IRSYAD AL-HADITH SIRI KE 513 : KELEBIHAN BERPUASA DI BULAN RAMADHAN DI BUMI MADINAH

Dummy

Soalan: Apakah status hadith ini?

وَصِيَامُ شَهْرِ رَمَضَانَ بِالْمَدِينَةِ كَصِيَامِ أَلْفِ شَهْرٍ فِيمَا سِوَاهُ

Maksudnya: “Dan berpuasa pada bulan Ramadhan di Madinah seperti berpuasa seribu bulan di tempat selain darinya.”

Jawapan:

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga baginda SAW, sahabat baginda SAW serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah baginda SAW.

Bulan Ramadhan merupakan bulan yang kesembilan daripada bulan-bulan Islam dan terdapat banyak kelebihan yang Allah SWT sediakan di dalam bulan ini untuk hamba-hamba-Nya mencari sebanyak mungkin pahala atau melakukan ketaatan kepada-Nya. Disebabkan itu, kita sering mendengar banyak hadith-hadith yang dibacakan berkaitan kelebihan bulan Ramadhan ini. Walaupun begitu, adakah menyambut Ramadhan atau berpuasa di bulan ini di tempat yang suci seperti Makkah dan Madinah adalah berbeza dengan berpuasa di tempat-tempat yang lain. Oleh itu, Irsyad al-Hadith pada kali ini akan menjelaskan berkaitan kelebihan berpuasa di Madinah.

Kembali kepada persoalan di atas, hadith di atas ada diriwayatkan oleh Imam al-Baihaqi di dalam kitabnya Syu’ab al-Iman. Begitu juga, ia ada diriwayatkan oleh Imam al-Tabarani di dalam al-Mu’jam al-Kabir daripada riwayat Bilal bin al-Harith.

وَصِيَامُ شَهْرِ رَمَضَانَ بِالْمَدِينَةِ كَصِيَامِ أَلْفِ شَهْرٍ فِيمَا سِوَاهُ، وَصَلَاةُ الْجُمُعَةِ بِالْمَدِينَةِ كَأَلْفٍ فِيمَا سِوَاهُ

Maksudnya: “Dan berpuasa pada bulan Ramadhan di Madinah seperti berpuasa seribu bulan di tempat selain darinya. Adapun solat Jumaat di Madinah seperti seribu solat berbanding solat di tempat yang lain darinya.”[1]

رَمَضَانُ بِالْمَدِينَةِ خَيْرٌ مِنْ أَلْفِ رَمَضَانَ فِيمَا سِوَاهَا مِنَ الْبُلْدَانِ، وَجُمُعَةٌ بِالْمَدِينَةِ خَيْرٌ مِنْ أَلْفِ جُمُعَةٍ فِيمَا سِوَاهَا مِنَ الْبُلْدَانِ

Maksudnya: “Ramadhan (berpuasa) di Madinah seperti seribu bulan Ramadhan berbanding tempat selain darinya dan Jumaat di Madinah lebih baik daripada seribu Jumaat di tempat yang selain darinya.”[2]

 

Setelah kita mengetahui sumber hadith tersebut, maka suka bagi kami untuk menyatakan beberapa pandangan ahli hadith berkaitan status hadith ini, antaranya:

Melihat kepada beberapa pandangan di atas, kami cenderung untuk mengatakan bahawa hadith di atas adalah terlalu dhaif. Oleh sebab itu, kita dilarang sama sekali untuk menyandarkannya kepada Nabi SAW. Walaubagaimanapun, ia tidak menafikan kelebihan yang terdapat di kota Madinah. Ini kerana, sebahagian ulama menyatakan bahawa pahala boleh berganda mengikut masa dan tempat. Akan tetapi, semua ini memerlukan kepada dalil yang sahih lagi jelas.

Penutup

Kesimpulannya, hadith berkaitan kelebihan berpuasa di Madinah berbanding tempat-tempat lain adalah hadith yang terlalu dhaif disebabkan terdapat perawi yang dipertikaikan serta dikritik akan periwayatannya. Akhirnya, semoga Allah SWT memberikan kesempatan kepada kita untuk bertemu bulan yang mulia ini serta menjadikan Ramadhan pada kali ini adalah Ramadhan yang terbaik buat kita. Amin.

Wallahua’lam

 

[1] Riwayat Al-Baihaqi no 3852 dalam Syu’ab Al-Iman

[2] Riwayat Al-Tabarani no 1144

[3] Al-Baihaqi, Abu Bakar Ahmad Bin Husain Bin Ali, Syu’ab Al-Iman j.6 h.44

[4] Abu Al-Farj Ibn Al-Jauzi,Abdurrahman Bin Abu Al-Hasan Ali Bin Muhammad, Al-‘Ilal Al-Mutanahiyah, j.2 h.87

[5] Syamsuddin Al-Zahabi, Uthman Bin Qaimaz, Mizan Al-‘Itidal Fi Naqd Al-Rijal, j.2 h.473

[6] Al-Maqdisi, Muhammad Bin Abdul Hadi, Al-Risalah Al-Latifah Fi Ahadith Mutafarriqah Dha’ifah,h.50

[7] Al-Suyuthi, Abdurrahman Bin Kamaluddin Abu Bakar Bin Muhammad Sabiquddin, Al-Jami’ Al-Saghir Fi Ahadith Al-Basyir Wa Al-Nazir, j. h.437 ; j.2 h.53