Bahasa : 
Warna Tema : 
blue green oren
Saiz Teks : 
A- A A+

Itulah Namanya Piala Dunia FIFA 2018

Selepas tamat pusingan pertama dan memasuki pusingan kedua, sudah ada beberapa perlawanan pasukan bintang dan bertaraf juara dunia tumbang dalam pusingan kedua, bahkan dalam pusingan pertama lagi. Ini menjadikan banyak keputusan yang mengejut, di luar jangkaan dan sangkaan kita. Antara yang dapat kita simpulkan bahawa:

  • Tidak mustahil pasukan yang gah dan gergasi bola sepak akan tumbang dalam pusingan ini serta seterusnya.
  • Pasukan yang kalah pasti kecewa, sedih dan menangis. Sebenarnya semua pasukan akan menangis. Cumanya lambat atau cepat. Ini kerana pasukan yang menang adalah satu sahaja yang bergelar juara dunia FIFA 2018. Itupun mereka menangis kerana kegembiraan.
  • Banyak kali peluang yang terhidang tetapi tidak dapat menghasilkan gol. Itulah rezeki. Walaupun kita cuba, boleh jadi tidak kesampaian kerana bukan rezeki dan milik kita.
  • Pemain-pemain yang hebat dalam pasukan tidak semestinya menatijahkan keputusan yang memberangsakan. Sekalipun mereka dianggap sebagai star dan bintang utama dunia. Inilah yang terjadi kepada Argentina, Portugal dan lain-lain.
  • Kesungguhan tanpa putus asa walaupun pada minit tambahan dan terakhir kadang-kadang boleh mengubah keputusan perlawanan. Ini terjadi kepada banyak pasukan. Siapa sangka Korea Selatan yang telah dua kali kalah seterusnya menyebabkan mereka tidak layak ke pusingan seterusnya tiba-tiba bangkit mengalahkan gergasi bola sepak Eropah iaitu Jerman.
  • Bola sepak mengajar kita erti tidak boleh putus asa tetapi mencuba dengan pelbagai cubaan dan taktikal kerana dengannya sahaja ia akan menatijahkan gol dan kemenangan.
  • Banyak kali kita melihat selepas gol yang pertama, berlaku ledakan gol kedua dan ketiga sama ada daripada pihak yang sama atau pihak yang berlawanan. Ini memberi makna yang bahawa sifat bola sepak tidak boleh berasa selesa walaupun sudah memperolehi gol. Inilah yang terjadi dalam perlawanan Piala Dunia FIFA ini.
  • Bola sepak perlukan kepada skill dan seni serta perancangan yang rapi. Menyerang dan bertahan merupakan sifat bola sepak. Tetapi banyak kali terjadi gol dihasilkan melalui counter attack dan ini menunjukkan betapa sangkaan pemain itu silap sehingga pasukannya kecundang.

Semoga kemeriahan Piala Dunia FIFA 2018 ini sentiasa menjadikan kita golongan yang cuba mengambil manfaat dan faedah hasil permainan yang cantik dengan gol yang genius yang berada dalam kelas dunia. Kalaulah Korea Selatan, Jepun dan Senegal pernah tumbang di tangan Malaysia pada tahun 80-an, mengapa tidak pada masa kini?

Saya berdoa dan berharap agar pasukan bola sepak Malaysia pada 2022 nanti menjadi salah satu daripada pasukan yang bertanding di Piala Dunia. Harapannya menjadi juara Piala Dunia. Siapa tahu?