BAYAN LINNAS SIRI KE-132: CABARAN MEMELIHARA MASA

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah. Selawat dan salam ke atas Junjungan Nabi Muhammad SAW, para sahabat dan yang mengikut jejak langkahnya hingga hari kesudahan.

Alhamdulillah, pada kali ini, dalam Bayan Linnas pasca Pilihan Raya-14, perkara yang banyak dibincangkan juga adalah pelaksanaan manifesto yang telah dibentangkan sebelum daripada ini. Justeru, dalam melaksanakan menuju ke 100 hari yang ditempohkan, maka perlulah menggunakan masa dengan sebijak-bijaknya. Justeru, kami tajukkan dalam Bayan Linnas pada kali ini dengan CABARAN MEMELIHARA MASA. Ianya bersifat umum kepada semua orang, bagaimana mereka berinteraksi dan menggunakan masa dengan sebaik mungkin dalam memenuhi sebuah kehidupan yang kita ingin menuju ke arah kebahagiaan dan kecemerlangan. Semoga sedikit coretan ini boleh membawa kepada pembukaan minda pemikiran dan hala tuju dalam memenuhi masa dengan seterbaik mungkin.

 

Pertama: Dua Watak Manusia yang Amat Jauh Bezanya

Kami kemukakan di sini beberapa contoh perbandingan untuk kita renungi dan kita pilih jalan yang paling baik ketika mengharungi kehidupan serta memelihara masa.

Selepas waktu pejabat, seseorang itu akan pulang ke rumahnya. Masuk sahaja waktu petang biasa kita lihat pemandangan staf akan beratur dengan tertib untuk punch pulang. Itulah realiti harian yang dapat kita lihat.

Biasanya selepas satu jam, mereka akan sampai di rumah. Jam menunjukkan pukul 6 petang. Apa yang akan dilakukan:

Itulah yang lazimnya dilakukan.

Apabila hampir masuk waktu Maghrib, kita akan dapati ada dua golongan:

Suka kami tegaskan di sini bahawa mereka yang pergi ke masjid dengan membawa anak dan isteri untuk bersolat, mendengar pengajian, bersedekah di tabung masjid dan pulang, inilah orang yang berjaya membentuk dirinya, anak isterinya dan keluarganya. Sekurang-kurangnya, sesibuk manapun dia di siang hari dengan tugasan rasmi, tetapi pada malam hari dia ‘wakafkan’ sejuzuk dari masanya untuk ke rumah Allah. Rumah inilah yang menjadi ‘baiti jannati’ iaitu rumahku syurgaku. Dia akan merasai kemanisan hidup dan merasa damai, sinar kebahagian bertapak dalam hidupnya.

 

Kedua: Tepuk Dada Tanyalah Diri

Kita ada dua pilihan untuk menjadi orang berjaya dengan:

Atau kita pilih cara yang kedua iaitu:

Benarlah firman Allah SWT:

إِنَّ اللَّـهَ لَا يُغَيِّرُ مَا بِقَوْمٍ حَتَّىٰ يُغَيِّرُوا مَا بِأَنفُسِهِمْ

Maksudnya: “Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri.”

(Surah al-Ra’d: 11)

Inilah kebanyakan manusia yang dilalaikan oleh kehidupan dengan sedikit kemewahan yang dikurniakan kepadanya. Akhirnya mereka lemas dalam lautan kelalaian dan ghaflah yang merugikan kehidupan mereka sendiri.

Terdapat satu kaedah yang masyhur:

الوَاجِبَات أَكْثَر مِن الاوْقَات

Maksudnya: “Kewajipan-kewajipan kita jauh lebih banyak daripada masa yang kita miliki.”

Inilah kenyataan yang menunjukkan bahawa masa yang kita miliki adalah amat sedikit. Justeru, gunakanlah perkara yang memberi manfaat dan faedah dalam kehidupan ini.

