KUNJUNG HORMAT DARIPADA PESURUHJAYA PAS WILAYAH PERSEKUTUAN

PUTRAJAYA, 5 MEI 2021- Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada YBrs. Ustaz Azhar Yahya, Pesuruhjaya PAS Wilayah Persekutuan bersama rombongannya di atas kunjungan hormat kepada Sahibus Samahah Datuk Dr. Luqman bin Haji Abdullah, Mufti Wilayah Persekutuan.

Pada pertemuan yang berlangsung pagi tadi, SS Datuk Mufti juga mengambil kesempatan menjelaskan 'core busines" PMWP khususnya dalam bidang kefatwaan, keilmuan dan kemasyarakatan disamping hasrat dan aspirasi PMWP sebagai peneraju dalam bidang kefatwaan bertaraf dunia menjelang 2025. Pelbagai isu berkaitan juga dibincangkan antaranya cabaran pemikiran pasca modenism terhadap Islam,pentaulihan pendakwah dan gerakerja PMWP dalam menangani pandemik Covid19.

SS Datuk Dr. Mufti Wilayah Persekutuan turut menyampaikan beberapa naskhah bahan terbitan Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan sebagai cenderahati kepada tetamu kehormat yang hadir. Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan amat berterima kasih di atas kerjasama yang telah diberikan. Semoga ia akan membawa kebaikan kepada semua pihak pada masa akan datang.