اختيار اللغة:

faq2hubungi2maklumbalas2peta2

PEGAWAI PENYELIDIK MAIK BERJAYA MENJALANI LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN DI PMWP

PUTRAJAYA, 7 JULAI 2022 – Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan (PMWP) merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada Ustaz Ahmad Hafiz Hafifi bin Mohd Arif dan Ustaz Mohamad Irfan bin Salleh, pegawai penyelidik Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) yang berjaya menamatkan Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP) dengan jayanya selama 1 bulan bermula pada 6 Jun 2022 sehinggalah 7 Julai 2022 di Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan.

Sepanjang menjalani LDP di PMWP, mereka turut menyertai program yang dianjurkan oleh Unit Buhuth  agar didedahkan dan dilatih kepada suasana bekerja sebagai pegawai penyelidik antaranya menyediakan artikel fatwa dan permasalahan hukum yang berkaitan, menjawab persoalan agama daripada masyarakat, mengetahui kaedah dan metodologi jawapan hukum dan fatwa. Dalam ucapan perpisahannya, kedua pegawai berkenaan mengucapkan terima kasih atas kerjasama dan bantuan yang diberikan semua warga PMWP terutamanya Unit Buhuth. Mereka berazam untuk membawa pengalaman dan kemahiran yang diperolehi bagi melaksanakan beberapa pembaharuan ke arah meningkatkan perkhidmatan institusi fatwa dan penyelidikan yang lebih baik.

Samahah Tuan Haji Jamali bin Mohd Adnan, Timbalan Mufti Wilayah Persekutuan mewakili Sahibus Samahah Datuk Dr. Luqman bin Haji Abdullah, Mufti Wilayah Persekutuan menzahirkan ucapan terima kasih kepada pihak MAIK kerana memilih PMWP sebagai tempat Latihan Dalam Perkhidmatan di samping menyahut hasrat Timbalan Mufti MAIK ketika kunjungan hormat MAIK kepada SS Datuk Dr. Mufti Wilayah Persekutuan. PMWP amat berbesar hati dan menganggap ia sebagai pengiktirafan kepada PMWP. Semoga program atau latihan seperti ini dapat diteruskan dan mendatangkan manfaat kepada seluruh masyarakat.