 

Ketiga: Beberapa Nasihat

Dengan menekuni beberapa buku, makalah dan juga pandangan tokoh-tokoh berwibawa, maka kami nyatakan di sini beberapa noktah nasihat:

Kalau mampu "membeli masa", maka belilah. Caranya ambil kemudahan masa kini seperti mesin basuh dobi, pembelian makanan dan apa-apa bentuk servis yang menjimatkan masa kita. Pada saat itu, isilah masa yang kita miliki dengan sebarang bentuk amalan yang berfaedah dan berpahala. Bacalah sejarah salafus soleh yang banyak menggunakan masa untuk akhiratnya. Itulah orang yang paling cerdik dalam menguruskan masa.

 

Keempat: Rasulullah SAW dan Masa

Berdasarkan kepada banyak nas, hadis dan juga tingkah laku Rasulullah SAW sendiri jelas menunjukkan bahawa Rasulullah SAW adalah contoh utama dalam mempraktikkan pemeliharaan masa. Suka saya nyatakan di sini betapa hebatnya Rasulullah SAW dalam serba serbi tindakannya tetapi penggunaan masanya adalah amat sedikit. Menakjubkan lagi, kejayaannya luar biasa. Hasil dan natijahnya tak mungkin digugat di sepanjang zaman. Kami misalkan di sini sebahagian daripada contohnya untuk kita tekuni dan amatinya. Antaranya:

Hanya 23 tahun sahaja Baginda dapat mengasaskan sebuah negara yang menuju kecemerlangan dengan luar biasa. Islam dapat menumbangkan dua gergasi dunia ketika itu; empayar Rom dan empayar Parsi yang sudah bertapak ribuan tahun lamanya serta mempunyai ratusan ribu atau jutaan balatentera.

Inilah terbezanya asas tamadun Islam yang dibina oleh Rasulullah berbanding dengan tamadun dunia yang lain yang muncul seperti Mesir, China, Rom, India, Parsi, Greek, Habsyah dan lain-lain. Mereka hanya membina bangunan yang besar lagi tinggi tetapi mengorbankan ribuan rakyatnya yang menjadi hamba paksa, bermandikan darah dan air mata. Sedangkan Rasulullah SAW membina dan mentarbiyah rijal di kalangansahabatnya terutamanya dari aspek keimanan, akhlak, tingkah laku serta misi dan visi sehingga menuju ke hari akhirat bagi mencapai kebahagiaan hakiki.

Rasulullah SAW telah membina kerangka perlembagaan Madinah yang dipanggil Mithaq Madinah. Ia dibina dengan penuh keadilan, kesaksamaan, kepedulian dan kecaknaan kepada seluruh rakyat dengan memberikan hakmasing-masing tanpa menzalimi walaupun sedikit. Inilah yang dinyatakan dan disusunatur oleh Baginda. Justeru melihat kepada Mithaq yang disusun itu telah membentuk satu negara Islam Madinah yang daripadanya seluruh lapisan masyarakat merasa kebahagiaan, keharmonian, ketenangan dan hak masing-masing terbela. Menakjubkan lagi, merangka sebuah perlembagaan yang bersifat menyeluruh, lengkap dan sempurna itu dapat digariskan dalam masa yang amat singkat.

Dalam kehidupan Rasulullah SAW sekalipun tidak tersurat dan tertulis, tetapi Nabi SAW dapat mengatur masanya dan menyusunnya dengan pantas. Begitu juga nilai masa yang wujud padanya digunakan dengan sebaik mungkin untuk benar-benar bermanfaat dan berkualiti. Bayangkan Rasulullah SAW dalam masa 10 tahun sahaja dalam pembentukan Negara Madinah, telah menghantar banyak surat kepada pembesar Rom, Parsi, Mesir, Habsyah dan lain-lain. Banyak kali berlaku peperangan tetapi kebanyakannya berpihak kepada Islam. Islam dapat membuka banyak Negara dengan cahayanya yang seterusnya disambung oleh Saidina Abu Bakar R.A dan Saidina Umar R.A.

