Bahasa : 
Warna Tema : 
blue green oren
Saiz Teks : 
A- A A+

PIAGAM PELANGGAN PEJABAT MUFTI WILAYAH PERSEKUTUAN

PEJABAT MUFTI WILAYAH PERSEKUTUAN DENGAN INI BERJANJI AKAN MELAKSANAKAN AMANAH DAN TANGGUNGJAWAB DENGAN MEMAINKAN PERANAN SEBAGAI PENERAJU DALAM PENGURUSAN FATWA BERTARAF DUNIA YANG EFISYEN, PROFESIONAL DAN DIYAKINI. DENGAN INI KAMI BERSEDIA:

  1. Menjawab pertanyaan dan aduan pelanggan mengenai persoalan hukum syarak :
    • Tidak perlu rujukan dan penyelidikan : 1 hari bekerja
    • Perlu rujukan namun tidak memerlukan penyelidikan : 14 hari bekerja
    • Perlu rujukan dan penyelidikan : 30 hari bekerja
  2. Memberikan fatwa yang diminta oleh pihak Kerajaan dan masyarakat di Wilayah Persekutuan dalam tempoh 30 hari bekerja;
  3. Menguruskan Mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak dalam tempoh lapan (8) minggu dari arahan Mufti Wilayah Persekutuan
  4. Mengeluarkan Kad Tauliah Mengajar dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja selepas Mesyuarat Pengawasan Pengajaran Agama Islam Wilayah Persekutuan
  5. Membekalkan takwim tahunan sebelum 15 Disember tahun semasa
  6. Mengeluarkan Surat Pengesahan Arah Kiblat dalam tempoh dua (2) minggu dari tarikh pengukuran arah kiblat.
  7. Menerbitkan bahan penerbitan berkaitan fatwa dan penjelasan hukum secara berkala:
    • Tiga (3) bahan terbitan ilmiah setahun.
    • Sepuluh (10) risalah edaran setahun.
  8. Memberi maklum balas aduan / cadangan / penghargaan dalam tempoh tiga (3) hari bekerja
  9. Membuat pembayaran dalam tempoh 14 hari bekerja
  10. Melaksanakan sesi konsultasi akidah bersama plaintif sebanyak lapan (8) atau dua belas (12) sesi berdasarkan perintah dan tempoh yang ditetapkan oleh Mahkamah Syariah.