اختيار اللغة:

faq2hubungi2maklumbalas2peta2

MAJLIS RAMAH MESRA PMWP BERSAMA RAKAN STRATEGIK DI WP LABUAN

LABUAN, 15 APRIL 2022 - Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan telah menganjurkan Majlis Ramah Mesra Bersama Rakan Strategik terdiri dari ketua-ketua jabatan dan wakilnya bertempat di Tiara Hotel Labuan pada 12 April 2022.

Sahibus Samahah Tn. Hj. Jamali Mohd Adnan, Timbalan Mufti Wilayah Persekutuan dalam ucapannya merakamkan ucapan penghargaan di atas bantuan dan kerjasama rakan strategik PMWP di Labuan. Pada masa yang sama, beliau turut memaklumkan bahawa PMWP kini sedang menjalani proses penstrukturan semula organisasi termasuk penambahan perjawatan dan fungsi, selaras dengan cadangan pemilikan tanah serta pembangunan Kompleks Darul Ifta' di Kg. Kiansam. Kompleks yang bakal menjadi mercu tanda PMWP di Labuan ini akan menempatkan beberapa komponen termasuk Balai Cerap serta kompleks bangunan kerajaan yang menempatkan semua agensi agama di Labuan dan Dewan Persidangan.

Antara dif jemputan yang hadir dalam majlis tersebut ialah YBhg. Dato’ Sri Hj. Mohd Alias Hj. Abd Rahman, Pengerusi Masjid Jamek An-Nur, YDH Tn. Ahmad Jawila, Ketua Polis Daerah Wilayah Persekutuan Labuan, YBrs. Tn. Mohd Azhar Yusuf, Pengarah Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan Malaysia W.P. Labuan, YBrs. En. Alias bin Awang, Wakil Timbalan Pengarah Pejabat Pengarah Tanah dan Galian, YBrs. Tn. Mohamad Rashydan bin Noh, Pengarah Jabatan Kerja Raya Wilayah Persekutuan, YBrs. Puan Aminah, Pengarah Jabatan Penyiaran Wilayah Persekutuan Labuan, YA Tn. Mohd Fazil bin Hasan, Hakim Mahkamah Rendah Syariah Mahkamah Syariah WP Labuan, YBrs. Tn. Zulkifli bin Halim, Pengarah JUPEM WP Labuan, Ustazah Syaridah, Ketua Penolong Pengarah Kanan JAWI WP Labuan, Ustazah Ruhana binti Abdul Rahim, Pendakwa Syarie Bahagian Pendakwaan Syariah WP Labuan.