada masyarakat.