 

Walaupun dilahirkan dalam masyarakat Jahiliyyah, kita dapati Baginda SAW dapat membentuk pola pemikiran sahabat dalam pelbagai aspek samaada sudut pandang, misi, visi, matlamat, halatuju dan juga bagaimana menyelesaikan kemelut dan permasalahan yang dihadapi dengan tuntas, bernas serta tepat. Inilah kelebihan yang tidak wujud pada orang lain. Kesan daripada itu, kita dapati para Sahabat yang menjadi anak didik Rasulullah SAW adalah mereka yang hebat walaupun bermula sebagai insan yang tidak punya apa-apa kelebihan.  

Ini lebih terserlah lagi apabila mereka diutuskan bertemu dengan pemimpin Negara atau panglima mereka. Bahasa yang mereka ungkapkan seperti Ja’far bin Abi Talib kepada Raja Najasyi, Rub’ie ibn ‘Amir kepada panglima Rustum dan lain-lain jelas menunjukkan ketinggian peribadi hasil didikan Rasulullah SAW. Penuh dengan ilmu, sarat dengan hikmah, tinggi falsafahnya dan dalam maknanya. Ia juga menjadi lambang betapa mereka mendapat ilmu yang luarbiasa dengan kefahaman yang amat mendalam. Inilah generasi sahabat dan disambung oleh generasi tabi’in selepasnya yang berpegang teguh dengan al-Quran dan al-Sunnah.

 

Penutup

Sesungguhnya, masa perlu kita gunakan dengan sebaiknya untuk memilih strategi, menyusun masa dan menjadikan masa berkualiti. Sudah pasti menjadikan hidup kita lebih bermakna. Bak kata Hamka: “Hidup hanya sekali, justeru biarlah bererti.”Khalifah Umar bin Abdul Aziz memerintah dan menjawat jawatan sebagai khalifah hanya dalam tempoh dua tahun sahaja. Tetapi beliau berjaya menghasilkan kejayaan yang amat luar biasa. Dia memanfaatkan masa yang ada dan yang dimilikinya tanpa lalai.

Suka kami nukilkan daripada kitab Qimatu al-Zaman 'Inda al-Ulama' antara lain menyebut: “Aku melihat ramai orang telah membazirkan masa dalam bentuk yang amat ajaib. Jika malam panjang, mereka bercakap yang tidak memberi manfaat atau membaca kitab yang lagha. Jika siang hari pula panjang, mereka penuhi dengan tidur. Ibnul Jauzi hidup di Kota Baghdad dan membandingkan mereka yang banyak bercakap di atas perahu sedangkan mereka tiada apa-apa. Aku lihat amat sedikit mereka yang faham tentang kewujudan mereka. Justeru, mereka sediakan sebanyak-banyak bekalan untuk musafir. Maka bertakwalah kepada Allah dengan kurniaan usia kepadamu dan bersegeralah sebelum luputnya serta berlumbalah dengan masa yang ada.

Semoga Bayan Linnas ini boleh menjadi motivasi kepada kita dalam melakarkan kejayaan yang cemerlang dengan bermukadimahkan perihal jagalah masa.

 

Akhukum fillah,
SS Datuk Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri
Mufti Wilayah Persekutuan
20 Mei 2018 bersamaan 4 Ramadhan 1439 Hijrah.

________________________________

[1]Seperti terangkum dalam Surah al-‘Asr.

[2]Daripada Ibn Abbas R.Anhuma, Rasulullah SAW  bersabda:

اغْتَنِمْ خَمْسًا قَبْلَ خَمْسٍ: شَبَابَكَ قَبْلَ هِرَمِكَ، وَصِحَّتَكَ قَبْلَ سَقَمِكَ، وَغِنَاءَكَ قَبْلَ فَقْرِكَ، وَفَرَاغَكَ قَبْلَ شُغْلِكَ، وَحَيَاتَكَ قَبْلَ مَوْتِكَ

Maksudnya: “Gunakanlah dengan baik lima perkara sebelum datang lima (yang lain): Masa mudamu sebelum datang masa tuamu, sihatmu sebelum datang sakitmu, kayamu sebelum datang fakirmu, waktu lapangmu sebelum datang waktu sibukmu dan hidupmu sebelum datang matimu.”