Pilihan Bahasa:

faq2hubungi2maklumbalas2peta2

AL-KAFI #295 : PEKERJAAN SEBAGAI TUKANG BEKAM

AL-KAFI LI AL-FATAWI : SOALAN 295 (20 JUN 2016 M / 15 RAMADHAN 1437 H)

SOALAN:

Assalamualaikum SS Dr Zulkifli

Saya nak tanya soalan kepada Ustaz, apakah hukum menjadikan tukang bekam sbg pekerjaan, apakah hukum mengambil upah sbg tukang bekam?

Terima Kasih Ustaz.

 

JAWAPAN:

Waalaikumussalam wbt,

Berdasarkan mazhab Syafie, hukumnya ialah tidak diharamkan namun makruh upah itu digunakan untuk makan kerana melibatkan bahan najis iaitu darah. Upah daripada berbekam digunakan untuk diberi makan untuk haiwan.

Rujuk al-Mu’tamad (2/560)

Walaupun begitu dengan perkembangan terkini dan kaedah perbekaman yang moden serta bersih juga telah mengubah pandangan terhadap tukang bekam.

Wallahua’lam.