اختيار اللغة:

faq2hubungi2maklumbalas2peta2

Lawatan Sohibus Samahah Ustaz Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri ke Rumah Peranginan Kerajaan Persekutuan di Labuan

Sekitar lawatan rasmi Sohibus Samahah Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri ke Rumah Peranginan Kerajaan Persekutuan di Labuan dan antara ucapan S.S Datuk Mufti bagi menzahirkan keindahan dan kemudahan di sana :

"Alhamdulillah, setibanya kami di Rumah Peranginan Kerajaan Persekutuan di Labuan, kami amat terpegun dengan keindahan seni bina rumah ini serta permandangannya yang amat mempersonakan.

Terbentang luas lautan terbuka di halaman belakang Istana Inap yang dahulunya milik DYMM Sultan Selangor pada era sekitar 80an. Cukup indah ciptaan Allah Yang Maha Esa, kebiasaannya kami mengharungi kesesakan jalan raya dan bangunan yang padat di ibu kota. Sesungguhnya rahmat ini membuatkan kami amat bersyukur kepada Allah SWT.

Sekalung tahniah dan terima kasih kepada pihak BPH yang memberi peluang kepada kami dari PMWP untuk menginap di sini dalam rangka melaksanakan tugas Bayan Al-Fatwa dan Klinik Hukum di Labuan".